Monday, December 14, 2009

Bimbang perpaduan Melayu

IPOH 13 Dis. - Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi.

''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam.

''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka.

Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindakan yang hanya akan lebih melebarkan lagi jurang perpecahan tersebut.

Tegas beliau, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

''Manusia ini akan jadi melampau kerana mereka berasa mereka kuat. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini.

''Jangan biarkan perpaduan kita lemah kerana terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan pujian-pujian yang ada muslihat lain," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap orang Melayu yang terlalu berlembut menyebabkan pihak-pihak berkepentingan tersebut semakin berani.

Sumber: Utusan Malaysia 14/12/09

2 comments:

Mior Saifulnizam Mior Hassan said...

Salam Tan Sri,

Saya berpendapat perpaduan tidak akan berjaya sekiranya kita mengambil BANGSA sebagai cara untuk bersatu. Kita Wajib mengambil agama ISLAM sebagai platfom kepada perpaduan. Masyarakat Islam sekrg lupa kan perpaduan yang di tunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Sila Tan Sri beri perhatian. Jgn asyik mengambil Bangsa Melayu sahaja, ambil agama Islam itu sendiri ke arah perpaduan ummah.

Tan Sri said...

Salam Pn. Sri,
Di Malaysia ini Melayu itu Islam mengikut perlembagaan. Kalau bersatu dan majulah bangsa itu, agama yang dianuti itu pun dihormati. Tidak bermaksud kita nak tinggalkan agama. Saya nak tanya Pn Sri jika Pn Sri seorang penyokong atau pemimpin PAS apakah pemimpin DAP boleh terima Islam sebagai dasar perjuangan Pakatan Rakyat? Dan jika bangsa Melayu maju, apakah umat Islam di Malaysia tak maju?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"