TUMPAT  2 Ogos – Tokoh agama Kelantan, ‘Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting’ menyeru  agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan  Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan  Melayu dan umat Islam di negara ini.
Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat ‘lembu dicucuk hidung.’
Pengasas  Madrasah  An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj  Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak  perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi  apa yang diseru oleh Allah s.w.t.
Malah  bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya  menjadi fasik dan bidaah ‘dolalah’ serta boleh menjadi kafir.
“Ini  kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan   Rasulullah s.a.w  menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan  kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
“Tetapi  Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan  perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam.   Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur,  malah Pas pun akan hancur.
“Perpaduan  macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata  pepatah, rugi sekarung tetapi  untung hanya seguni bahkan tidak ada  untung langsung,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online,  di sini, hari ini.
Beliau  yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah  berfirman  di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah  khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.
“Maknanya  Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang  Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar.  Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan  memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh  membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di  Palestin, Bosnia dan sebagainya.
“Sekiranya  kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri  pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak  menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi  pun akan menjadi kuat dan mantap.
“Sebenarnya  hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena  tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman  malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu  rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh.  Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat,” katanya.
Beliau  seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu  dan kedaulatan di  negara jiran terdekat Singapura.
“Inilah  yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah  penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada  Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung,” katanya.
Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.
“Allah  menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam,  mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan  berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka  dia akhirat.
“Hadis  Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan  perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk  Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara  terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah  mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya,” katanya.  - MediaUMNO (sumber klik sini)
 

 
6 comments:
nik ajis ni takbur dan riak dah,orang melayu tak perlukan dia,biarlah dia sesat dan dihukum oleh ALLAH SWT.parti politik tak boleh dibawa kekubur pun......fikir-fikirkanlah...
aku tak tau la apa nak aku katakan pada nik ni..nanati dia cakap tokoh ulama tu anjing umno dan sesat,,,ego melampau nik ajis
Aura TGN Aziz amat kuat diKelantan..Cakap apa pun,cerita lah segala keburukan TGN Aziz yg telah dilakukan bersama dgn bukti pun rakyat kelantan yg taksub kepadanya tak akan beralih pandangan sedikit pun dari Pas....Begitu pandai TGN Aziz menyesat kaum melayu di Kelantan menggunakan ayat-ayat Al Quran......Fikir2 kanlah demi perpaduan kaum melayu.......
ClorocBleach
tolong la umno...
pakai la orang lain kalu nak hentam nik aziz.Dollah samah (dollah 50sen) ni tokleh pakai doh. Orang kelantan semua sudah tahu. Orang tumpat lagi tau.
tolong lah yer.... buang duit umno jer kasi dia bercakap...
Almarhum Guru teman pernah berpesan dengan kiasan halus tentang masa depan bangsa Melayu, Islam dan Malaysia;
'Hanya kayu yang dapat menumbangkan pokok, bukannya mata kapak kerana mata kapak tanpa kayu pemegang tak boleh memotong'.
Realitinya kini - mata kapak adalah PKR, kayu pemegang adalah PAS dan penebang pokok adalah DAP.
atau
Mesin penebangnya adalah PKR, minyak petrolnya adalah PAS dan penebang pokok adalah DAP
Renung-renungkanlah apa ketiga-tiga parti ini telah buat selama ini dan kesan terhadap institusi Raja, Melayu dan Islam dalam usaha mereka merebut kuasa politik.
Wallahualam...
Saya sokong analogi tuan berikan, tk.
Post a Comment