Sunday, June 29, 2008

Kes Liwat DS Anwar Ibrahim: BN dan UMNO jadi sasaran?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, apa yang penting kini ialah siasatan terperinci dijalankan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil. Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat dan pihak media agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau yang bersifat andaian mengenai kes tersebut.
Komen:
Ada konspirasi politik! Begitulah anggapan dan andaian kebanyakan individu yang memihak kepada DSAI. PM sendiri telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kerajaan BN dan UMNO terhadap kes ini. Kes liwat dikaitkan dengan DSAI pada tahun 1998 dulu telah banyak merosakkan imej UMNO. Orang ramai tidak mempercayai bahawa DSAI adalah personal seburuk dan sehina itu. Sekali lagi mahu atau tidak mahu, pemimpin UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa sekali lagi parti UMNO akan menjadi sasaran dan kritikan hebat selepas ini. Sama ada kes liwat ini benar atau tidak, UMNO dan pemimpinnya akan dianggap sebagai 'berniat jahat' untuk menjatuhkan karier politik DSAI. Awal-awal lagi YB Sarifuddin Nasution telah menyeru agar para penyokong bertenang dan beliau dengan yakin beranggapan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik DSAI. Presiden PKR, Wan Azizah juga mengulangi pendirian suaminya bahawa ada konspirasi politik. Manakala pihak Polis akan membuat penyiasatan secara terperinci, profesional dan adil kepada kedua-dua pihak; pengadu dan yang kena adu. Datuk Mohd Bakri Zinin merayu agar pihak akhbar dan orang ramai tidak membuat sebarang andaian kerana ini akan mengganggu proses siasatan pihak polis. Walau bagaimanapun tindakan DSAI mendapat perlindungan di Kedutaan Turki menimbulkan banyak persoalan. Orang ramai diminta bertenang dan sebaiknya menunggu hasil siasatan polis. Jika benar berlaku konspirasi politik, pihak yang terlibat perlu dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira darjat dan pangkat selaras dengan sistem kehakiman negara yang lebih bebas dan adil. Namun demikian sudah ada pihak telah mulai mempertikaikan kewibawaan pihak polis dan kehakiman negara masa kini. Pemimpin pembangkang terutamanya diingatkan supaya tidak emosional bila berhadapan kes ini dan cubalah elak membuat sebarang tuduhan dan andaian. Saya masih ingat lagi, bila diminta komen berkaitan dengan beberapa ahli parlimen akan melompat parti maka Tok Guru Nik Aziz terus membuat tuduhan bahawa tindakan melompat parti itu bukan kerja parti pembangkang sebaliknya kerja BN. Akhirnya terbukti, usaha memancing ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak adalah kerja buat pemimpin parti pembangkang yang bercita-cita menjadi PM secara yang tidak demokratik.

11 comments:

Anonymous said...

Sah UMNO akan jadi sasaran. Imej UMNO lebih buruk dari imej DSAI. Kes liwat dulu menyebabkan UMNO dibenci oleh org Melayu sendiri kerana dituduh sebagai suatu konspirasi politik. Parti pembangkang bijak mengambil peluang baik pun dalam keadaan tertekan seperti ini. Tunggu dan lihat!

Anonymous said...

PKR semestinya akur dengan apa yang belaku, kenapa nak perbetul pekara yang salah. Rasional la sikit wahai Ahli-ahli pkr. Mat sabu pun besa sebut Anwa ibrahim al-juburi. Allah maha kaya pasti akan terbongkar jua akhirnya.

Tai said...

Itulah, bila dia buat kat orang dulu, wah gah bukan main. yalah, buat konspirasi kat BN, hina orang tu, kutuk orang ni. Tetapi sekarang, apabila bala sudah menimpa dirinya, mengapakah begitu cepat menuding jari? masa dia buat kat orang dulu, adakah orang yang kena itu cepat menuding jari? Lihatlah sendiri.

Yang best tu, gunakan pulak orang kedua dan ketiga nafikan semua yang dilaporkan. Dia sudah pengecut? Dia bukan anak jantan?

Kenapa mesti berlindung di kedutaan asing? Kalau betul ada ancaman bunuh, kenapa tak buat laporan polis?

Anonymous said...

korg ni...mahkamah tak putuskan ape2 korg yg lebih2 plak..tak pasal2 dpt dosa percuma...
kalo die buat laporan polis pun...paham2 la polis mesia...nanti die pukul sampai lebam (tak ingt ke dulu)...
politik skrg bknya bersih..sama jek mana2 pun...yg keliru rakyat..nak pilih BN pun hampeh..pkr pun hampeh...
kalo ISLAM dipilih pasti aman malaysia ni...masalahnya...ISLAM dan politik dah dipisahkan oleh celaka2 melayu...

abe MIE 'TERJAH' said...

SALAM..

kat Pantai dalam, 10ribu ahli keadilan minta penjelasan anwar al-juburi pasal

1. kenapa sembunyikan diri sedangkan pada 1988 dia lawan kalau bab liwat.
2. kenapa pilih kedutaan turki? kan turki negara sekular. bab al-juburi tak salah. kenapa tidak pilih kedutaan filipina? kan anwar suka ke sana.
3.Ujian ada menunjukkan ada kesan di dubur yang tertuduh. kenapa anwar diam?
4. kenapa anwar hanya mengaitkan kesnya dengan UMNO? kenapa tidak pertahankan diri?
5.Anwar dengan perempuan lain bagaimana? kalau aljuburi dah salah, bagaimana dengan al-buriti?
6. anwar tidak bersumpah?
7. Kes najib orang simpati sedangkan kes anwar tidak pula, kenapa? hanya penyokong yang bodoh dan benggak sahaja percaya anwar al-juburi adalah 'malaikat'...


kalau tidak, mereka semua akan mengisytihar masuk UMNO??? anwar kena jawab....


pkrpasdap.blogspot.com

Tai said...

Nah tengok, dah keluak dah. Tapi, masih nak buat konspirasi lagi. Siap kata empat orang ahli parlimen BN nak sertai dia. Tu nak alihkan pandangan. kalau berani, buat penafian. Kenapa Pak Lah, TPM, menteri pelancongan dan semua yang terlibat berani buat penafian tapi dia harus gunakan orang lain untuk buat penafian?

Anonymous said...

ek ele...gelabah gile sedingin salju ni...haha..

Tai said...

Ini bukannya nak gelabah. Tapi, ini adalah realiti. Kita tak perlu gelabah jika kita tak salah.

Anonymous said...

DSAI memang seorang yang bijak dalam bab-bab putaralam. Sebenarnya dia takut pada bayang-bayang sendiri.Dia lah perosak negara, dia pandai tipu helah. Sekarang ini UMNO akan jadi mangsa konspirasi pinipuan DSAI. Dia ingat dia besaq sangat sampai minta jaminan pada PM tentang keselamatan dia. Pkr dok cakap ini adalah rancang UMNO untuk menjatuhkan DSAI, Tuan-tuan perlu ingat ini juga berkemungkinan rancangan DSAI sebab nak alih pandangan rakyat supaya dai mendapat sokongan semasa pilihanraya kecil nanti.

Anonymous said...

DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq.

Anonymous said...

DSAI bercita besar nak jadi PM. Rasuah politiknya harap MP dari Sabah dan Swak lompat parti tidak menjadi. SAPP belum istihar keluar BN. Lain-lain MP mengutuk tindakan SAPP. Harapan DSAI semakin tipis. DSAI sudah tidak yakin PRU13 dia jadi PM. Rakyat mula benci kerajaan PR. Banyak masalah! PKR akan kalah teruk dalam PRU13 akan datang. Pengundi Melayu tertipu. Untuk pasti dia jadi PM segera, dia kena wujud suasana politik yang gawat. Lapor dirinya menerima ancaman, mendapat perlindungan di Kedutaan Turki, menuduh konspirasi adalah kerja UMNO dan kerajaan, tidak percaya dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, kata kerajaan halang ia bertanding dll. Apa kaitan ini dengan kes liwat? Janganlah buat cerita bagi rakyat mengamuk dan berontak! Bila berlaku demontrasi jalanan, negara tidak aman lagi, kerajaan jadi lemah, polis jadi kutukan rakyat, ekonomi gawat, kerajaan boleh digulingkan rakyat. Inikah yang DSAI mahu????

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"