Tuesday, January 20, 2009

Helah Prof Ramasamy: Itu masalah pusat.




Kenyataan TKM2 Pulau Pinang, YB Prof Ramasamy semalam melalui saluran TV3 amat mengecewakan sebagai rakyat Pulau Pinang. Nampaknya kerajaan Pulau Pinang sekarang tidak bersedia menghadapi gelombang kemelesetan ekonomi dunia yang berterusan. Kerajaan negeri Pulau Pinang cuba melepaskan tanggungjawab mereka. Penutupan kilang yang menyebabkan ramai bakal kehilangan pekerjaan dianggap sebagai bukan tanggungjawab kerajaan negeri. Dengan senyum sinis dihadapan pemberita, beliau menyatakan masalah tersebut adalah masalah kerajaan Pusat. Apakah begini TKMII memberi jawapan kepada rakyatnya. Apakah dalam saat kritikal negara kita dan negara-negara di dunia menghadapi masalah kemelesetan ekonomi, ada pemimpin politik masih mahu bermain tarik-tali?
Apakah negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor, Johor, Kedah, Sabah dan lain-lain akan kita dengar nanti Menteri Besar masing-masing akan membuat kenyataan kepada rakyat bahawa masalah pengangguran di kalangan rakyat bukan masalah kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat yang bertanggungjawab? Selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkelulusan Doktor Falsafah (PHd-Perangai Hasad Dengki), langsung tidak mencerminkan ketokohan Prof. Ramasamy sebagai pemimpin negeri dan wakil kepada rakyat di Pulau Pinang ini. Bukan masanya lagi kita berdolak-dalih dan menyalahkan orang lain. Majoriti rakyat Pulau Pinang telah memberi mandat kepada DAP dan PKR memerintah negeri ini maka laksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya. Rakyat sudah bosan dengan pelbagai falsafah dan janji kerajaan negeri tetapi sehingga kini rakyat semakin tersepit dan pelbagai dasar kerajaan negeri mengecewakan rakyat umum. Kerajaan PKR baik di Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah pun menampakkan kelemahan dari beberapa aspek setakat ini. Belum sampai setahun, banyak masalah rakyat dengan kerajaan PKR tidak dapat diselesaikan.

1 comment:

Anonymous said...

Sokong lagi PKR, DAP dan PAS. Padan muka kau orang!!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"