Saturday, December 19, 2009

LIM GUAN ENG SEBENARNYA MEMBESARKAN LAGI ISU PERKAUMAN!

Tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi, menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpura-pura tidak tahu peranan akhbar vernakular di negara ini.

Pakar bahasa dan perpaduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong berkata, kenyataan Guan Eng itu memperlihatkan kelicikan beliau sebagai pemimpin parti politik yang sentiasa bersedia mensensasikan sesuatu isu.

Beliau yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM menjelaskan, para pembaca akhbar di negara ini termasuk Guan Eng pasti memahami kecenderungan sesebuah akhbar vernakular memperjuangkan isu berkaitan bangsa diwakili.

"Apa yang peliknya apabila Utusan perjuangkan kepentingan Melayu seperti China Press memperjuangkan nasib Cina manakala Tamil Nesan mengutarakan isu-isu kaum Tamil?

"Tapi persoalannya mengapa Guan Eng hanya memfokus kepada Utusan Malaysia? Dia pasti sedar peranan akhbar lain yang berasaskan kaum. Ini yang dikatakan ahli politik, pura-pura tak tahu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kok Seong mengulas kenyataan Guan Eng menyamakan akhbar ini seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia sering menyiarkan artikel fitnah serta menyemarakkan sifat perkauman di negara ini.

Kok Seong menambah, tindakan Guan Eng itu menyemarakkan lagi sifat perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Lagipun, mengapa Utusan digelar sebegitu (penjahat) sedangkan semua orang yang banyak membaca tahu peranan akhbar itu memperjuangkan nasib kaum Melayu sejak sebelum merdeka lagi, ia bukan perkauman," tegasnya.

Pensyarah Pusat Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff menegaskan kenyataan Guan Eng itu tidak berasas tetapi menunjukkan sifat perkauman beliau yang menebal.

Katanya, walaupun Guan Eng mengetahui peranan akhbar ini dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan Melayu, beliau tetap mempersoalkannya.

"Inilah sikap dan persepsi pemimpin pembangkang yang akan mempersoal setiap perkara apabila tidak menyebelahi atau boleh dimanipulasi mereka.

"Utusan tidak harus tunduk kerana apa yang diperjuangkan adalah demi kepentingan Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya selagi tidak mengusik hak kaum lain," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, Guan Eng patut mencermin diri dahulu sebelum melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif seperti penjahat.

"Guan Eng merupakan Ketua Menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang memijak atau melangkah gambar pemimpin Melayu baru-baru ini, jadi tanya dia siapa lagi jahat dan perkauman," soalnya.

5 comments:

bRAVEhEART said...

Salam, yang penting Melayu mesti bersedia dan tragedi 13 May akan berulang semula. Mohon juga tuan masukkan blog saya ke link di bloh tuan, terima kasih ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

Benci aku..lihat muka LGE. SPR patrut saman LGE membuat tuduhan liar bahawa tidak kerana SPR diperalatkan oleh BN DS Anwar Ibrahim sudah jadi PM Malaysia? Ingatlah LGE Ketua Menteri PP yang pergi jahanam jika BN peralatkan SPR LGE tak akan jadi KM di PP! DS Khalid tak akan jadi MB di selangor! Kenapa buat tuduhan liar itu? TUnggu PRU13 semua akan berubah!

warisan tmk said...

Kita tidak wajar bertolak ansur dengan pihak-pihak yang menyentuh perkara-perkara sensitif sebagaimana yang tersenarai di dalam peruntukan Akta Hasutan.

Malah dasar MALAYSIAN MALAYSIA DAP, yang diwarisi dari PAP Singapura, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Amat wajar jika PENDAFTARAN parti-pati politik dan NGO di Malaysia disesuaikan dengan Perlembagaan Malaysia. Jika ada yang tidak sesuai, parti politik atau NGO terlibat perlu meminda OBJECTIVE CLAUSE pada undang-undang tubuhnya. Jika tidak, pendaftaran wajar dibatalkan.

BSK said...

Kunjungilah blog saya untuk lihat gambar konvoi ke Satun.

Anonymous said...

Nice post and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"