Sunday, August 23, 2009

KEMPEN PAS MENCEMARKAN BULAN RAMADAN!

Kempen pilihanraya adalah masa yang diberi kepada parti dan calon untuk menjelaskan dasar perjuangan parti yang bertanding kepada pengundi-pengundi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sedangkan tempoh berkempen yang diperuntukkan adalah bagi memberi peluang kepada calon dan parti mengetengahkan misi dan idea mereka bagi membantu penduduk setempat dan bukannya untuk menjatuhkan maruah atau mengaibkan sesiapa. ''Kempen fitnah, aib adalah perkara yang tak mendatangkan faedah kepada penduduk DUN ini. Pihak terlibat patut sedar isunya adalah isu membangunkan Permatang Pasir. Isu ini yang patut ketengahkan, ditumpukan. ''Isu bercorak menjatuhkan maruah adalah isu peribadi yang tidak ada kepentingan kepada pengundi di sini. Kempen yang menjurus kepada serangan individu adalah tidak sihat, buat pengundi keliru dan amat tak berhemah apatah lagi kita di bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Apakah maknanya kemenangan calon PAS kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir jika kemenangan itu kerana fitnah dan isu peribadi yang bijak dimainkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Untuk kemenangan, pemimpin-pemimpin PAS dan parti yang didakwa memperjuangan Islam sanggup mencemarkan kemuliaan bulan Ramadan. Jika ditakdirkan calon PAS menang dalam PRK nanti, maka rakyat kawasan DUN Permatang Pasir boleh berbangga dengan parti PAS yang berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pasir. Calon PAS dan parti PAS tidak menjanjikan sebarang bentuk pembangunan dan perubahan kepada rakyat Permatang Pasir. Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun berjumpa dengan rakyat Cina tanpa menjanji apa-apa. Calon PAS tidak dijanjikan sebarang jawatan dalam kerajaan negeri. Tidak seperti Dr. Mansor Osman dari PKR yang dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Apakah pengundi-pengundi di DUN Permatang Pasir masih tidak celik dengan kekalutan dan pergolakan yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang? Dan apakah pengundi-pengundi di DUN Manek Urai di Kelantan lebih celik dalam menilai isu politik yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding? Dan mungkin juga kemenangan calon PAS disebabkan jentera pilihanraya BN tidak bergerak secara agresif dan efektif untuk menawan hati pengundi-pengundi Permatang Pasir? Pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir cuma mempunyai masa 24 jam lagi untuk memikirkan masa depan mereka. Pengundi-pengundi DUN Permatang Pasir perlu memilih calon BN yang telah terbukti banyak membantu rakyat tanpa mengira warna kulit.

2 comments:

Anonymous said...

PAS menang, BN kalah. Tapi majoriti dapat dikurangkan oleh BN merupakan suatu yang cukup baik untuk BN hadapi PRU13 akan datang.

Jumayatara said...

Setuju idengan Anon ( tak ada nama, anak sape ni???)

BN kalah lagi, asyik kalah aje...ngabihkan beras aje.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"