Tiba  setiap kali pilihanraya akan ada poster-poster, banner-banner dan  risalah-risalah yang amat menakutkan umat Islam di Malaysia. Keadaan  menjadi lebih sengit hingga perlakuan penyokong-penyokong parti  terkeluar batasan adab susila dan ajaran Islam. Kita boleh perhatikan  sendiri nanti di PRK DUN Tenang bila bertemunya  antara calon PAS dan  calon BN dari UMNO. Malu kita kepada rakyat yang bukan beragama Islam.  Malu dengan perlakuan buruk tok-tok janggoat yang langsung tidak  mencerminkan Islam sebagai agama suci yang patut dijaga dan dipelihara.  Kenapa mereka ini bertindak keterlaluan seolah-olah mereka berhadapan  dengan musuh-musuh Islam? Seolah-olah mereka ini sedang berperang dengan  puak-puak Yahudi dan Nasrani? Apakah kerana fatwa Tuan Haji Hadi dan  fatwa-fatwa Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pegangan kuat para  penyokong-penyokong PAS? 
Berita terbaru, sudah ada keganasan yang dilakukan oleh puak-puak PAS terhadap kenderaan yang di bawa oleh Puteri UMNO di Labis, Johor. Manakala di PRK Bagan Pinang dulu ada pula penyokong PAS sendiri sanggup menipu orang ramai mendakwa dia ditetak oleh penyokong BN. Suatu masa dulu, dalam PRK di Kedah ada penyokong PAS telah menunjukkan kemaluannya kepada puteri-puteri UMNO yang sedang berkempen. Di Pulau Pinang juga pernah berlaku dalam PRU yang lalu, penyokong PAS menjerit-jerit mengatakan "orang UMNO kafir". Walau bagaimanapun keadaan panas itu dapat diredakan bila penyokong PAS itu diberi amaran keras oleh seorang tua yang berlalu di situ. Ini cerita benar bukan fitnah seperti ciptaan PAS. Betapa sedihnya kita umat Islam bertelagah dalam politik sesama sendiri merebut kuasa. PAS mengatakan perjuangannya untuk Islam. Tapi apakah UMNO yang memerintah selama ini menyebabkan Islam di Malaysia tidak diamalkan dalam pentadbiran dan sistem pengurusan ekonomi negara. Apakah kerana UMNO, kalimah Allah dibenarkan digunapakai dalam gereja? KApakah juga kerana UMNO maka kaum kafir boleh menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah-cermah politik mereka? Apakah kerana UMNO jugalah, perempuan bukan Islam tidak menutup aurat boleh berucap di ruang utama solat sebuah masjid/surau? Apakah kerana UMNO jugalah tindakan merampas arak oleh pihak berkuasa ditarik balik? Apakah kerana UMNO juga, orang-orang Islam dibenarkan bekerja di premis perniagaan haram? Apakah kerana UMNO negeri Kelantan yang digelar 'Serambi Mekah' masih miskin dan terdapat juga gejala sosial berlaku? Dan apakah pula kerana PAS sistem kewangan Islam di Malaysia menjadi ikutan negara-negara Islam lain di dunia? Apakah kerana PAS jugakah, mahkamah syariah mulai mendapat tempat dalam sistem perundangan negara? Apakah kerana PAS jugalah banyak masjid dan surau dan sekolah-sekolah agama aliran perdana dibina pada setiap tahun?

Oleh  kerana itulah maka pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan fatwa menentang  UMNO adalah suatu jihad kerana UMNO memperjuangkan nasionalis. Tapi  kenapa pula ada ramai ulama muda dan tua termasuk mufti-mufti menyokong  perjuangan UMNO dan sebaliknya mengkritik dasar pemerintahan PAS? Kenapa  pula Tok Guru Lah, Pengerusi Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan bangkit  menentang Tok Guru Nik Ajis secara terbuka? Apakah ulama-ulama ini akan  dicampakkan dalam neraka kerana menyokong UMNO? Nauzubillahi min zalik.

2 comments:
inilah akibatnya bila agama itu di politikkan.....bab dia semua halal bab kita semua haram.
itu lah ajaran PIS. parti kencing rakyat. tok jenggot n.ajis, hadi sama class dengan anwar, kapal, limkit siang, lim guang end dan lain ke stairway to HELL
Post a Comment