DAP  memang anti Melayu. Jangan dok berselindung lagi. Akhbar Utusan  Malaysia telah diharamkan oleh pemerintahan DAP-PKR-PAS di Pulau Pinang.  Mereka mahu rakyat Pulau Pinang baca akhbar Roket, Keadilan dan  Harakah. Mereka mahu hapuskan apa sahaja perkara yang ada hubung kait  dengan kepentingan orang Melayu dan Islam. Perarakan sambutan Maulid  Rasul telah cuba dibatalkan pada tahun ini oleh kerajaan negeri Pulau  Pinang. Rumah kos rendah pun tidak dibina lagi di Pulau Pinang sebabnya  tak mahu bagi orang Melayu lebih ramai di Pulau Pinang. DAP Selangor  pula telah pun mencadangkan diskaun harga rumah mewah dan bangunan  kormesial kepada orang Melayu dan Bumiputera dihapuskan. MB Melayu,  Dato' Seri Khalid pula bersetuju. Amat sedih sekali ada pemimpin Melayu  jadi pak turut. Apakah MB Selangor tidak faham kedudukan orang melayu  dan bumiputera dalam perlembagaan persekutuan? Apakah dengan  menghapuskan diskaun itu, lebih ramai orang Melayu dan bumiputera boleh  membeli rumah mewah dan bangunan kormersial itu? Mustahil boleh berlaku.  Yang pasti keupayaan orang Melayu semakin merosot dan peluang orang  Melayu dan bumiputera berkongsi kek ekonomi di Selangor semakin  mengecil.  Kaum yang kaya boleh terus beli dengan lebih banyak. Melayu  yang jadi majoriti di Selangor akan jadi minoriti seperti di Pulau  Pinang dan akhirnya melayu di Pulau Pinang dan Selangor akan jadi Melayu  di Singapura. 
Tapi  pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP seperti pemimpin PAS dan  PKR, kenapa semuanya diam membisu? Apakah dengan beransur hilangnya  orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor, PAS masih boleh meneruskan  perjuangan Islamnya? PAS sanggup bersahabat dengan parti yang anti  Melayu dan anti Islam. PAS sanggup menolak pelawaan untuk bersatu dengan  UMNO sedangkan dalam UMNO juga ada pemimpin Melayu dan ulamak, satu  agama, satu kalimah, satu kiblat, satu bangsa dan satu bahasa. PAS lebih  pentingkan politik dari mementingkan perintah Allah swt. Dalam PAS ada  pemimpin yang sombong dan bersifat takabur. Sebab tu usaha menyatukan  orang Melayu di Malaysia tidak berjaya. 
Pasal  pemimpin PKR jangan dok cakaplah, lagi tak boleh pakai. Cakap pandai,  semua BN buat tak betul tapi apakah PKR dah buat untuk orang Melayu di  Pulau Pinang? Orang Melayu patut sedar. Tak ada apa-apa pun keistimewaan  pada parti PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. UMNO dulu, kini dan  selamanya tetap konsisten dalam perjuangan membela nasib bangsa, agama  dan negara. UMNO telah mengalami perubahan sejak DS Najib memegang  tampuk pemerintahan. Wakil rakyat yang bermasalah tidak akan dipilih  lagi. Konsep 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"  mulai diterima rakyat pelbagai bangsa termasuk Sabah dan Sarawak. Tapi  Melayu PAS dan Melayu UMNO masih bergaduh sesama sendiri seperti puak  Hamas dan Fatah di Palestin.  Sedangkan Cina MCA, Cina Gerakan, Cina DAP  dan Cina PKR boleh bersatu kerana mereka sayangkan bangsa mereka.  Mereka bersatu dalam hal menjaga kepentingan bangsa mereka di Malaysia.  Mereka tak kisah pun apa agama anutan mereka, mereka tak kisah pun apa  parti ideologi mereka, mereka tak kisah pun asal usul mereka tapi mereka  semuanya bersatu. Mengapa mereka boleh bersatu? Sedangkan agama anutan  mereka pelbagai. Ada Cina yang menganuti agama Buddha, Hindu, Kristian  dan Islam. Boleh pula mereka bersatu! Apa dah nak jadi dengan orang  Melayu? Satu agama, satu bahasa, satu budaya dan ada hubungan  persaudaraan atau pertalian darah tapi tak boleh bersatu? Sebenarnya  banyak persamaan antara Melayu UMNO dan Melayu PAS tapi kenapa Melayu  tak boleh bersatu seperti bangsa Cina?
 
 
