Saturday, September 6, 2008

Ahmad Ismail nafi bersifat perkauman

PULAU PINANG 5 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menegaskan, beliau bukan bersifat perkauman dan tidak mempunyai masalah dengan kaum Cina dan India.

Namun, kata Ahmad, beliau telah dibicarakan dalam mahkamah media secara tidak adil oleh pemberita akhbar Sin Chew Daily yang didakwa telah memanipulasi ucapannya.

Menurut beliau, pemberita itu tidak mematuhi etika kewartawanan dan dengan sengaja membesar-besarkan isu berkenaan sehingga menjadi sensitif.

Katanya, pemberita itu patut dipertanggungjawabkan kerana menjadikan isu tersebut sebagai perkauman.

"Saya tidak nafikan dalam ucapan pada 23 Ogos itu saya menyebut bahawa orang Cina hanya menumpang di tanah air kita, namun saya merujuk perkara itu ketika zaman sebelum merdeka waktu British masih menjajah negara.

"Dalam ceramah itu, saya berada dalam kelompok Melayu dan Islam. Sebagai pemimpin kerdil saya cuba memberi kesedaran kepada mereka yang sebangsa dengan saya dan perkara ini tidak salah,'' katanya pada sidang akhbar bersama dengan ketua-ketua dan wakil UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, jika orang Cina boleh mempertikaikan hak dan ketuanan Melayu, maka dalam konteks yang sama orang Melayu juga boleh mempertikaikan hak kewarganegaraan orang Cina.

"Siapakah yang mula-mula mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu, jawabnya ialah pemimpin Cina,'' katanya.

Katanya, beliau tidak bersalah dan tidak akan meminta maaf, sebaliknya orang yang perlu meminta maaf ialah pemimpin Cina termasuk dalam Barisan Nasional (BN) khususnya pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

"Saya amat hairan kerana Tsu Koon terbawa-bawa dengan isu ini dan telah hilang pertimbangan dengan membuat komen- komen yang tidak matang.

"Beliau cuba mengalih kelemahannya dengan menyatakan isu itulah yang menyebabkan BN kalah di Permatang Pauh sedangkan hakikatnya orang Cina sudah tidak menyokongnya lagi,'' kata Ahmad.

Ditanya mengenai kenyataan Tsu Koon di Kelantan hari ini bahawa Gerakan akan bertindak keluar BN sekiranya tidak dilakukan sebarang pembaharuan bagi mengembalikan semula kegemilangan BN, Ahmad berkata, Tsu Koon memang ada agenda.

"Saya dah kata Tsu Koon ada agenda, apa agendanya fikirlah sendiri. Beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada orang Cina dan saya yakin MCA akan mencapai kemenangan luar biasa di Pulau Pinang tanpa parti Gerakan,'' katanya.

Mengenai nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya beliau meminta maaf, Ahmad memberitahu walaupun menghormati Abdullah namun dalam sesuatu perkara beliau mempunyai prinsip serta tidak akan meminta maaf.

Sumber: Utusan Malaysia 6 Sept 2008

Tuesday, September 2, 2008

Siapa Yahudi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PERANCANGAN zionis dan Yahudi ingin memalukan Islam seluruh dunia dengan memusnahkan atau 'mengebom' kaabah sebagai kiblat umat Islam. Apabila kaabah dimusnahkan, maka umat Islam akan diaibkan, maka mereka akan melaungkan 'ALLAH TIDAK WUJUD' dan kamu sebenarnya menganut 'AJARAN SESAT DAN SALAH'. Kembalilah kepada fahaman kami, sekular-tidak ada agama, kristian atau pilih mana-mana agama seperti Hindhu. Kenapa yahudi dan Nasrani bergaduh dengan Umat Islam sahaja?

Apabila kita semua akan kehilangan 'rumah Allah' di Mekah,seluruh dunia akan membuat andaian yang salah tentang Islam. Perancangan ini bukan baharu bahkan sudah lama, sejak kelahiran Rasulullah s.a.w lagi iaitu pada tahun GAJAH. Namun mereka dibinasakan oleh burung ababil dari langit dengan membawa ketulan api neraka sehingga berjaya menyekat kemaraan tentera bergajah.

Kini peristiwa ini menjadi sejarah. Barat yang didokong oleh zionis, yahudi akan terus melakukan 'serangan bergajah' ketika umat Islam sedang leka dengan pergaduhan dan pembunuhan sesama sendiri nanti.

BUKTINYA KEDUA, di Barat sesiapa yang memakai pakaian 'berimejkan Islam' akan dijadikan suspek kepada keganasan. Tidak ada hak asasi manusia kerana mereka adalah pengganas!!!

Umat Islam diadili kerana pakaian agama bukan tanpa melalui proses undang-undang. Mereka boleh mengaibkan sesiapa sahaja yang disyaki di mana-mana dan mungkin sebagai propaganda memalukan umat Islam.

Kalimah Allah dan ayat suci al-Quran dijadikan barangan peragaan dan kempen kepada idealisma kononnya untuk fesyen dan ketamadunan kini. Kenapa mereka tidak memperagakan ajaran dari Yahudi an Nasrani?

Mereka secara simbolik mengatakan Islam hanya layak sebagai fahaman dan pemikiran semata-mata tanpa merujuk sebagai pegangan agama. Pakaian boleh ditukar dan diganti, jadi dengan 'memakai fahaman Islam' mereka berandaian Islam boleh diganti sesenang pakaian!!


BUKAN sahaja menjadi fesyen bahkan benar-benar menghina. Ayat suci dan kalimah menjadi perlindungan kepada badan sedangkan mereka tidak menutup aurat. Generasi di sana mengajar umat Islam, beginilah pakaian sebenarnya mengikut ajaranIslam!!! Bukan bertudung!! atau dengan memakai kalimah dan ayat suci al-Quran sudah dianggap Islam atau muslim.
Islam setaraf dengan kasut yang mana kita boleh pijak ke atas benda-benda yang busuk dan tidak baik sepert najis. Ia simbolik kepada ajaran Islam yang mana dipandang rendah di mata mereka. Kalau keperingkat sedemikian pemikiran dan ketamadunan barat yang begitu moden, Islam hanya layak bersaing dengan ideologi dan fahanaman, namun berada di tangga terbawah.

Mereka tidak pernah menghina ajaran Kristian atau fahaman Confuisme dengan menjadikan bahan di bawah tapak kaki, kenapa mereka memilih Islam?

...bukan setakat di bawah tapak kaki bahkan kita letakkan sebagai barang buangan yang busuk.

Imej muslimah sebagai bahan buangan 'air kencing'? menghinakan. Muslimah dianggap sebagai 'imej' seks kepada lelaki? Itulah motifnya.



Salah satu cara melemahkan Islam dan umatnya, ialah menjadikan Umat Islam klon sebagai sahabat dan kawan sejati. Mereka akan berkongsi idea kononnya untuk memajukan diri Umat Islam perlu buat-begitu, perlu buat begini. Salah satu caranya ialah memberi sokongan kepada kehancuran dan kemusnahan keamanan di negara majoriti umat Islam. Buat rusuhan dan kacau bilau atas dasar demokrasi!!!

Tidak menjadi masalah kerana ia adalah 'undang-undang' yang dibenarkan oleh dunia. Umat Islam tidak perlu bermuqabalah atau bekerjasama, sebaliknya hinalah umat Islam sendiri. Dengan cara begini, musuh akan mudah memperdayakan kita semua tanpa kita sedari.

Kalau anda lihat, Indonesia dan pakistan mereka menghancurkan negara sendiri tanpa campurtangan asing dengan melakukan pembunuhan sesama umat Islam dan sebangsanya!!!

Di Iraq, dengan memperburukkan imej pemimpin Islam iaitu Saddan Hussin, mereka secara tidak langsung menghalalkan pembunuhan ke atas rakyat Iraq. Mereka memecahkan kepada beberapa kaun dan abbasyyah dan kemudian, mereka membantu dengan memberi pendapat- demokrasi Barat adalah yang terbaik, dan bantuan ekonomi.

Mereka boleh dihapuskan oleh umat Islam sendiri. Untuk mencapai kemenangan, kita perlu meminta pertolongan daripada bangsa Yahudi yang sememangnya hebat dengan pemikiran untuk 'menyatukan dunia'.



Mujurlah Iran tidak membenarkan tokoh politik mereka bertanding pada pilihanraya terutamanya mereka yang menyokong kepada BARAT dan Amerika. Tokoh politik yang dikatakan proBarat, proYahudi diharamkan berpolitik. Apa yang berlaku ialah Iran berjaya menjadi kuasa dunia Islam terkuat sehingga Amerika sehingga kini masih ragu-ragu untuk menyerangnya. Fikirlah.

Di negara kita perkara ini amat dikesali kerana atas dasar demokrasi, kita benarkan pemimpin sebagai jururunding YAHUDI menjadi idola kita semua. Kita sanggup menghina bangsa tempatan, agama Islam dengan melihat keburukan pada wajah mereka dan memandag jururunding Yahudi sebagai 'Jesus' kepada kita semua.

Yahudi memang terkenal sebagai bangsa yang kononnya membawa kebajikan kepada seluruh dunia. Kelahiran Nabi dari kalangan bangsa mereka bukti bagaimana Tuhan telah memilih mereka sebagai pemimpin ke arah 'negara kebajikan'.

Di Malaysia, Anwar telah menjadi perunding kepada keamanan dan kebajikan rakyat. 51 tahun kerajaan pimpinan umat Islam diperlekehkan hanya kerana kehadirannya seminit dalam arena politik. Pembangunan selama ini oleh Umat Islam sebagai pemimpin dihilangkan kononnya mereka mengamalkan pelbagai kesalahan dan kehadirannya perlu sebagai 'penyelamat'- kita semua menyambutnya dengan hebat dan terbilang.

Selama 10 tahun Anwar berada di Barat, sudah banyak idealisma Yahudi dijadikan agenda politiknya. Kita sanggup membunuh dan menghina sesama kita asalkan dapat menjadikan Anwar sebagai pemimpin seluruh alam.






Sumber: abe MIE.

Tuesday, August 19, 2008

Mufti WP: Sumpah Saiful tak tiru cara Kristian

KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan, 15 Ogos lalu tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, hari ini.


Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan dia diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
Sumber: Bernama

Sunday, August 17, 2008

Penyokong PKR sungguh BIADAP!!!!!!!!!!!!!!

PERLAKUAN BIADAP: Penyokong PKR mengejar kenderaan petugas Barisan Nasional (gambar 1). Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis yang berada di tempat kejadian kemudian menaiki kenderaan itu bagi merakamkan tindakan penyokong PKR (gambar 2) sebelum dia ditolak dari pacuan empat roda terbabit lalu dipukul (gambar 3) dan kameranya bernilai lebih RM15,000 dirampas selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, semalam. Mohd Sairien kemudian diselamatkan polis (gambar 4).

Saturday, August 16, 2008

Saiful Cabar Anwar Turut Bersumpah!!!















"Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.
Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ.Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu.
Sumber: Agenda Daily

Friday, August 15, 2008

Kemarahan pelajar kian memuncak membantah

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Mereka berkumpul sejak pukul 2.30 petang sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM serta lagu patriotik seperti 'Anak Kecil Main Api'.

Kumpulan pelajar yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam turut membawa pelbagai sepanduk bertulis 'Hidup Melayu', 'UiTM Milik Melayu' dan 'Jangan Jual Bangsa Melayu' sambil melaung- laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

''Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

''Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu."

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari kolej kediaman sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di Padang Rani di pekarangan kampus kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan UiTM Perlis turut menyertai perhimpunan selama sejam itu.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

''Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,'' tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Al-Hikmah di universiti itu pukul 5.30 petang sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM.

Kumpulan pelajar itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak membawa sepanduk berbunyi 'Jangan Rampas Hak Kami', 'UiTM untuk Bumiputera' dan Universiti Ini Tradisi Melayu' sehingga ke Dataran Keris di kawasan universiti berkenaan.

''UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

''Kami berharap isu kuota bukan bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri," katanya.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

Mereka berarak sejauh lima kilometer ke dewan besar kampus itu bermula kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Mohamad Asri kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada pukul 1.30 tengah hari.

''Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,'' katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

Sumber: Utusan Malaysia 15 Ogos 2008

Wednesday, August 6, 2008

Sudah Lebih Setengah Abad Pas Memusuhi UMNO

Dalam menuju alaf baru ini, banyak perkara yang patut diambil kira oleh masyarakat Malaysia. Di samping berusaha berusaha menjadi sebuah negara yang serba membangun dalam bidang ekonomi, teknologi maklumat, sains dan teknologi, soal-soal dasar survival negara patut menjadi suatu hal penting dalam agenda kita.

Dalam hal ini, orang Melayu perlu berbuat sesuatu untuk menguatkan perpaduan mereka, walaupun dalam masa yang sama perbezaan pendapat politik di antara mereka tetap ada. Perpecahan mutlak di antara mereka akan membawa kehancuran kepada kedudukan dan kuasa politik yang dimiliki.

Perpecahan di antara golongan kanan dan kiri Melayu antara 1946-1948 dan perpecahan ulama UMNO daripada badan induknya untuk membentuk Parti Islam Se-Malaya pada 1951, patut menjadi teladan.

Soal mementingkan pendapat sendiri ataupun menegakkan kepentingan sekumpulan kecil pemimpin Melayu sehingga perpecahan politik Melayu menjadi begitu ketara, patut dielakkan.

Tanpa parti yang mengutamakan kepentingan Melayu sebagai modus operandinya, seperti di Singapura, nasib orang Melayu pada masa depan akan terancam.

Tanpa ada parti yang kuat untuk menjadi wakil orang Melayu dalam setiap pilihanraya kebangsaan, kuasa politik yang tinggal sedikit ini akan musnah. Atas kesedaran ini UMNO dapat terus bertapak selama 62 tahun dalam politik negara ini.

Pergelutan politik Melayu secara tegas bermula dengan perebutan kuasa sebagai wakil politik Melayu kepada British, apabila Malayan Union diperkenalkan pada Januari 1946.

Golongan kiri dan kanan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan British supaya penjajah itu menerima mereka sebagai wakil orang Melayu. Malah, ada pihak telah bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya demi untuk mengalahkan lawannya walaupun kepentingan bangsa Melayu menjadi taruhannya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945 di Ipoh , Perak atas anjuran Parti Komunis Malaya, cuba menyatukan orang Melayu dalam politik.

Dalam dasar Malayan United Front, Parti Komunis Malaya cuba menyatukan semua bangsa di Tanah Melayu untuk menyokong ideologi komunisme sebagai satu alternatif kepada sistem politik beraja yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan negeri-negeri Melayu.

British pula cuba memperkenalkan sistem kerajaan republik dan ‘unitary state’ kepada Tanah Melayu melalui Malayan Union. Segala sistem politik Melayu yang diterima oleh British sebelum Perang Dunia Kedua dihapuskan dengan meletakkan seorang Gabenor yang bertanggungjawab terus kepada Raja England.

Tekanan dua kuasa besar ini menyedarkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu terhadap perlunya mereka bersatu tenaga dalam sebuah gerakan politik yang bersifat kebangsaan.

Soal parokialisme atau kenegerian yang menguasai politik orang Melayu selama ini cuba dilupakan. Seruan untuk bersatu itu mengatasi sempadan politik yang menguasai orang Melayu Semenanjung sejak awal kurun ke 20.

Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1-4 Mac 1946 di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar, menjadi benteng perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan pemerhati politik masa itu.

Perhimpunan bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju menubuhkan UMNO, yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu orang Melayu menentang Malayan Union.

Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama.

Inilah perpaduan yang pertama dan terakhir bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Namun , perpaduan ini tidak disenanagi oleh Parti Komunis Malaya. Berbagai-bagai helah dilakukan untuk memecahkan perikatan UMNO-PKMM ini.

Melalui beberapa pemimpin kedua PKMM, Parti Komunis Malaya menjalankan jarumnya untuk menjadikan PKMM sebuah parti yang sentiasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan UMNO.

Hal pertama yang dibangkitkan ialah soal pendekatan politik UMNO. Pendekatan politik UMNO yang sederhana dan suka berunding itu dianggapnya kolot.

Keduanya, UMNO dibidas kerana tidak menuntut kemerdekaan penuh daripada British; matlamat UMNO yang hanya mahu status quo tradisional Melayu (kedudukan peribumi dan pengembalian takhta Raja-Raja Melayu) dihidupkan semula sebelum menuntut kemerdekaan, dianggap terlalu remeh.

PKMM lebih suka sebuah republik dan kerakyatan sama rata kepada semua penduduk Tanah Melayu. UMNO dituduh tidak progresif.

PKMM juga membangkitkan soal ketidakadilan UMNO dalam memberi undi/suara kepada parti besar dalam pengundian UMNO, ini tercetus dalam dalam soal pemilihan bendera UMNO.

PKMM juga mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh golongan feudalis dan bukan rakyat biasa. Kesemua sungutan PKMM disebarkan dalam akhbar rasminya Pelita Malaya, yang berpusat di Kuala Lumpur. Musuh utamanya ialah Majlis yang menjadi jurucakap UMNO.

Parti Komunis Malaya secara terbuka menyokong PKMM dengan menuduh UMNO memanjangkan penjajahan British, tidak progresif dan feudalistik.

Melalui desakannya, PKMM menarik diri dari UMNO pada Jun 1946, setelah hanya tiga bulan bekerjasama.

Selepas penarikan itu, kerjasama di antara keduanya dipertingkatkan. UMNO dibidas bukan sahaja oleh Pelita Malaya, tetapi juga oleh Malaya Tribune yang memang bersimpati dengan gerakan radikal dan komunisme.

Pengaruh Parti Komunis Malaya terus mencengkam PKMM apabila kepimpinan Dr. Burhanuddin yang sederhana tidak disenanginya. Melalui dua kumpulan berbeza, iaitu kumpulan komunis PKMM dan golongan radikal Melayu PKMM, Parti Komunis Malaya berjaya meletakkan Ishak Mohamad sebagai Presiden PKMM manakala Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat.

Dengan kepimpinan lebih radikal, PKMM lebih cergas menentang UMNO.

Keupayaan UMNO bersama Raja-Raja Melayu meminta British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu merancakkan permusuhan PKMM dengan UMNO.

Dengan sokongan AMCJA (All Council of Joint Action) yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan Parti Komunis Malaya, PKMM mengubah nama kepada PUTERA.

Dengan nama dan kerjasama itu, golongan anti UMNO menegakkan prinsip demokrasi dan kerajaan republik serta membidas Perjanjian Persekutuan tidak demokratik dan progresif.

Kerakyatan jus soli kepada orang Melayu dianggap satu diskriminasi kepada bangsa lain. Kedudukan istimewa Melayu dipersoalkan. Pemulangan takhta dan negeri kepada Raja-Raja Melayu juga dibantah.

Perjanjian Persekutuan 1948 dianggap pro-Melayu. Ia juga dianggap tidak progresif kerana kerana suara rakyat dan pilihanraya tidak diperkenalkan.

Konsep Malayan Malaya menjadi pegangan PUTERA dan sekutunya. Mereka mengemukakan perlembagaan 10 perkara untuk menentang UMNO, Raja-Raja Melayu dan British yang dinamakan Perlembagaan Rakyat.

Ternyata prinsip utama sistem politik Melayu sebagai dasar politik Tanah Melayu ditolak oleh PUTERA-AMCJA-Parti Komunis Malaya, dan mendesak sistem politik sama rata diwujudkan.

Kegagalan mendapatkan kedudukan politik sama rata itu telah menyebabkan pemulauan perniagaan diadakan di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Bagaimanapun, ini gagal mengubah pendirian British, Raja-Raja Melayu dan UMNO. Perjanjian Persekutuan 1948 yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 21 Januari 1948 itu mengesahkan kejayaan UMNO dan mengetepikan PKMM/PUTERA sebagai wakil politik orang Melayu dalam kerajaan British.

Parti Komunis Malaya yang gagal mendapatkan kuasa melalui cara perlembagaan, mengadakan pemberontakan bersenjata. British dan orang Melayu menentangnya sehingga 1960. Kekuatan perpaduan orang Melayu sederhana secara langsung mengalahkan golongan radikal kiri.

Parti Komunis Malaya juga menggunakan ulama yang bekerjasama dengan PKMM untuk menentang kekuatan perpaduan orang Melayu dalam UMNO.

Berpusat di Gunung Semanggol, Padang Rengas, Perak, kumpulan radikal agama dan PKMM menubuhkan beberapa organisasi ekonomi, pelajaran dan agama untuk memberi alternatif kepada UMNO.

Kepada golongan ulama radikal ini, UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pembesar dan Raja-Raja Melayu tanpa membela nasib rakyat bawahan yang masih miskin, kurang pendidikan dan terbiar.

Walaupun ini tidaklah begitu tepat kerana UMNO juga mempunyai program-program untuk membaiki pendidikan, ekonomi, perniagaan dan soal kebajikan yang lain, tetapi bagi golongan radikal ini adalah pentas politik alternatif untuk menentang UMNO.

Penubuhan Hizbul Muslimin sebagai sebuah parti politik Islam pada Mac 1948, memang merupakan tandingan terbuka kepada UMNO. Perpecahan Melayu kepada fahaman kanan, kiri/ radikal serta ulama menguntungkan Parti Komunis Malaya.

Dengan begitu yakin ia melancarkan pemberontakan kerana kelemahan perpaduan orang Melayu.

Pengharaman parti-parti radikal Melayu dan Parti Komunis Malaya pada Julai 1948 dibawah Undang-Undang Darurat, telah meninggalkan parti UMNO sebagai parti tunggal dan penting untuk orang Melayu.

UMNO cuba menyatukan semula orang Melayu dengan membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli API, PKMM, AWAS, BATAS, sebagai ahli UMNO.

Kemasukan mereka menyebabkan slogan Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka pada awal 1951 sebagai tanda perubahan matlamat perjuangan UMNO.

Keduanya, UMNO menubuhkan Perikatan Pemuda UMNO pada 1949 dengan tujuan menyatukan semua tenaga pemuda Melayu ke dalam UMNO. Ini juga melahirkan satu arena politik baru bagi bekas-bekas penyokong golongan radikal/kiri.

Ketiganya, menyerap semua tenaga ulama, terutama yang beraliran radikal ke dalam UMNO. Persidangan ulama pertama dan kedua diadakan di kuala Lumpur dan Muar pada tahun 1950 dan 1951.

Dalam persidangan di Kuala Lumpur, Persatuan Ulama Malaya ditubuhkan bagi memberi cadangan untuk kemajuan masyarakat Melayu. Ini termasuklah soal penyelarasan pentadbiran Islam, penubuhan Universiti Islam dan lain-lain lagi.

UMNO dengan itu telah menjadi parti yang sempurna sebagai tonggak politik Melayu. Namun, perbezaan idea dan permainan politik British, bukan Melayu dan rebutan kuasa pemimpin memecahkan UMNO kepada tiga parti besar.

Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP.

Persatuan Ulama Malaya pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah organisasi politik ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai, persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya (Pas).

IMP kemudian menjadi Parti Negara, yang menjadi lemah dengan kematian Dato Onn pada 1962. Namun, Pas kekal sebagai parti saingan UMNO hingga kini.

Perpecahan memang tidak akan menguntungkan survival bangsa Melayu terutama dalam masyarakat majmuk yang menggunakan sistem demokrasi dan Parlimen sebagai alat pentadbiran dan politiknya.

Keterbukaan yang tidak bertempat, perebutan kuasa dan kelalaian kepada perjuangan utama, tanpa mengambil kira kehidupan generasi Melayu akan datang dan perpecahan yang berlarutan akan menjadi senjata makan tuan kepada orang Melayu.

Semangat bulan Mac 1946 patut menjadi indeks politik masyarakat Melayu Malaysia.

Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

Sumber: Torashah

Saturday, August 2, 2008

BBPM rayu Pas-UMNO teruskan muzakarah

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) hari ini merayu Pas dan UMNO supaya meneruskan rancangan mengadakan muzakarah demi perpaduan Melayu dan umat Islam.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, sebarang pergeseran politik antara kedua-dua parti itu perlu diabaikan demi membincangkan perpaduan bangsa Melayu yang semakin longgar.

Menurut beliau, muzakarah di antara dua parti politik negara itu dijangka dapat memberi kesan positif kepada seluruh rakyat kerana pelbagai masalah termasuk politik dapat diselesaikan.

''Hanya muzakarah atau muqabalah dan muhasabah merupakan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan perpaduan bangsa Melayu dan Islam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menegaskan, selagi semua pihak bertegang leher kerana fahaman politik masing-masing, usaha orang Melayu untuk bersatu tidak akan menjadi kenyataan.

Menurut beliau, usaha itu dilihat bertepatan dengan piagam Perhimpunan Perpaduan Melayu, April lalu agar para pemimpin mengetepikan ideologi politik demi agenda bangsa.

''Adalah menjadi objektif utama BBPM untuk melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini mencari kebaikan dan perdamaian supaya keadaan politik negara lebih mantap,'' katanya.

Sehubungan itu, kata Osman, bukan sahaja Pas dan UMNO, tetapi muzakarah itu patut melibatkan semua pemimpin parti politik Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu duduk semeja.

''Jika seluruh bangsa Melayu yang sedar akan kepentingan bangsanya dan masa depan anak cucunya, muzakarah yang dicadangkan perlu diteruskan bagi mencari formula menjadikan bangsa Melayu lebih dihormati,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 2 Ogos 2008

Thursday, July 31, 2008

PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU
anjuran
NGO dan Sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai

Tarikh
3 OGOS 2008 (AHAD)
Masa
9.00 PAGI
Tempat
PADANG UTAMA POLITEKNIK SEBERANG PRAI

Semua dijemput hadir beramai-ramai

Tuesday, July 29, 2008

BOLEHKAH UMNO DAN PAS BERGABUNG?

UMNO negeri Perak telah menawarkan kepada Pas cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri. "Kerjasama ini boleh perluaskan ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” kata Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali. Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.

Manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa Pas negeri Perak akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO. Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri itu berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini. Ketika ditanya, apakah Pas akan bekerjasama dengan UMNO di Perak jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat Pas pusat, beliau berkata, ''Pas adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO."

Komen:
Pada peringkat awal isu muzakarah UMNO-PAS, Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz bersetuju dan kemudian meminta usaha bermuzakarah dihentikan kerana usaha itu boleh memecahbelahkan perpaduan ahli PAS. Bila Pak Lah mendedahkan bahawa pertemuan dengan PAS telah pun diadakan sebanyak tiga kali tanpa kehadiran Nik Aziz serta pengakuan diberikan oleh Presiden PAS, YB Haji Hadi bahawa pertemuan tersebut telah mendapat persetujuan Majlis Syura' Ulamak PAS maka Datuk Nik Aziz mulai didapati berlembut. Perjumpaan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini, Nik Aziz mencadangkan 'muqabalah' bagi menggantikan 'muzakarah. Ini bermaksud Tok Guru Nik Aziz bersetuju dengan pertemuan itu asalkan ianya memberi menafaat kepada agama Islam, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia keseluruhan amnya. MB Pahang pula telah menunjukkan keikhlasan untuk bersama dengan PAS sehingga beliau sudi menawarkan exco kepada wakil rakyat PAS. Tetapi yang menghairankan, dalam banyak pihak bercakap dan menyokong ke arah kerjasama antara UMNO dan PAS, MB Perak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa Pas negeri Perak akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO. Berita mutakhir semalam, dua ketua pemuda PAS di Kelantan telah membuat laporan polis ekoran kenyataan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO dianggap sebagai unsur rasuah politik. Inilah realitinya pemikiran politik orang-orang Melayu sama ada di peringkat pemimpin mahu pun di akar umbi. Terutama ahli-ahli PAS yang fanatik dengan ideologi parti tidak akan berkomporomi kerana selama ini mereka telah ditanam dengan rasa benci terhadap UMNO dan pemimpinnya. UMNO digambarkan parti yang menjahanamkan bangsa Melayu, parti yang merosakkan Islam, seolah-olah lebih zalim dari Yahudi. Buktinya PAS sanggup bersama DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam tetapi tidak boleh bersama dengan UMNO kerana UMNO menegakkan semangat kebangsaan, menjunjung perlembagaan barat, mengamalkan rasuah serta tidak Islamik dalam sistem pentadbirannya. Apatah lagi bagi pemimpin-pemimpin PAS yang telah menjadi wakil rakyat terutama MB Perak yang baru merasakan cukup 'selesa' dan 'bahagia' untuk dirinya sudah tentu tidak begitu yakin dengan kerjasama PAS-UMNO yang mungkin tidak menyakinkan beliau. Sebenarnya usaha kerjasama UMNO-PAS bukan suatu perkara yang mudah. Menyatukan ahli-ahli antara dua parti yang 'berseteru' sekian lama. Melupakan kejadian-kejadian lampau mungkin begitu sukar bagi sesetengah pihak. Isu kafir mengkafir, dua imam, sembelih yang haram di antara Melayu Islam PAS dan UMNO suatu masa dulu amat menggerunkan kita. Jika perpaduan Melayu PAS dan UMNO dapat direalisasikan dengan melupakan sejarah lampau yang merugikan itu, semua pihak termasuk seluruh NGOs Melayu dan Islam akan merasakan suatu sejarah baru tercipta demi untuk pembangunan dan kemajuan umat Melayu dan Islam di Malaysia keseluruhannya.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"