Sunday, January 30, 2011

"Nik Aziz dan Anwar sama" kata Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Gila kuasa politik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini setanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau semakin berani mengeluarkan 'fatwa demi fatwa' semata-mata untuk kepentingan parti.
Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, namun di sebalik persamaan sikap ghairah berpolitik antara kedua-duanya, masih ada perbezaan di antara mereka.
Jelas beliau, perbezaan itu ialah Nik Aziz 'melacurkan' agama untuk memuaskan nafsu politik, manakala Anwar melacurkan politik bagi memuaskan nafsu serakahnya.
Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim
"Nik Aziz perlu memberikan penjelasan tentang 'nafsu politik' beliau itu berikutan fatwa songsang yang dikeluarkan oleh beliau ketika kempen di Tenang.
"Saya dan arwah nenek moyang saya tidak mengundi Pas dan apakah kami semua kafir?'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mursyidul Am Pas baru-baru ini yang melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong calonnya sebagai orang jahiliah.
Nik Aziz berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Radong selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen untuk Pilihan Raya Kecil DUN Tenang.
Dalam pada itu, Nik Khairul Annuar menggesa Nik Aziz untuk turut mengeluarkan fatwa terhadap perilaku menantunya dalam kes rasuah, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
"Kami golongan muda meminta supaya Nik Aziz dapat memberi penjelasan terhadap perkara itu,'' katanya.
Menurut Nik Khairul Annuar, Nik Aziz kini semakin memperlihatkan dirinya sebagai seorang ahli politik dan Menteri Besar yang angkuh dan mempunyai nafsu serta ego yang keterlaluan. 
Sumber: Utusan Malaysia 30/1/2011

Sunday, January 23, 2011

UMNO itu kafir, wajib ditentang habis-habisan?

Tiba setiap kali pilihanraya akan ada poster-poster, banner-banner dan risalah-risalah yang amat menakutkan umat Islam di Malaysia. Keadaan menjadi lebih sengit hingga perlakuan penyokong-penyokong parti terkeluar batasan adab susila dan ajaran Islam. Kita boleh perhatikan sendiri nanti di PRK DUN Tenang bila bertemunya  antara calon PAS dan calon BN dari UMNO. Malu kita kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Malu dengan perlakuan buruk tok-tok janggoat yang langsung tidak mencerminkan Islam sebagai agama suci yang patut dijaga dan dipelihara. Kenapa mereka ini bertindak keterlaluan seolah-olah mereka berhadapan dengan musuh-musuh Islam? Seolah-olah mereka ini sedang berperang dengan puak-puak Yahudi dan Nasrani? Apakah kerana fatwa Tuan Haji Hadi dan fatwa-fatwa Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pegangan kuat para penyokong-penyokong PAS?
Berita terbaru, sudah ada keganasan yang dilakukan oleh puak-puak PAS terhadap kenderaan yang di bawa oleh Puteri UMNO di Labis, Johor. Manakala di PRK Bagan Pinang dulu ada pula penyokong PAS sendiri sanggup menipu orang ramai mendakwa dia ditetak oleh penyokong BN. Suatu masa dulu, dalam PRK di Kedah ada penyokong PAS telah menunjukkan kemaluannya kepada puteri-puteri UMNO yang sedang berkempen. Di Pulau Pinang juga pernah berlaku dalam PRU yang lalu, penyokong PAS menjerit-jerit mengatakan "orang UMNO kafir". Walau bagaimanapun keadaan panas itu dapat diredakan bila penyokong PAS itu diberi amaran keras oleh seorang tua yang berlalu di situ. Ini cerita benar bukan fitnah seperti ciptaan PAS. Betapa sedihnya kita umat Islam bertelagah dalam politik sesama sendiri merebut kuasa. PAS mengatakan perjuangannya untuk Islam. Tapi apakah UMNO yang memerintah selama ini menyebabkan Islam  di Malaysia tidak diamalkan dalam pentadbiran dan sistem pengurusan ekonomi negara. Apakah kerana UMNO, kalimah Allah dibenarkan digunapakai dalam gereja? KApakah juga kerana UMNO maka kaum kafir boleh menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah-cermah politik mereka? Apakah kerana UMNO jugalah, perempuan bukan Islam tidak menutup aurat boleh berucap di ruang utama solat sebuah masjid/surau? Apakah kerana UMNO jugalah tindakan merampas arak oleh pihak berkuasa ditarik balik? Apakah kerana UMNO juga, orang-orang Islam dibenarkan bekerja di premis perniagaan haram? Apakah kerana UMNO negeri Kelantan yang digelar 'Serambi Mekah' masih miskin dan terdapat juga gejala sosial berlaku? Dan apakah pula kerana PAS sistem kewangan Islam di Malaysia menjadi ikutan negara-negara Islam lain di dunia? Apakah kerana PAS jugakah, mahkamah syariah mulai mendapat tempat dalam sistem perundangan negara? Apakah kerana PAS jugalah banyak masjid dan surau dan sekolah-sekolah agama aliran perdana dibina pada setiap tahun? 
Oleh kerana itulah maka pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan fatwa menentang UMNO adalah suatu jihad kerana UMNO memperjuangkan nasionalis. Tapi kenapa pula ada ramai ulama muda dan tua termasuk mufti-mufti menyokong perjuangan UMNO dan sebaliknya mengkritik dasar pemerintahan PAS? Kenapa pula Tok Guru Lah, Pengerusi Sekolah-Sekolah Pondok di Kelantan bangkit menentang Tok Guru Nik Ajis secara terbuka? Apakah ulama-ulama ini akan dicampakkan dalam neraka kerana menyokong UMNO? Nauzubillahi min zalik.

Friday, December 3, 2010

Sokong Kit Siang jadi TPM bercanggah matlamat Pas

HAKIKAT yang tidak boleh ditolak oleh catatan sejarah politik negara adalah Pas merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang dilahirkan oleh mereka yang berpendidikan agama, terutama ahli yang menerima pendidikan di Asia Barat.
Parti itu lahir hasil daripada pertemuan pertama alim ulama pada 24 November 1951 iaitu pertemuan yang diinisiatifkan oleh Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim. Penubuhannya bertujuan membangkang dan membetulkan UMNO dari sudut keagamaan.
Haji Ahmad Badawi yang merupakan pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah ayahanda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah merupakan antara pelajar madrasah berkenaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam.
Selain itu, matlamat Pas diasaskan adalah untuk menjadi pembangkang dan menegur UMNO dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan menegaskan pemimpin negara sebagai pemerintah utama negara mestilah beragama Islam. Itu adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya setiap orang berbangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam.
Tetapi apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh paling berpengaruh dan paling dipakai buah fikirannya oleh Pas pada waktu ini boleh bersetuju dengan janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan berjaya menubuhkan kerajaan, ia secara terang lagi bersuluh bahawa janji itu jelas bercanggah dengan matlamat, tujuan dan fungsi Pas ditubuhkan.
Malah pada perhatian saya, Pas pada era 'Nikazizsme' telah menjadikan Nik Aziz bersikap umpama tikus membaiki labu dan tupai membaiki buah manggis, menjadikan Pas semakin kehilangan identiti sebagai sebuah parti politik yang konon perjuangannya berteraskan Islam.
Seandainya majoriti rakyat, terutama majoriti pendukung dan penyokong Pas boleh terpedaya dengan pendekatan berpolitik gaya Nik Aziz pada era Pas dibayangi sindrom dan wabak Nikazizsme ini, maka negara ini pasti akan mengalami bencana besar.
Kalangan bukan Melayu bukan sahaja akan terus menguasai bidang ekonomi tetapi juga akan menguasai politik dan juga kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara sebagaimana pada waktu ini sedang berlaku di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, rakyat tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan berpolitik PKR dan Pas yang cuba bermain api untuk membakar peluang dan keistimewaan Melayu sebagai bangsa pertuanan negara ini sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.
Janganlah bak seperti kata pepatah, 'sudah terhantuk baru tengadah'. Ini kerana apabila nasi sudah menjadi bubur dan menangis keluar air mata darah sekali pun, bubur tidak akan bertukar menjadi nasi kembali.
Biarlah pemimpin, pendukung dan penyokong PKR dan Pas terjun dengan labu-labunya. Kita rakyat jelata jangan ikut terjun sama. Sayangilah negara dan bangsa kita, di samping pada waktu yang sama kita menghormati dan mengekalkan persefahaman serta keharmonian dengan kaum-kaum lain sebagai rakan senegara tanpa perlu mengorbankan ketuanan, semata-mata kerana mahu menunjukkan sifat dan sikap setiakawan yang melampau.
Ingin saya tegaskan iaitu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, November 20, 2010

Apakata Assyahid Ustaz Ibrahim Libya terhadap pimpinan PAS sekarang jika ia masih hidup?

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!
Sumber: Petikan sebahagian dari tulisan 
YB Zulkifli Nordin http://zul4kulim.blogspot.com/

Friday, November 19, 2010

Belasungkawa buat bekas Ulama PAS Ustaz Omar Khalid - al-Fat-hah

Ustaz Omar Khalid adalah seorang tokoh yang pernah berjuang dalam Pas di era 70-an dan 80-an.
Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.
Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.
Perjuangannya tetap satu menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula. 

Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.
Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas.           Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz. Selalu berada di bawah ketiaknya ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas.

Sebagai bukti anak emas Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hari Jumaat.

Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.

Fakta yang jelas, katanya : PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT. Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.

Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.
Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.
Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN. Jelas PAS berdolak dalih dalam isu tersebut.Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi peperangan dalam pilihanraya.


harta harta didakwa milik Nik Aziz dan keluarga

Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas. demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.

Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai membalas dosa yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu untuk MASUK UMNO.

Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.

Persoalannya:
Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?

Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?

Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup! pula gu na harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?

Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.
Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua! katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO. Tidak ramai orang seperti Ustaz Omar yang meninggalkan PAS ketika sedang menikmati kuasa memerintah negeri Kelantan hingga sekarang.Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. Siapa yang pernah memiliki kaset ceramah tentu akan sedar bahawa Pustaka itulah yang giat mengedarkan bahan ceramah pemimpin PAS termasuk Nik Aziz.
Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia lagi untuk terus bersekongkol dengan Pas jelas  gagal menjadikan Islam sebagai addin.

Thursday, November 18, 2010

MELAYU TAK SEDAR APA YANG TELAH BERLAKU DALAM MPPP DAN MPSP!

Namun kegusaran ini sudah terlambat apabila pihak kerajaan DAP sudah pun menjalankan pilihanraya PBT,dibuat tanpa pengetahuan umum dan hanya sesetengah pihak saja yang terlibat membuktikan ada agenda yang tersembunyi yang mahu dilaksanakan .

Proses pembuangan undi oleh 300 orang pemilih.
Video di bawah dirakamkan pada 14 Nov 2010 semasa berlangsungnya pemilihan calon PBT di Penang Chinese Girls Alumni Association.




Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang:
  • Teo Lee Ken
  • Lim Mah Hui
  • Chin Khuan Sui
  • Loh Swee Heong
  • Dalbinder Singh
Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Prai.
  • Tiun Ling Ta
  • Sivagurupatham a/l S Vadivelu
  • Teng Kim Chew
  • Krishnan a/l Samiah

Adakah dengan hanya 300 orang yang mengundi kepada calon masing masing sudah mewakili keseluruhan rakyat Pulau Pinang? Dimanakah suara suara Melayu? Mengapa tidak ada langsung pengumuman atau pun sebaran maklumat mengenai pilihanraya ini kepada keseluruhan rakyat negeri Pulau Pinang,inikah yang dikatakan CAT?

Untuk pengetahuan anda,sejarah 1965 sudah berulang, ketika itu Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai Parti Perikatan.
Seperti biasa,melayu melayu haprak pakatan tidak akan berani bersuara malah langsung tidak akan berani mempersoalkan tindakan Guan Eng,semuanya akan dihalalkan .
Guan Eng lebih banyak mengunakan masanya berpolitiking dan mengaut kekuasaan sepenuh penuhnya,harapan beliau adalah untuk mendapatkan kuasa secara total dari kerajaan negeri hinggalah kepada PBT.
Kesimpulanya mudah, usaha ini dilakukan secara berperingkat,pertama mendapatkan hak autonomi kemudian apabila kesemua perancangan hagemoni berjaya langkah seterusnya adalah memisahkan Pulau Pinang daripada Semenanjung,penyatuan 2 bekas negeri selat yang diperintah oleh DAP dan PAP pasti akan berjaya.
Sumber: Pisau.Net

Friday, November 5, 2010

Doa Tok Guru tidak dimaqbulkan oleh Allah, kenapa?

Syukur alhamdulillah, semakin lama semakin sedar. Trend pengundi dalam PRK yang lalu dan yang terkini di DUN Galas dan parlimen Sapi, Sabah semakin memihak kepada calon BN. Semalam di DUN Galas menunjukkan Allah SWT masih sayangkan calon UMNO. Juga orang Melayu beragama Islam. Doa Tok Guru Nik Aziz tidak dimaqbulkan oleh Allah, doa pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Begitulah kehendak dan ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang biarpun ribuan penyokong PAS sembahyang hajat memohon kepada Allah agar calon PAS diberi kemenangan. Allah SWT lebih mengetahui pihak mana yang benar, jujur dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Allah SWT maha adil kepada semua.
Terimalah keputusan itu dengan tenang sepertimana PAS dan PKR serta DAP menang besar dalam PRU dan PRK yang lalu. Apakah masih ada pengundi hantu dan apakah SPR masih tidak telus hingga menyebabkan kedua-dua PRK pembangkang kalah. Kita lihat pemimpin BN lebih rasional dan gentleman dalam hal ini. Pemimpin BN boleh menerima keputusan dengan tenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jika calon BN kalah. Itulah sebenarnya antara kejayaan calon BN hari ini. Kejayaan BN kerana pemimpin BN lebih rasional dan bersifat profesional dalam membuat sebarang keputusan dan rumusan. Tidak seperti pemimpin PAS dan pembangkang yang lain termasuklah PKR dan DAP. Akan ada saja komen nanti, mereka cenderung menyalahkan SPR,  pihak polis, pengundi hantu dan sebagainya. Dengan itu calon mereka kalah. 
Sebenarnya hari ini pengundi-pengundi sudah dapat memikir dan bijak membuat keputusan. Mereka tak boleh ditipu dan difitnah lagi. Fitnah dan usaha-usaha membohongi rakyat oleh pembangkang seperti dulu tidak berhasil. Senjata makan tuan. Kerana pengundi-pengundi sudah pun boleh memerhati dan menilai sendiri kebolehan dan kejujuran kerajaan PR semasa memerintah beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Oleh itu benarlah kata orang, satu jari tunjuk ke arah orang lain, empat jari yang akan tunjuk kepada diri sendiri. Sudah pasti kemenangan calon BN akan memberi suatu petanda yang baik kepada rakyat Kelantan dan Sabah serta Malaysia amnya. Maksudnya rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN melalui gagasan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Tahniah kepada semua pihak yang bekerja kuat untuk memenangi calon BN dan insyaallah jika momentum ini dapat dikekalkan, BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam PRU yang akan datang.

Thursday, November 4, 2010

Guan Eng dan pemimpin Melayu PKR dan PAS perbodohkan orang Melayu Pulau Pinang!

Begitulah perangai buruk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disayangi oleh PAS dan PKR. Guan Eng menyifatkan segala kekecohan yang berlaku di hadapan Dewan Undangan Negeri adalah hasil daripada permainan jahat UMNO dan Barisan Nasional. Begitulah sikap jahat ala zionis yang mahu menjatuhkan UMNO. Puak-puak ini tahu dengan tumbangnya UMNO maka tumbanglah kepentingan Melayu dan Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya.
UMNO juga yang jadi sasaran. UMNO juga yang dipersalahkan. Isu tanah di Balik Pulau wujud bila kerajaan negeri membuat pengambilan tanah untuk pembinaan 'hab pendidikan'. Jika kerajaan negeri tidak buat (pengambilan tanah), isu ini tidak wujud. Apakah UMNO yang jadi puncanya? Janganlah Guan Eng cuba hendak menipu dan membohongi rakyat. Walaupun kerajaan negeri Koh Tsu Koon (kerajaan BN) dulu pernah membuat pengambilan tanah untuk tujuan pendidikan dan sebagainya tetapi tidak berlaku pun bantahan seburuk zaman pemerintahan autokratik DAP. Pemimpin BN yang memerintah dulu  turun berbincang dengan rakyat dan mendengar pandangan dan kehendak rakyat tempatan terlebih dulu.
Pemerintahan autokratik DAP amat kejam terhadap rakyat. Merampas harta rakyat kononnya untuk kepentingan awam. Bila dah meletup, rakyat bangun membantah di hadapan Dewan Undangan Negeri UMNO pula dipersalahkan. Inilah stail kepimpinan Guan Eng menyelesaikan masalah rakyat. Tidak pernah mengakui kesilapan diri sendiri. UMNO juga yang jadi mangsa. UMNO didakwa menjadikan perkara itu sebagai isu perkauman. Jika UMNO yang tidak kehadapan dalam isu ini, parti mana lagi yang sanggup membela nasib rakyat di Balik Pulau. Nak harap PKR, dah tahu pun Parti Kencing Rakyat manakala PAS hanya pak turut umpama lembu dicucuk hidung.
Rakyat hari ini boleh saksikan sendiri dengan mata kepala mereka sendiri. Betapa hebatnya pembangunan projek-projek perumahan kos sederhana dan tinggi di kawasan Balik Pulau sejak kerajaan DAP-PKR-PAS memerintah. Mampukah orang-orang Melayu membelinya? Wahai pemimpin Islam PAS dan pemimpin Melayu PKR di Balik Pulau! Kenapakah kamu diam? Dimanakah suara-suara lantang kamu semasa kempen pilihanraya dulu yang mahu membela nasib rakyat?  Inilah masanya kamu buktikan bahawa kami pemimpin PAS dan PKR juga akan menjaga kepentingan orang-orang Melayu di Balik Pulau. Sebenarnya kami tak mampu, sebenarnya kami tak berani dengan Guan Eng diktator. Kami mahu jaga  periuk nasi kami, kami juga mahu jaga gaji dan elaun beribu-ribu kami sebulan. Kami juga mahu jaga kepentingan politik dan orang-orang kami. Kami pemimpin PAS tak jaga orang Melayu. Kami hanya jaga orang-orang Islam. UMNOlah yang kena jaga orang Melayu. Jika orang Melayu hidup melarat dan diusir dari kampung-kampung tradisional Balik Pulau, itu bukan salah kami pemimpin PAS, sebab kami tak jaga orang Melayu. Kami hanya jaga kepentingan orang-orang Islam sahaja. Kami jaga orang Islam tak kira dia itu bangsa apa pun. UMNO tak boleh persalahkan juga kami pemimpin-pemimpin PKR. Rakyat Melayu di Balik Pulau tidak boleh mendakwa kami tidak jaga orang-orang Melayu. Kami kena jaga semua. Semua kami kena jaga. Semuanya sama saja. Tak kira sapa. Baikpun Melayu, Cina mahupun India semuanya sama saja. Tak apalah jika orang-orang Cina dan India ramai di Balik Pulau sebab mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.  Kami pemimpin Melayu PKR sangat gembira jika berjaya menjadikan sebahagian kampung-kampung tradisional Melayu ini sebagai kampung tradisonal Cina dan India ataupun dijaidkan pekan dan bandar yang dikuasai oleh kaum Cina dan India.
Pemimpin UMNO dianggap racist. Nak jaga kepentingan Melayu dan bumiputera. Nak jaga raja-raja Melayu. Nak pertahankan Dasar Ekonomi Baru. Salahkah UMNO untuk menjaga hak keisitimewaan orang Melayu/bumiputera yang memang termaktub dalam perlembagaan persekutuan? UMNO tidak merampas hak bangsa lain kerana mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu salahkah UMNO yang sudah lama mempertahankan kawasan Balik Pulau sebagai satu-satunya kawasan majoriti orang Melayu di bahagian Pulau, Pulau Pinang? Sebenarnya pemimpin UMNO Balik Pulau dan hampir 100% orang Melayu di Balik Pulau mahu kawasan Balik Pulau dikekalkan sebagai kampung tradisional Melayu.  Yang mahu kawasan Balik Pulau bertukar wajah menjadi seperti Paya Terubong ataupun Bayan Baru hanyalah pemimpin PKR dan PAS yang berpegang kepada prinsip "PAS Untuk Semua" dan "Semua Rakyat Sama Sahaja". Baca lagi di sini.

Wednesday, November 3, 2010

Kerajaan DAP-PKR-PAS di Pulau Pinang umpama yahudi!

Buletin Awani jam 7.30 pagi hari ini mendedahkan perasaan kecewa sekumpulan 14 keluarga Melayu yang akan diusir keluar dari Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong. Guan Eng penipu. Guan Eng menerajui kerajaan yang zalim umpama kerajaan yahudi menurut jurucakap kumpulan 14 keluarga itu, Sedih kita menyaksikan berita itu. Mereka merupakan keluarga nelayan yang miskin. Mereka dijanjikan rumah pangsapuri kos sederhana sebelum hari raya aidilfitri dulu. Tapi janji itu hanya janji kosong Guan Eng. Jadilah Guan Eng seorang Ketua Menteri penipu rakyat dan zalim disokong kuat oleh PAS dan PKR.
Melalui berita yang sama, Guan Eng masih nak berdolak dalih dengan alasannya yang cuba memperbodohkan rakyat. Beliau membuat kenyataan pengusiran orang-orang Melayu itu tiada kaitan dengan isu perkauman tapi kerana pembangunan. Itu saja kenyataan Ketua Menteri yang sangat mengecewakan keluarga Melayu ini. Pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS sepatutnya bangun untuk membela nasib mereka. Tunaikanlah janji Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya dulu, kononnya nak bela nasib rakyat dari kekejaman kerajaan BN. Sebenarnya BN atau PR yang kejam? Semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, cuba ingat. Tidak pernah orang Melayu mahupun Cina diusir sebegitu rupa. UMNO main peranan dan Gerakan, MCA dan MIC juga main peranan membela nasib bangsa masing-masing. Akhirnya rakyat yang kena pindah mendapat pampasan yang sewajarnya. Begitulah kerajaan BN buat dulu tapi dalam kempen pilihanraya dulu, pengundi-pengundi telah ditipu dengan fitnah yang ditabur oleh PAS, PKR dan DAP. Sekarang ini rakyat sudah nampak sendiri apa yang telah berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sebenarnya parti yang tipu rakyat. Orang-orang Melayu khususnya yang sokong parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya dulu perlu insaf dan sedar. Andalah yang memilih kerajaan yang zalim sanggup mengusir orang-orang Melayu seperti pendatang haram. Orang Melayu bagaikan pelarian di tanah air sendiri. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti PKR dan PAS dalam kerajaan negeri DAP hanya dapat menyaksikan kampung-kampung tradisional Melayu lain seperti di Binjai dan Balik Pulau juga akan menerima nasib yang sama. Hanya UMNO sejak dulu, kini dan selamanya terbukti membela nasib orang Melayu.

Saturday, October 23, 2010

PEMIMPIN PAS DAN PKR GAGAL MENJAGA KEPENTINGAN MELAYU DI PULAU PINANG?

Di Pulau Pinang, orang Melayu semakin tertekan dan terhimpit. Beberapa buah kampung akan dibangunkan dengan projek-projek perumahan kos sederhana dan tinggi. Inilah yang sedang dan akan berlaku di Kampung Jalan Pokok Assam, Jelutong dan Kg. Binjai, Bayan Lepas. Manakala di Balik Pulau, dua buah kampung akan terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri DAP-PAS-PKR untuk membina sebuah IPTS. Begitulah nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Malangnya apakah peranan pemimpin Melayu PAS dan pemimpin Melayu PKR dalam kerajaan Guan Eng? Kenapa mereka berdiam dan membisu seribu bahasa? Kalau begitu benarlah dakwaan kebanyakan rakyat Melayu hari ini bahawa pemimpin PAS dan PKR telah dicucuk hidung oleh pemimpin DAP. YB Malek Hussin takut dengan Guan Eng. YB Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang juga takut dengan pemimpin autokratik Guan Eng. Semua pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah mabuk jawatan yang diberikan oleh Guan Eng. Mereka sudah lupa masalah Melayu di Balik Pulau khususnya dan Pulau Pinang amnya. Mereka lebih sibuk untuk mengadakan program-program untuk memperkukuhkan parti mereka di hati rakyat. Mereka lebih gemar berpolitik daripada turun ke padang mendengar masalah rakyat. Bagi mereka, masalah rakyat adalah masalah kerajaan persekutuan (BN).
Orang Melayu Pulau Pinang perlu sedar bahawa pemimpin PAS dan PKR hanya beretorik. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka tidak bersedia untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Mereka lebih suka menyalahkan kerajaan BN dulu. Itulah kegemaran mereka. Mereka ketandusan modal dalam politik. Semakin lama mereka memerintah semakin terserlah kesilapan dan kelemahan mereka. Pemberian bantuan kepada warga emas bersumberkan daripada wang yang meragukan. Pembangunan hartanah untuk projek-projek perumahan dan sebagainya berlaku secara meluas tidak dikawal oleh kerajaan Guan Eng tidak sepertimana kerajaan BN memerintah Pulau Pinang dulu. Pulau Pinang kini menjadi pusat hiburan dan kegiatan maksiat yang semakin tidak terkawal. Sudah beratus-ratus GRO warga asing telah ditahan oleh pihak berkuasa di pusat-pusat hiburan dan rumah urut sekitar Pulau Pinang.
Apakah peranan pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam dalam kerajaan Guan Eng hari ini? Apakah BN dan UMNO yang dipersalahkan? Mereka (pemimpin Melayu PAS dan PKR) telah tidak menunaikan tanggungjawab mereka yang diamanahkan oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya umum yang lalu. Mereka gagal menghapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkan pusat-pusat hiburan dan judi yang berleluasan di Pulau Pinang. Mereka gagal menjaga kebajikan dan kepentingan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebenarnya banyak lagi isu yang mencerminkan kegagalan pemimpin Melayu PAS dan PKR dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Akan diulas dalam blog ini dalam entri yang akan datang.
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"