Tuesday, May 19, 2009

PEMIMPIN HINDRAF SUDAH MELAMPAU DAN KURANG AJAR!

Kerajaan tidak perlu bertolak ansur dengan pertubuhan haram, Hindraf. Hindraf telah melampau hingga berani mengugut pemimpin negara. Apa yang mereka hendak? Apakah kaum India di Malaysia ditindas, dibunuh dan sebagainya? Mengapakah perhimpunan haram yang mereka pilih?
Ingatlah, jutaan rakyat Malaysia masih di belakang kerajaan yang sayangkan kedamaian dan keamanan. Mereka berdiam diri tidak bermakna mereka menyokong tindakan golongan tertentu yang suka dengan berdemontrasi. Cara demontrasi haram bukan budaya rakyat Malaysia. Tapi inilah pilihan dan kegemaran bagi golongan tertentu. Mereka tidak berasa takut seolah-olah mereka mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
Jangan melampau dan patuhi undang-undang negara ini. Apakah akan berlaku sekiranya ada golongan lain pula bangkit menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap golongan Hindraf? Banyak pertubuhan NGOs Melayu dan Islam mulai melahirkan rasa marah di atas tindakan Hindraf mengugut kerajaan Malaysia. Jika dibiarkan, Hindraf akan menjadi suatu ancaman kepada keamanan negara. KDN perlu bertegas kepada mana-mana pemimpin pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang negara terutama Hindraf yang dikatakan pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

2 comments:

Anonymous said...

Hindraf mendapat sokongan pemimpin Melayu tertentu yang gila nak jadi PM. Wujud keadaan negara yang huru hara mudah kerajaan BN ditumbangkan! Itulah Hindraf dan DSAI.

Anonymous said...

Nizar + BroAnwarBinIbrahim(H1N1) = Hindraf(LTTE).

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"