Wahai mantan MB Perak 11 bulan, Nizar Jamaludin;Awak berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa perangai awak luar biasa? Kenapakah awak lupa? Bila ADUN Bota dari UMNO melompat ke PKR, awak kata demokratik! Tapi bila ahli PKR keluar parti PKR dan DAP jadi ahli bebas tapi sokong BN, awak kata tak demokratik! Awak derhaka kepada Raja Negeri, Sultan Perak diibaratkan payung kepada bangsa Melayu dan agama Islam! Sanggup awak mahu menyaman Sultan Perak? Awak patut dihalau keluar dari negeri Perak, gelaran Dato Seri awak patut dilucutkan. Bila pemimpin PAS seperti awak tunjuk sikap kurang ajar dan derhaka terhadap Sultan Perak, penyokong-
penyokong pembangkang akan jadi 10 kali kurang ajar. Awak jadi gila talak! Bukan semua pemimpin Melayu dan Islam seperti awak yang macam tak siuman. Perangai buruk awak selaku pemimpin PAS telah merosakkan imej Islam. Awak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap huru-hara yang berlaku di Perak. Awak gagal menjadi MB di Perak. Awak telah melakukan banyak kesilapan maka Allah swt memendekkan usia awak hanya 11 bulan sebagai MB. Terimalah apa yang berlaku sebagai qada dan qadar dari Allah swt. Awak pandai berceramah, bijak berhujah, berbicara, berkata-kata, berkuliah tapi awak tak lakukan ibarat kata 'cakap tak serupa bikin'. Kini Allah swt telah menghukum awak di atas kesilapan awak sendiri. K
edua-dua ahli PKR dan DAP menjadi ahli bebas bukan kerana UMNO dan BN tetapi kesilapan pihak awak sendiri selaku MB dan Ketua kerajaan negeri Perak. Bukan awak tak tahu, bagaimana telitinya DYMM Sultan Perak membuat keputusan. DYMM Sultan Perak bukan insan seperti awak. DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara, bukan awak tak tahu, semua rakyat tahu. Tapi tindakan awak nak saman Sultan Perak seolah-olah awak yang betul. Sama juga tindakan awak sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pemberian tanah kepada penduduk-penduduk kampung baru pajakan selama 999 tahun, juga betul?. Tindakan kerajaan negeri membeli kereta Camry 2.4 menggantikan kereta nasional, tindakan yang betul? Awak dititah oleh Sultan Perak untuk meletak jawatan tapi awak berdegil dan mohon untuk menderhaka kepada Sultan Perak, juga perbuatan awak ini masih betul? Rakyat majoriti berbangsa Melayu dan Islam mulai benci dengan sikap awak dan pemimpin PR terutama DSAI dan Karpal Singh yang boleh dianggapkan kurang ajar! Pandai awak berdalih (menipu rakyat!), demontrasi dan rusuhan yang berlaku semasa majlis angkat sumpah MB yang baru awak kata
kebangkitan rakyat Perak dan tiada kaitan dengan tindakan awak! Pemimpin-pemimpin besar kepala seperti Anwar Ibrahim, Hj. Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tak tahu rasa malu! Seluruh rakyat Perak rasa cukup kecewa dengan apa yang berlaku. Perbuatan merusuh di hadapan jalan masuk ke Istana Iskandariah dilakukan oleh orang luar. Perbuatan demontrasi jalanan itu berlaku kerana ada dalangnya. Jika tidak berpuas hati, silalah ke mahkamah kerana barisan peguam terkenal bersama dengan anda. Tapi bukan dengan cara mengadakan perhimpunan haram. Jangan mengapi-apikan perasaan rakyat. Apakah cara berdemontrasi itu dikatakan demokratik? Rakyat bangun merusuh dan merosakkan harta awam dikatakan demokratik? Awak telah gagal pada 16 Sept. 2008 menumbangkan kerajaan persekutuan secara 'lompat parti' tapi awak tak boleh terima kenyataan bila kes kerajaan PR tumbang di Perak dengan kaedah yang sama. Wahai Anwar Ibrahim, bapa demontrasi negara, awak telah menyeru rakyat berhimpun melalui blog awak untuk mengadakan perhimpunan 100,000
rakyat di kediaman rasmi MB Perak. Anwar Ibrahim sejak keluar penjara, negara Malaysia tidak begitu aman dengan demontrasi. NGOs dan rakyat yang mahukan keamanan juga perlu mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan persekutuan. Dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, semua rakyat perlu bersatu dengan kerajaan membantu mengatasi masalah ekonomi negara. Keadaan negara yang banyak dengan masalah politik, demontrasi di sana-sini boleh memburukkan lagi kelembapan ekonomi negara. Mungkin inilah yang pembangkang mahu? Mungkin boleh mereka menumbangkan kerajaan yang memerintah kerana didakwa tidak mampu mengatasi masalah ekonomi negara. Walau bagaimanapun kita merayu kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak sendiri supaya bertenang dan tidak terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.