Sangat  terkejut bila UMNO bersama BN buat keputusan menolak Perkasa. Perkasa  dikatakan punca UMNO kehilangan sokongan daripada orang-orang bukan  Melayu. UMNO perlu sedar setakat ini bukan Melayu masih memihak kepada  pembangkang terutama DAP. Jika haramkan Perkasa sekalipun bukan Melayu  belum tentu akan menyokong UMNO/BN. Di kalangan pemimpin UMNO pun tahu  bahawa ramai orang Melayu menyokong Perkasa setelah melihat Perkasa  benar-benar menjuarai dalam isu mempertahankan kedudukan orang Melayu  dan raja-raja Melayu. UMNO tak begitu lantang dalam mempertahankan hak  ketuanan orang Melayu kerana bimbang akan terguris hati rakan-rakan  dalam komponen BN. Memang tak salah pun jika Perkasa lantang  mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Jika kaum bukan Melayu ada  Suqui dan Hindraf, apakah orang Melayu tak boleh ada Perkasa? Orang  Melayu terlalu banyak bertolak ansur hingga bukan Melayu termasuk  pemimpin-pemimpin bukan Melayu sudah 'naik tocang' berani menghapuskan  DEB dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Malahan sudah ada  pemimpin Melayu sendiri mulai mempertikaikan hak keistimewaan orang  Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan. 
Sepatutnya  UMNO mendekati NGOs Melayu dan NGOs Islam dan bukan menjauhi mereka.  UMNO perlu mendapat sokongan padu dari kalangan NGOs Melayu/Islam  menjelang PRU yang akan datang. UMNO akan rugi. MCA,  MIC, Gerakan dan  DAP tidak akan rugi. Kebanyakan pemimpin UMNO menduduki  Jawatankuasa  Perkasa malahan mengetuai Perkasa di peringkat Negeri dan Parlimen. Amat  rugi jika UMNO sendiri menolak pertubuhan Perkasa.   Keputusan menolak  Perkasa akan memberi kekuatan kepada pembangkang. Manakala UMNO akan  kehilangan sokongan dan pengaruh manakala pembangkang sedang membina  kekuatan. Oleh itu keputusan menolak Perkasa perlu dikaji semula jangan  nanti ibarat kata pepatah Melayu, "Yang dikejar tak dapat yang dikendung  keciciran". Tindakan menolak Perkasa sebenarnya sesuatu yang amat  merugikan UMNO sendiri dan tidak sebesar manapun sokongan bakal  diperolehi oleh BN dari pengundi-pengundi bukan Melayu dalam PRU yang  akan datang.
 
 
No comments:
Post a Comment