Friday, July 4, 2008

Isu Liwat Tenggelam Timbul Isu Perakuan Bersumpah Balasubramaniam

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sekeras-kerasnya akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat. DS Najib yakin perakuan itu merupakan usaha terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalih perhatian umum daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.
DS Najib menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan wanita Mongolia yang disebut dalam perakuan bersumpah itu. Oleh itu, akuan bersumpah berkenaan di anggap sebagai satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemar imejnya.
Tetapi pada pagi ini, Balasubramaniam menerusi M Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya dalam sidang akhbarnya, berkata bahawa semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar. Oleh itu Balasubramaniam berkata beliau menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan ujarnya.

Komen:
Apa lagi DSAI mahu lakukan setelah Balasubramaniam tarik balik perakuan sumpah. Tindakan menyerang Peguam Negara dan Ketua Polis Negara ketika beliau sedang berhadapan pendakwaan meliwat amat mencurigakan kejujurannya. Mengapakah ini tidak berlaku sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara tempoh hari. Setelah beliau menyedari bahawa aduan liwat ke atasnya telah dibuat, DSAI telah mendapat perlindungan dari Kedutaan Turki. DSAI mendakwa bahawa beliau mendapat laporan perisikan tentera bahawa keselamatan diri beliau terancam. Mengapa beliau tidak membuat laporan polis sebaliknya berlindung di Kedutaan Turki. Akhbar hari ini pula melaporkan bahawa tiada perisikan tentera dilaporkan kepada DS Anwar. Kes liwat hampir tenggelam yang timbul perakuan bersumpah oleh Balasubramaniam. Yang hangat orang ramai perkatakan bukan lagi kes liwat DSAI sebaliknya kes pemalsuan bukti oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang didedahkan oleh DSAI. Parti Pembangkang mahu Peguam Negara dan KPN diberi cuti oleh PM. Ezam, bekas Ketua Pemuda AMK berpendapat bahawa kes liwat adalah masalah peribadi DSAI bukan konspirasi politik oleh sesiapa pun. Berilah peluang pihak polis menjalankan siasatan dengan bebas dan secara adil mahkamah akan membuat keputusan. Tuduhan dan andaian yang dibuat secara liar dan bebas akan mengganggu proses siasatan pihak polis. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat menjadi keliru. Amerika turut campurtangan dengan memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak menjalankan siasatan ke atas DSAI. Kedaulatan negara tercabar dengan amaran negara polis dunia itu. Parti PAS dan NGOs telah menunjukkan reaksi bantahan terhadap Amerika.

4 comments:

Anonymous said...

that's way too cool.

Anonymous said...

It could give you more facts.

Anonymous said...

And also we ensure that when we enter in this specific blog site we see to it that the topic was cool to discuss and not a boring one.

Tai said...

Sebab itu saya kata, relekslah brother. Kalau hang tak bersalah, pasai apa nak tuduh orang itu dan ini? Kalau hang terus buat macam ni, sahlah ada kes dengan hang. Memang sah. kalau benar tak ada kes, p junjung quran buat sumpah.

Sokong saranan mufti Perlis.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"