Thursday, April 17, 2008

DS Haji Hadi nampak simpati dengan UMNO


Sejuk hati saya bila mendengar keresahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas menerima rawatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat serangan jantung. Kata beliau, ''Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar daripada budaya dan adat orang Melayu.
''Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu perkara yang memalukan,". Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka (UMNO) terus memegang tampuk pemerintahan negara. Katanya lagi, ''UMNO kena terima pandangan semua pihak termasuk daripada kaum Cina dan India untuk melakukan perubahan". Beliau menerangkan bahawa pertelagahan dalaman UMNO itu tidak sepatutnya berlaku kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, kekalahan yang dialami parti itu tidak seteruk parti komponen Barisan Nasional (BN) lain. (Petikan dari Utusan Malaysia, 17 April 2008).
Kalau beginilah nada percakapan pemimpin PAS ini, nampaklah sedikit ruang untuk mengadakan penyatuan orang-orang Melayu dan Islam. Saya kata begini kerana sebelum ini, nada pemimpin-pemimpin PAS agak keras malahan memperlekehkan UMNO dan BN sejak PRU12. Tetapi saya belum dengar lagi respon dari pemimpin tertinggi UMNO dan PKR berkenaan penyatuan Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

Aku hairan tiba-tiba Presiden PAS Hj. Hadi mengaku melayu. Tak payahlah risau tentang bangsa kami, budaya dan adat resam kami.. tak menguntungkan. Pandailah kami orang UMNO mengatasi masaalah kami sendiri.Lagi pon Hj Hadi ni bukan melayu lagi,tuan Haji Hadi cuma risau je lah pak arab,pak pakistan dan pak afganistan dalam PAS yang nak masuk jadi melayu balik.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"