Tuesday, December 30, 2008

PERHIMPUNAN NGO DI PADANG POLO SERAH MEMORANDUM KEPADA TYT DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG


Kira-kira 4,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Padang Polo berhampiran dengan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu. Walaupun sasaran perhimpunan kira-kira 10,000 orang dijangka membanjiri Padang Polo tetapi mungkin keadaan cuaca yang agak redup dan publisiti yang tidak meluas antara faktor mungkin jumlah orang Melayu yang menyertai perhimpunan itu tidak sampai sasaran jumlahnya.

Difahamkan Yayasan Aminul Ummah Malaysia adalah urusetia kepada perhimpunan NGO sempena sambutan Maal Hijrah. Dlam ucapan ringkas Presidennya, Md. Radzi Daud, beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu. Beliau bimbang jika isu sensitif seperti ini tidak dibendung kemungkinan boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beberapa pemimpin NGO telah bergerak ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu.

Mereka yang menganggotai 20 NGO di bawah Yayasan Aminul Ummah Malaysia itu mulai berkumpul di padang tersebut sejak pukul 8 pagi sempena sambutan Maal Hijrah.

Presidennya, Md. Radzi Daud berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu.

Memorandum yang dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas menyentuh empat perkara iaitu mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak polis hanya untuk selama 2 jam telah berakhir tanpa sebarang insiden berlaku. Pihak Polis telah menjalankan tugas dengan telus dan dedikasi mengikut lunas undang-undang. Begitu juga, Presiden Yayasan Aminul Ummah Malaysia telah mengingatkan kepada semua anggota NGO yang hadir supaya bersurai secara aman dan mematuhi peraturan perhimpunan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Namun begitu beberapa anggota NGO meminta pihak PDRM akan bertindak lebih tegas pada masa akan datang kepada kumpulan-kumpulan lain seperti Bersih, Hindraf dan juga Jerit yang dilihat keterlaluan dan tidak mengindahkan arahan pihak berkuasa. Jika perhimpunan aman sempena sambutan Maal-Hijrah hanya mendapat kebenaran untuk selama dua jam sahaja, oleh itu tidak mungkin perhimpunan politik dan demontrasi dan sebagainya dibenarkan oleh pihak berkuasa lebih daripada itu.

Walaubagaimana pun kita tetap berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota NGO yang dipelopori oleh Ustadz Md. Radzi Daud, Presiden, Yayasan Aminul Ummah Malaysia yang berjaya menghimpunkan seluruh NGO Melayu/Islam pada hari itu. Perhimpunan aman seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang supaya dapat menyedarkan semua pihak tentang betapa pentingnya keamanan dan kedamaian hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"