Wednesday, February 10, 2010

Nasib bangsa Melayu di Pulau Mutiara di bawah kerajaan DAP!

Kerajaan negeri perlu menyenaraikan jumlah gerai peniaga Melayu yang dibina oleh kerajaan negeri sepanjang dua tahun pakatan pembangkang memerintah. Orang Melayu Pulau Pinang sudah bosan dengan sikap berdolak dalih Lim Guan Eng dan cuba menunjukkan keikhlasan di pihak kerajaan negeri menangani masalah peniaga orang Melayu. Di seluruh ceruk Pulau Pinang terpampang banner-banner (lihat gambar sebelah) untuk memberitahu kepada rakyat Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri merobohkan gerai peniaga Cina lebih banyak bilangannya daripada peniaga-peniaga Melayu. Lim Guan Eng nak bagi tahu kepada orang Melayu yang dia sayangkan orang Melayu kerana sokongan orang Melayu jugalah dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini. Ketua Menteri Pulau Pinang yang lebih sayangkan orang Melayu dari bangsanya sendiri!
Mai kita sama-sama congak dengan beberapa soalan mudah. Gerai-gerai peniaga Cina yang diroboh lebih banyak sikit daripada gerai-gerai peniaga Melayu berdasarkan statistik di banner itu. Tapi apakah jumlah peniaga Cina sama dengan jumlah peniaga Melayu yang berniaga di bandar atau di luar bandar? Jika 100 buah gerai Melayu diroboh peratusannya sangat tinggi kerana jumlah peniaga Melayu di Pulau Pinang tak ramai. Mungkin 100 buah gerai bagi peniaga Cina terlalu kecil mungkin 0.001% sahaja. Cuba lihat milik siapa syarikat-syarikat berhad, syarikat sdn. bhd, perseorangan (enterprise), perkongsian dan sebagainya yang ada di jalan-jalan dan lorong di bandar dan di kompleks perniagaan? Orang Melayu banyak berniaga di pasar-pasar malam dan itu pun peniaga yang sama bergerak di satu ke satu tempat yang lain. Bila sebuah dua gerai peniaga Melayu diroboh akan memberi kesan yang besar kepada peratusan pemilikan perniagaan orang Melayu di negeri ini. Jangan lihat angka yang kerajaan negeri tunjukkan di banner-banner yang digantung di merata tempat. Angka-angka itu sama seperti nombor ekor. Boleh dimanipulasikan dan tidak memberi gambaran sebenar!
Orang Melayu kebanyakannya tidak ada modal seperti kaum Cina. Jika gerai diroboh musnah seluruh masa depan mereka dalam perniagaan. Ada yang berhijrah ke negeri lain atau balik kampung. Tapi peniaga kaum Cina akan bangun semula gerai jika tidak di tempat itu tapi mereka mampu mencari di tapak yang baru. Kaum Cina pula sanggup menanggung risiko jika diroboh kerana mereka mempunyai modal yang besar. Bolehlah kita mengatakan bahawa jika roboh satu gerai peniaga Cina maka 100 gerai/peniaga baru akan naik. Sebaliknya jika roboh satu gerai Melayu maka 100 tahun lagi gerai yang diroboh itu belum tentu mampu dinaik semula.
Kasihan kepada orang Melayu yang menjadi mangsa oleh kesilapan diri sendiri. Kononnya nak berubah, nak rasa yang baru maka terimalah kerajaan DAP, PKR dan PAS memerintah negeri Pulau Pinang. Sejak negeri diperintah Pakatan Rakyat, macam-macam kejadian, demontrasi jalanan sudah menjadi kebiasaan, tunjuk perasaan tak berkesan, masa BN dikritik hebat masa PR semua boleh buat, tanda-tanda jalan telah dicadangkan menggunakan pelbagai bahasa kononnya kaum lain Cina dan India ada yang tidak tahu Bahasa Malaysia, kuota rumah kos rendah tidak lagi beri kelebihan kepada orang Melayu/bumiputra,  syarat sediakan tapak surau dalam plan projek perumahan sudah tidak ada lagi, Ketua Menteri  LGE merupakan Pengerusi Panel Pemilihan Tender tapi masa BN dulu tak boleh, tak telus nanti pilih kroni tapi masa DAP semuanya boleh belaka, depan belakang semua boleh. Kesian orang Melayu/Islam sebab kita tidak bersatu. Kita terlalu ikut emosi tanpa berfikir sedalam-dalamnya akibatnya kita memilih untuk menderita. Kata PAS pula bangsa Melayu hancur tak apa sebab perjuangan PAS semata-mata untuk Islam. Begitulah ketamakan kuasa politik, pemikiran terpesong, perjuangan tersasar, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Melayu/Islam perlu sedar dan bersatu tanpa kira fahaman politik. Kenapa PAS boleh bersama DAP dan UMNO boleh bersama dengan Gerakan tapi kenapa PAS dan UMNO tak boleh bersama? Fikirlah..





2 comments:

Anonymous said...

padan muka org melayu pulau pinang...yei yei!

Anonymous said...

Assalamualikum saudara saudari..dari apa yang saya baca saya dapat membayangkan saudara mesti rajin tgk berita tv3 dan rtm kan? tu tulis lagu ni hahahaha..

saudari/saudara saya tertarik dengan persoalan terakhir saudara..kenapa PAS dan UMNO tidak boleh bersama..saya menjawapan dalam bentuk slogan..

PAS = HIDUP ISLAM
vs
UMNO = HIDUP MELAYU

sekarang saudari saudara fikirkan mengenai 2 slogan tersebut kerana ia membawa makna yang begitu berbeza..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"