Wednesday, February 10, 2010

Nizar dan Tok Guru tak boleh terima keputusan mahkamah!


Syukur Alhamdulillah, keputusan Mahkamah Persekutuan secara mutlak 5-0 telah mengiktiraf Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Seluruh rakyat Perak dan pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Nizar dan rakan-rakan seangkatan dan sewaktu dengannya  wajar menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Ingat, keputusan ahli panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan adalah 5-0 bukan 3-2 atau 4-1. Ertinya keputusan tersebut setitik pun tidak memihak kepada DS Nizar. Jangan meneruskan usaha membakar semangat rakyat. Jangan main emosi rakyat untuk bangun menentang keputusan mahkamah. Ada ketika kita menang kita memuji mahkamah. Bila kita kalah kita keji mahkamah. Beginikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh yang baik kepada rakyat. Kenapa pula MB Kedah, YAB Azizan pemimpin PAS Kedah boleh menerima keputusan mahkamah dan beliau pula merayu agar kita menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Inilah contoh pemimpin parti pembangkang yang patut dijadikan idola rakyat. Sebaliknya Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan pula tidak boleh menerima keputusan mahkamah. Sebaliknya pula pandangan Tok Guru Nik Aziz agak pelik dan kerap kali kita dikejutkan dengan kenyataan-kenyataan beliau yang agak keras dan tidak sesuai dengan beliau selaku seorang ulamak yang disegani. Merujuk Utusan Malaysia hari ini, 'Nik Aziz syor tolak keputusan mahkamah'. Beliau menyeru rakyat supaya menolak keputusan mahkamah Persekutuan yang mengisytikarkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beliau berkata, tidak salah bagi rakyat menolak keputuan tersebut kerana sebelum ini keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan penggunaan kalimah Allah ditentang dengan demontrasi di seluruh negara. Begitulah pandangan Tok Guru yang pelik tapi benar. Itulah sebabnya pemimpin UMNO kini sangat berhati-hati untuk mengulas pandangan Tok Guru yang minta supaya UMNO berbaik-baik dengan PAS semula.  Kata PM pandangan Tok Guru sering berubah seperti cuaca. Tidak berniat langsung mahu menghina Tok Guru tetapi sayang kepada Tok Guru kerana kenyataan beliau lebih merupakan seorang politik daripada seorang ulamak.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"