Saturday, June 26, 2010

Tok Deris tak hairan penganut Buddha, Hindu, Kristian menyertai PAS!

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.
Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Tok Deris tak hairan ulamak menyertai UMNO! Tapi Tok Deris tahu tak orang Melayu/Islam tersangat hairan kenapa penganut agama Buddha, Hindu, Kristian, Bahai, Silkh  boleh menyertai PAS. Orang Melayu/Islam sangat hairan kenapa PAS sanggup memperalatkan agama untuk mencapai tujuan politik. Tahu tak orang Melayu/Islam sangat hairan kenapa PAS menolak hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi tuntutan agama sebaliknya memilih untuk bersama dengan PKR dan DAP yang terus-terang menentang penubuhan negara Islam [Baca sini]. Lagi umat Islam hairan kerana pemimpin PAS masih terus menerus menghalalkan kalimah ALLAH Yang Maha Esa disalahgunakan oleh puak Kristian [Baca sini]. .YB Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, "Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini". Hairan dan hairan lagi umat Islam terhadap pemimpin PAS bila mana mereka membenarkan rakan-rakan bukan Islam dari DAP membaca ayat suci al-Quran dalam program mereka.  [Baca sini]. Oleh itu Tok Deris tak hairanlah ulamak-ulamak muda hari ini mulai menolak perjuangan PAS dan sebaliknya menerima UMNO sebagai wadah perjuangan mereka. 
Justeru itu, ulamak-ulamak muda lebih yakin dengan perjuangan UMNO yang lebih konsisten dan relevan dengan orang-orang Melayu dan agama Islam. Dan akan lebih ramai lagi golongan ulamak-ulamak muda serta anak-anak muda menyertai UMNO selepas ini, insyaAllah.

4 comments:

Busu said...

HERAN HERAN HERAN AKU HERAN KENAPA ULAMAK TAK MAHU MENYERTAI PAS. APA SALAHNYA PAS AGAKNYA? HAIRAN AKU!

Anonymous said...

Sekiranaya pemimpin-pemimpin PAS yang telah meninggal dunia dulu seperti Almarhum Yusuf Rawa, Almarhum Fadzil Nor dan ramai lagi tiba-tiba hidup kembali mungkin mereka akan sedih atau minta dimatikan kembali kerana tidak sanggup melihat perjuangan mereka didalam PAS di hancurkan dengan kemasukkan bukan islam kedalam PAS oleh pemimpin PAS sekarang hanya kerana gila kuasa dan gila darjat.

joecharlie said...

Ni kafir Harbi ke Zinddi?

faziz ar said...

pada saya PAS parti global dimana perjuangannya sudah diterima oleh mereka yang bukan islam...inilah martabatnya parti islam...

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"