"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau   selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan   kerajaan negeri," dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan   Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul   Rahman Abas.(petikan Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010)

Sebelum  GWM melangkau lebih jauh lagi dengan isu ini, ada lebih baiknya  kita  renungkan kembali apakah pengertian dan maksud khutbah jumaat dan  rukun  khutbah jumaat secara terperinci.
Khutbah Jumaat ialah dua  khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali  Solat Jumaat  dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat  Jumaat.
Manakala Rukun khutbah Jumaat adalah:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah".
2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3.  Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar  bertaqwa  kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
(Pengertian di atas di ambil dari buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus)
Sekarang  sudah jelas apakah Khutbah Jumaat dan Rukun Khutbah Jumaat.  Kontroversi  doa khutbah kepada bukan muslim (terutamanya kepada Lim  Guan Eng) di  Pulau Pinang perlu dilihat dari konteks ilmiah dan politik  itu sendiri.
Dari Sudut Ilmiah
Apabila  di sebut rukun maka ianya wajib dilaksanakan, bukannya sunat  atau  harus. Jika dari konteks ilmiah dan fardhu atau wajib telah  ditinggalkan  secara sengaja, bukankah sudah menjadi kerugian kepada  para jemaah yang  mengerjakan solat jumaat pada hari tersebut?
Khatib yang  membacakan khutbah pada hari tersebut wajib  bertanggungjawab di atas  kekhilafannya, jika terlupa. Bagaimana pula  jika sengaja berbuat  demikian?
Apa perlu didoakan kepada bukan Muslim sedangkan di  dalam solat  seharian kita sering membaca Doa Iftitah. Doa yang sering  dibaca  sebelum membaca Surah Al Fatihah ini adalah Aku Janji bahawa kita  tidak  mahu tergolong di dalam Golongan Kafir.
Di Politikkan?

Awal  awal lagi Harakah sudah memperlihatkan isu kontroversi ini  dimainkan  oleh UMNO sebagai lanjutan isu perkauman yang dimainkan oleh  MCA (UMNO  dituduh bertindak sedemikian sebagai langkah 
politic desparation).
Dalam  hal ini, GWM membidas PAS dan Harakah kerana juak juak ini yang   sebenarnya mensensasikan isu yang sudah menjadi kontroversi.
Mengapa  pula UMNO dipersalahkan atas dasar membangkitkan isu doa kepada  Lim  Guan Eng. Pada hakikatnya PAS terlupa bahawa merekalah yang  memulakan  langkah mengaibkan Islam dan mempolitikkan agama.
Naib  Yang Dipertua Ulama  Malaysia cawangan Pulau Pinang dan juga Bekas Ketua  Pemuda PAS Pulau  Pinang, saudara Mohamad Hafiz Nordin mengaku pernah  berdoa kepada Lim  Guan Eng semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid  Hashim Yahya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).
Siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu, siapa sebenarnya yang memperalatkan Islam demi rakusnya kuasa undi bukan Muslim?
 Jika  dibenarkan sekalipun berdoa untuk bukan Muslim, apakah  layak manusia  yang bernama Lim Guan Eng ini didoakan sedangkan umum  mengetahui  pelbagai perkara yang dilakukan oleh manusia yang di angkat  sebegitu  tinggi darjatnya oleh PAS ini, terlalu banyak memudaratkan  umat Islam.
Jika  dibenarkan sekalipun berdoa untuk bukan Muslim, apakah  layak manusia  yang bernama Lim Guan Eng ini didoakan sedangkan umum  mengetahui  pelbagai perkara yang dilakukan oleh manusia yang di angkat  sebegitu  tinggi darjatnya oleh PAS ini, terlalu banyak memudaratkan  umat Islam.
Apakah  tidak cukup lagi dengan peristiwa yang telah berlaku di Perak  tempoh  hari sebagaimana doa untuk Sultan Perak, sesama Muslim, juga   ditinggalkan oleh juak juak ini. Begitu biadab!
Jika sekalipun PAS menuduh UMNO cuba bermain dengan api perkauman melalui pembohongan dan fitnah, 
bagaimana   pula dengan saksi saksi yang menunaikan Solat Jumaat, yang sanggup   memberi keterangan terhadap perisitwa yang berlaku di Masjid Jamek   Jelutong.
Satu kebetulan? satu permainan politik silap  mata oleh UMNO? atau  sememangnya perkara ini berlaku? Tidak mungkin  ramai saksi yang sanggup  tampil memberi keterangan jika dipanggil ini  pekak dan tuli dan jahil  belaka.
Menutup kepincangan
Agak  melucukan apabila Anwar Ibrahim turut menganggap doa khutbah ini  adalah  fitnah dan permainan politik perkauman sempit oleh UMNO. Beliau   mendakwa telah membaca teks khutbah berkenaan yang diedarkan kepadanya 
( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).
 Mungkin  beliau terlupa akibat  permainan politik sempit dan kuat berjanji  beliaulah timbulnya isu  penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala dan  bagaimana umat Melayu  terus dipinggirkan dan ditindas oleh parti dominan  di dalam Pakatan  Rakyat, DAP.
Mungkin  beliau terlupa akibat  permainan politik sempit dan kuat berjanji  beliaulah timbulnya isu  penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala dan  bagaimana umat Melayu  terus dipinggirkan dan ditindas oleh parti dominan  di dalam Pakatan  Rakyat, DAP. 
Adakah ianya juga mainan politik sempit UMNO dan BN?
Anwar  Ibrahim begitu pantas membuat kesimpulan bahawa isu doa  kontroversi ini  adalah mainan politik UMNO. Walhal beliau terlupa  bahawa MAIPP masih  meneruskan siasatan ke atas isu ini. Bagaimana boleh  terus menerus  membuat kesimpulan sedangkan siasatan masih dijalankan?

Anwar  Ibrahim dilihat mahu menutup setiap lubang kelemahan dan  kepincangan  dengan kadar yang segera kerana tidak mahu Pakatan Rakyat  goyah di Pulau  Pinang.
Biarkanlah siasatan rapi terus dijalankan. MAIPP juga  perlu memanggil  saksi saksi Solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong yang  terlibat untuk  di ambil keterangan.
Anwar Ibrahim tidak perlu menjadi juri dan hakim di dalam satu masa semata mata untuk menutup kerosakan yang telah berlaku 
( damage has been done ). Jika mahu dilihat adil, siasatan terperinci perlu dijalankan secepat mungkin. 
Di Politikkan atau Kebenaran?
GWM  tidak pernah berasa terkejut jika isu ini sememangnya terjadi  akibat  kebobrokan penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu jumud dan  fanatik  mempertahankan seorang manusia bernama Lim Guan Eng.
Ini kerana  PAS adalah parti politik, parti yang menggunakan Islam  sebagai lencana,  parti yang telah merosakkan keindahan Islam itu  sendiri.
 Maka  tidak hairan jika  sembahyang dua imam nyata dan sememangnya di juarai  oleh PAS sejak  dahulu lagi. Inikan pula tindakan kontroversi  meninggalkan doa terhadap  pemerintah Muslim dan mengaminkannya, Yang Di  Pertuan Agomg.
Sumber: Gelombang Wangsa Maju
Maka  tidak hairan jika  sembahyang dua imam nyata dan sememangnya di juarai  oleh PAS sejak  dahulu lagi. Inikan pula tindakan kontroversi  meninggalkan doa terhadap  pemerintah Muslim dan mengaminkannya, Yang Di  Pertuan Agomg.
Sumber: Gelombang Wangsa Maju