Tuesday, July 8, 2008

Perhimpunan Haram Senjata Pakatan Rakyat

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya bertujuan membantah kenaikan harga minyak. Matlamat menghimpunkan satu juta rakyat. Apakah tindakan itu dapat menurunkan harga minyak? Jika kita perhatikan senario politik pembangkang akhir-akhir ini, perhimpunan dirancang bukan untuk menurunkan harga minyak. Perhimpunan secara haram akan terus diadakan oleh pembangkang sebagai satu strategi untuk melemahkan kerajaan BN yang tertekan dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Kenaikan harga minyak yang berterusan hingga PRU13 akan membolehkan parti pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan. Begitulah hasrat Dr. Hatta Ramli selaku Penyelaras Perhimpunan Protes yang memalukan itu. PR adalah bertanggungjawab menyebabkan rakyat menjadi susah. Pemimpin PR bertanggungjawab menyebabkan negara Malaysia jadi huru-hara. Cuba fikirkan jika perhimpunan sejuta rakyat benar-benar berlaku! Berapa banyak wang dibazirkan untuk membayar minyak kenderaan untuk datang beramai-ramai dari jauh dan dekat. Sepatutnya dengan harga minyak yang lebih tinggi PR mengajar rakyat berjimat. Bila dahaga nak kena minum, dah lapar kena makan. Harga makan dan minum pun naik, adakah perhimpunan itu diberi makan percuma oleh DSAI? Tempat parking terhad, salah letak kena saman. Apakah PR akan bayar semua saman itu? Bawa anak-anak kecil dan remaja yang belum mengenali erti politik, terpinga-pinga pulak lihat seluar terlondeh artis 'underground' Alak terhenjut-henjut macam orang kena rasuk syaitan! Pemimpin-pemimpin PR pula lantang ucapan politik maki-makian pemimpin-pemimpin kerajaan. Sebenarnya PR memperbodohkan rakyat supaya bangun menentang kerajaan. PR tidak sabar untuk menunggu PRU13 akan datang. Apakah perhimpunan demi perhimpunan boleh menurunkan harga minyak? Memang boleh jika dalam jangka pendek, tetapi dalam jangka panjang jika harga minyak di pasaran dunia terus naik, jika DSAI jadi PM bolehlah mendapat bantuan dari IMF dan USA. Sepatutnya, semua pemimpin politik kena akur dengan keputusan PRU12 yang lalu. Sepatutnya bersatu untuk memajukan negara kita. Persidangan parlimen adalah tempat paling sesuai untuk pemimpin pembangkang berhujah membela nasib rakyat! Bukan mengadakan perhimpunan rakyat yang jelas banyak merugikan semua pihak..yang untung politik pembangkang!!

Tubuh Suruhanjaya Siasatan: Cadangan Pemuda PAS Disokong

Dewan Pemuda Pas meminta Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk bagi menyelesaikan kecelaruan politik negara sekarang. Ketuanya, Salahuddin Ayob berkata, suruhanjaya itu boleh menamatkan rasa bimbang rakyat dengan situasi perebutan kuasa serta fitnah yang melibatkan pihak berkuasa negara ini. ''Kita percaya semua orang risau dengan keadaan politik negara hari ini. Kita mahu pihak istana mengambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin serius. ''Pelbagai tuduhan dan akuan sumpah timbul akhir-akhir ini. Suruhanjaya Diraja boleh menyelesaikan semua masalah itu," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.
Komen:

TS Isa Samad telah pun mencadangkan sebelum ini supaya pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya siasatan terhadap isu liwat melibatkan DSAI. Alasannya kes liwat menjadikan rakyat sangat keliru setelah pelbagai andaian, tuduhan dan tohmahan dilakukan oleh individu dan kumpulan tertentu walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis. DSAI sepatutnya bersedia disiasat tanpa perlu rasa bimbang dengan ketelusan pihak pemerintah dan jaminan pihak berkuasa pada hari ini. Undang-undang negara perlu dihormati, apatah lagi seseorang yang dikatakan pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi. Pelbagai dakwaan, tuduhan dan fitnah yang menyebabkan fikiran rakyat bercelaruan! Usaha Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayob patut dipuji sekiranya berniat untuk mencari keadilan bagi kedua-dua pihak. Ini bererti segala keputusan oleh Suruhanjaya akan diterima secara ikhlas dan senang hati. Apakah akan ada pihak-pihak tertentu yang masih tidak mempercayai Suruhanjaya yang ditubuhkan? Masihkah ada pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan Suruhanjaya nanti? Rakyat perlu yakin dengan ketelusan pemerintah dan pihak-pihak berkuasa yang ada dan bakal ditubuhkan. Jika tidak, apakah perlu kita mengundang pihak luar mencampuri urusan dalaman negara kita.

Sunday, July 6, 2008

Perhimpunan Sejuta Rakyat Yang Memalukan!

Kira-kira jam 7.00 malam, menjelang masuknya waktu Maghrib, penonton di Stadium Kelana Jaya menjadi kecuh kerana penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka. Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya. Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol dan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.
Komen:
Itulah akibatnya lagu berunsur satira politik kononnya. Kumpulan tersebut sempat menyanyikan sebuah lagu Inggeris dan dua buah lagu Melayu iaitu Tak Boleh dan Hantu Raya di Putrajaya dikatakan cukup meriah dan menghiburkan penonton ketika itu. Banyak sangat usaha pembangkang untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Tak cukup dengan demontrasi, ceramah-ceramah politik dan akuan bersumpah diadakan pula konsert yang berunsur satira politik. Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perhimpunan Sejuta Rakyat hanya dihadiri kira-kira 20,000 orang dan tidak mencapai jumlah yang disasarkan penganjur. Malaysia menghadapi suatu politik baru dari barisan pembangkang hari ini. Parti pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi dan demontrasi, memprotes dasar-dasar kerajaan dan mengajak rakyat bangun menunjukkan bantahan di jalanan seolah-olah parti pembangkang sekarang tidak ada wakil di parlimen Malaysia. Pakatan Rakyat terlupa bahawa PR ada kerajaan negeri yang perlu diberi perhatian. Kata Dr. Mohd Hatta Ramli, " Kerajaan BN amat sukar dijatuhkan. Dengan kenaikan harga minyak yang berterusan hingga PRU13, kerajaan BN boleh ditumbangkan". Itulah sebabnya, kerja kerajaan Pakatan Rakyat adalah menaikkan kemarahan rakyat bukan sama-sama kerajaan BN mengatasi kesusahan rakyat.

DSAI Perlu Menerima Desakan Untuk Bersumpah


Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk “mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional. Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.
Manakala Pergerakan Pemuda Umno Terengganu pula meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik. Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.
Komen:
Sebenarnya rakyat amat keliru berkaitan dengan kes liwat ini. Kes liwat yang pertama dahulu pun begitu juga. DSAI dibebaskan dari tuduhan kes liwat. Mahkamah mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk tidak mensabitkan DSAI dengan kes liwat. Kes liwat berulang lagi. DSAI menafikannya! Malahan DSAI menuduh bahawa ini merupakan suatu konspirasi politik. Jika ada konspirasi tetapi mengapa masih mengguna kaedah yang sama (Liwat) yang terbukti gagal dan rakyat sukar mempercayainya. Dengan itu, eloklah Mufti Perlis dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbincang ke arah usaha membawa DSAI dan bekas Pembantunya untuk “mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini sangat mengelirukan rakyat semua. Lakukanlah dengan segera supaya kes ini tidak menjadi lebih gawat lagi.

PERHIMPUNAN: MENYOKONG DAN MEMBANTAH

KAMI MENYOKONG DIADAKAN PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN DENGAN SEGERA BAGI MEMBANTAH CAMPUR TANGAN AMERIKA SYARIKAT DALAM HAL EHWAL DALAMAN NEGARA
SEBALIKNYA
KAMI MEMBANTAH DIADAKAN
Perhimpunan sejuta rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak akan diadakan seperti yang dijadualkan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya hari ini.

Saturday, July 5, 2008

Tindakan DSAI Timbul Banyak Persoalan!

Pembaca-pembaca blog yang budiman, tindakan DSAI timbul banyak persoalan, iaitu:
1. Kenapa payah sangat, DSAI cabar pembantunya ke masjid dan bersumpah jika benar tidak melakukannya. Mufti Perlis juga mencadangkannya.
2. Jika kes liwat dilaporkan, berilah peluang PDRM menyiasat dan mahkamah akan membuat keputusan. Mengapa DSAI dan semua pemimpin PKR dan juga pembangkang lain mengaitkan dengan konspirasi politik.
3. Konspirasi bukan mudah seperti disebutkan. PI, Mr. Bala belum kena sepak terajang dah menarik balik akuan bersumpahnya yang pertama. Mampukah pembantu khas DSAI bersubahat dalam konspirasi ini? Menerima asakan dalam siasatan polis nanti?
4. Kalau kes liwat pertama(jika benar) itu telah gagal, kenapa pula konpirasi kedua tuduhan liwat digunakan? Banyak lagi kaedah lain boleh digunakan dan rakyat boleh mempercayainya!
5. Beranikah TPM memperjudikan masa depan politiknya dengan Pembantu Khas DSAI. Apakah pembantu DSAI itu mampu merahsiakannya (konspirasi) semasa soal siasat polis dijalankan?
6. Jika nyawa diancam, kenapa tidak dilaporkan kpd pihak polis terlebih dulu? Seterusnya melarikan diri ke Kedutaan Turki.
7. Kehadiran DSAI tidak dijemput oleh pihak Kedutaan Turki tetapi atas dasar kemanusiaan pihak Kedutaan Turki menerimanya.
8. Apakah politik di Malaysia terlalu gawat dan ada unsur keganasan. Belum ada lagi calon ditembak atau dibunuh! Siapakah pemimpin Melayu sanggup melakukannya? DSAI bebas berceramah, berhimpun dan berdemontrasi di sana sini tanpa permit, belum ada dilaporkan nyawanya diancam!
9. Mengapakah sekarang DSAI mempertikaikan kewibawaan IGP dan Peguam Negara, kenapa tidak sebaik dia dibebaskan?
10. DSAI sangat berhasrat nak jadi PM secara tidak demokratik. Usahanya menarik MP BN (lompat parti) dari Sabah dan Sarawak sudah jelas gagal. Parti komponen BN yang lain pula mengutuk tindakan SAPP. Hasrat DSAI semakin malap.
11. DSAI akan mengumumkan 4 MP dari BN keluar UMNO dalam masa yang terdekat ini tetapi hingga sekarang belum ada?
12. Penarikan akuan bersumpah Mr. Bala bukan tekanan dari pemimpin UMNO. Dilaporkan beliau tertekan. Semasa akuan bersumpah beliau tidak dikelilingi oleh pemimpin UMNO tetapi pemimpin utama PKR, DSAI dan Wan Azizah, anaknya dan pemimpin PKR yang lain.
13. Yang merosakkan masa depan orng Melayu sebenarnya pemimpin utama PKR sendiri. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
14. Pemimpin UMNO dikecam, dihina, difitnah sedemikian rupa oleh pemimpin2 pembangkang sebagai strategi untuk menang PRU12. Akhirnya mereka berjaya!
Sedia menerima komen rakan-rakan pembaca blog ini.

Boikot UM: DAP Cakap Tak Serupa Bikin

Kerajaan campuran negeri Perak meneruskan tindakannya memboikot akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya bersikap perkauman kerana memperjuangkan nasib orang Melayu. Terbaru, kerajaan negeri yang ditunjangi DAP itu mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya tidak mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada wakil media akhbar itu. Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa MBI dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak majlis untuk mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada semua pemberita dan jurugambar media massa kecuali Utusan Malaysia. Kerajaan pakatan pembangkang di Perak sebelum ini mengeluarkan arahan supaya semua jabatan kerajaan negeri tidak melanggan akhbar Utusan Malaysia keluaran Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan syarikat milik penuh orang Melayu pertama di negara ini.
Komen:
DAP sebuah parti yang sangat kuat memperjuangkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi, kini telah mengambil tindakan sebaliknya. DAP mendiskriminasi hak akhbar berkenaan (Utusan Melayu Bhd) untuk mendapat berita dan menghalang hak awam untuk mengetahui berita-berita dari pelbagai sumber. Arahan memboikot akhbar Utusan Malaysia hanya dilakukan di dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Pemimpin DAP membaca dan menilai akhbar Utusan Malaysia dari perspektif politik semata-mata. Pemimpin DAP perlu sedar bahawa pembaca akhbar Utusan Malaysia kebanyakannya adalah orang Melayu manakala akhbar Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, Sin dan Chew Jit Poh hanya dibaca oleh orang-orang Cina. Orang ramai sedar dan mengetahui bahawa kemenangan DAP dalam PRU12 sehingga boleh menubuh kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang kerana sokongan dan propaganda akhbar berbahasa Cina yang jelas berbau perkauman. Mengapa DAP tidak mengharamkan akhbar berkenaan supaya tindakan DAP lebih adil kepada semua. DAP perlu mencontohi kerajaan PAS yang tidak memberi tekanan kepada akhbar tersebut. MB Kedah, YB Azizan bersedia membaca dan sanggup menerima sebarang kritikan mengenai kerajaan PAS Kedah kerana beliau percaya untuk berjaya dan maju, kritikan adalah perlu walaupun pedas atau pahit untuk ditelan.

Friday, July 4, 2008

Isu Liwat Tenggelam Timbul Isu Perakuan Bersumpah Balasubramaniam

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sekeras-kerasnya akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat. DS Najib yakin perakuan itu merupakan usaha terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.
DS Najib menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan wanita Mongolia yang disebut dalam perakuan bersumpah itu. Oleh itu, akuan bersumpah berkenaan di anggap sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imejnya.
Tetapi pada pagi ini, Balasubramaniam menerusi M Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya dalam sidang akhbarnya, berkata bahawa semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar. Oleh itu Balasubramaniam berkata beliau menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan ujarnya.

Komen:
Apa lagi DSAI mahu lakukan setelah Balasubramaniam tarik balik perakuan sumpah. Tindakan menyerang Peguam Negara dan Ketua Polis Negara ketika beliau sedang berhadapan pendakwaan meliwat amat mencurigakan kejujurannya. Mengapakah ini tidak berlaku sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara tempoh hari. Setelah beliau menyedari bahawa aduan liwat ke atasnya telah dibuat, DSAI telah mendapat perlindungan dari Kedutaan Turki. DSAI mendakwa bahawa beliau mendapat laporan perisikan tentera bahawa keselamatan diri beliau terancam. Mengapa beliau tidak membuat laporan polis sebaliknya berlindung di Kedutaan Turki. Akhbar hari ini pula melaporkan bahawa tiada perisikan tentera dilaporkan kepada DS Anwar. Kes liwat hampir tenggelam yang timbul perakuan bersumpah oleh Balasubramaniam. Yang hangat orang ramai perkatakan bukan lagi kes liwat DSAI sebaliknya kes pemalsuan bukti oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang didedahkan oleh DSAI. Parti Pembangkang mahu Peguam Negara dan KPN diberi cuti oleh PM. Ezam, bekas Ketua Pemuda AMK berpendapat bahawa kes liwat adalah masalah peribadi DSAI bukan konspirasi politik oleh sesiapa pun. Berilah peluang pihak polis menjalankan siasatan dengan bebas dan secara adil mahkamah akan membuat keputusan. Tuduhan dan andaian yang dibuat secara liar dan bebas akan mengganggu proses siasatan pihak polis. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat menjadi keliru. Amerika turut campurtangan dengan memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak menjalankan siasatan ke atas DSAI. Kedaulatan negara tercabar dengan amaran negara polis dunia itu. Parti PAS dan NGOs telah menunjukkan reaksi bantahan terhadap Amerika.

Thursday, July 3, 2008

Kerajaan PR di Selangor Tampak Semakin Lemah!!

Pada 2 Julai 2008, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal-ehwal Islam. Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai pengiring Sultan Selangor, komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Jurucakap mereka Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah. "Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini," katanya kepada pemberita. Menurut laporan Bernama, Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.
Komen:
Semakin lama semakin banyak kelemahan PR didedahkan kepada awam. Setiap program yang dilaksanakan akan ada saja yang tak kena. Menurut pandangan orang ramai yang ditemui telah melahirkan rasa menyesal memberi undi kepada parti pembangkang. Banyaknya 'bercakap tak serupa bikin'.

Tuesday, July 1, 2008

Ezam berkata, “Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam” .

June 20, 2008...3:31 pm

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”. Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’. “Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.
Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi. Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.
Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR. “Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam. Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu. Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas. “Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.
Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.
Nota: Kini bekas orang kanan DSAI sudah bersuara…apakah prinsip ISLAM yang diperkatakan oleh Ezam sehingga beliau bertindak meninggalkan perjuangan DSAI itu sendiri?? Diharap saudara Ezam dapat memberi pendedahan demi menyelamatkan Malaysia dari dipimpin oleh seorang yang songsang amalannya.
sumber: klpos dan pemudaenggang
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"