Wednesday, February 10, 2010

Nizar dan Tok Guru tak boleh terima keputusan mahkamah!


Syukur Alhamdulillah, keputusan Mahkamah Persekutuan secara mutlak 5-0 telah mengiktiraf Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Seluruh rakyat Perak dan pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Nizar dan rakan-rakan seangkatan dan sewaktu dengannya  wajar menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Ingat, keputusan ahli panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan adalah 5-0 bukan 3-2 atau 4-1. Ertinya keputusan tersebut setitik pun tidak memihak kepada DS Nizar. Jangan meneruskan usaha membakar semangat rakyat. Jangan main emosi rakyat untuk bangun menentang keputusan mahkamah. Ada ketika kita menang kita memuji mahkamah. Bila kita kalah kita keji mahkamah. Beginikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh yang baik kepada rakyat. Kenapa pula MB Kedah, YAB Azizan pemimpin PAS Kedah boleh menerima keputusan mahkamah dan beliau pula merayu agar kita menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka. Inilah contoh pemimpin parti pembangkang yang patut dijadikan idola rakyat. Sebaliknya Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan pula tidak boleh menerima keputusan mahkamah. Sebaliknya pula pandangan Tok Guru Nik Aziz agak pelik dan kerap kali kita dikejutkan dengan kenyataan-kenyataan beliau yang agak keras dan tidak sesuai dengan beliau selaku seorang ulamak yang disegani. Merujuk Utusan Malaysia hari ini, 'Nik Aziz syor tolak keputusan mahkamah'. Beliau menyeru rakyat supaya menolak keputusan mahkamah Persekutuan yang mengisytikarkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai MB Perak yang sah. Beliau berkata, tidak salah bagi rakyat menolak keputuan tersebut kerana sebelum ini keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan penggunaan kalimah Allah ditentang dengan demontrasi di seluruh negara. Begitulah pandangan Tok Guru yang pelik tapi benar. Itulah sebabnya pemimpin UMNO kini sangat berhati-hati untuk mengulas pandangan Tok Guru yang minta supaya UMNO berbaik-baik dengan PAS semula.  Kata PM pandangan Tok Guru sering berubah seperti cuaca. Tidak berniat langsung mahu menghina Tok Guru tetapi sayang kepada Tok Guru kerana kenyataan beliau lebih merupakan seorang politik daripada seorang ulamak.

Sunday, February 7, 2010

PERHIMPUNAN AMAN LEBIH BESAR DI PULAU PINANG!

PULAU PINANG 6 Feb. - Berikutan keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertemu para peserta Perhimpunan Sedaq bagi menerima memorandum tuntutan semalam, satu demonstrasi yang lebih besar akan diadakan pada 16 Februari ini di sini. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, ia dinamakan Perhimpunan Bangkit dan akan melibatkan lebih daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam. "Kerajaan negeri dengan sengaja tidak mempedulikan nasib orang Melayu dan kami pernah memberi amaran akan bangun lagi dengan Perhimpunan Bangkit jika protes yang dilakukan tidak diendahkan. "Justeru kami telah bersetuju untuk menganjurkan Perhimpunan Bangkit pada cuti Tahun Baru Cina iaitu 16 Februari ini," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Semalam, lebih 3,000 peserta Perhimpunan Sedaq anjuran 30 NGO berkumpul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat Ketua Menteri untuk menyerahkan memorandum kepada Guan Eng. Bagaimanapun, Guan Eng enggan melayan permintaan mereka dan hanya menghantar pembantu khasnya untuk menerima memorandum berkenaan.
Disebabkan kecewa dengan sikap Ketua Menteri itu, mereka bertindak membakar memorandum tersebut dan patung Guan Eng. Jais juga melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan untuk meluluskan undang-undang bagi merobohkan gerai-gerai haram dalam tempoh 24 jam. Menurutnya, kenyataan tersebut memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan bertujuan jahat membuat provokasi kepada orang Melayu yang amat terluka dengan tindakan kerajaan negeri sebelum ini. "Kami juga menyelar dan mempertikai sikap berat sebelah kerajaan negeri untuk 'menghalalkan' peniaga di Batu Feringghi yang 99 peratus daripada mereka berketurunan Cina. "Tindakan ini membuktikan niat sebenar kerajaan negeri yang memang mahu melebihkan peniaga Cina dan menindas peniaga Melayu," ujarnya. Beliau menambah, ia merupakan antara contoh sikap cauvinis yang semakin menonjol dan gagal dilihat oleh pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang.

Sumber: Utusan Malaysia 7 Februari 2010

Saturday, February 6, 2010

Ikut trend keluar parti, PKR mungkin akan dibubarkan

Kisah benar dan memalukan aku selaku ahli parti PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin idola aku, DS Anwar Ibrahim telah didakwa di mahkamah sedang dibicarakan. Kesian juga aku lihat muka dia. Aku nampak dia melambai-lambai tangan kepada penyokong-penyokongnya macam dia tidak bersalah. Tapi aku sungguh musykil sekali, bila dia dicabar untuk bertaubat oleh Saiful tapi dia menolak. Dia cuba menangguhkan perbicaraan beberapa kali. Membuatkan aku bertambah musykil. Walau bagaimanapun kita serahlah kepada mahkamah untuk buat keputusan.
Terfikir lagi aku, betapa ramai pemimpin-pemimpin hebat PKR telah meninggalkan PKR.  Bekas Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan. Manakala bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Osman bertindak meninggalkan parti itu dengan menyertai Pas. Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO adalah bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan. Dalam tahun 2004 yang turut meninggalkan PKR ialah bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha serta Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar sendiri turut kembali menyertai UMNO.
Kemelut dalam PKR tidak berhenti di situ. Dalam bulan Ogos 2008, Wan Azizah bekas ahli Parlimen PKR di Ptg. Pauh terpaksa meletak jawatan ahli parlimen untuk beri laluan kepada suaminya, DS Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya kononnya. Dengan itu suatu pilihanraya kecil terpaksa diadakan maka jutaan wang rakyat habis kerana mengadakan pilihanraya oleh SPR. Itu belum masuk perbelanjaan kempen pilihanraya oleh parti-parti yang bertanding. Bayangkan mungkin puluhan jutaan ringgit dibelanjakan untuk DS Anwar Ibrahim ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas DS Najib Abd.Razak. Tapi tiada pun ahli parlimen dari BN teringin nak lompat parti. 
Bagaikan kepimpinan melalui tauladan yang dimulakan sendiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008, langkah itu dijejaki oleh ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada Februari tahun lalu. Sekadar keluar parti hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak rebah tersungkur kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral. Dan satu lagi pilihanraya terpaksa diadakan. Lagi jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan.
Pada April tahun lalu, tiba pula giliran ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk mengosongkan kerusinya. Beliau yang disiasat kerana dakwaan rasuah membuat alasan mahu melanjutkan pelajaran. Suatu pilihanraya kecil juga diadakan yang membolehkan Dr. Mansor Othman menjadi KM 1 Pulau Pinang.

Sewaktu 'pesta' meletak jawatan berlaku di kalangan wakil rakyat PKR, lain pula dengan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang tidak berbuat demikian walaupun menerima tekanan akibat penyebaran gambar bogelnya di Internet.Tren keluar parti semakin menjadi bila rasa tak puas hati dengan perlantikan Azmin mengetuai PKR Sabah mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR yang diterajui 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Bermula dengan PKR Sabah apabila Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Christina Liew hinggalah yang terbaru ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bertindak meninggalkan PKR. Begitulah tindakan keluar parti suatu yang lumrah dalam PKR sedangkan usia parti terlalu muda. Semalam kira-kira 200 ahli Angkatan Muda Keadilan dari Sik telah keluar parti. Nampaknya usia PKR tidak lama. Kenapa aku harus tunggu menjadi ahli parti PKR? Kenapa Setiausaha Sulitnya, rakan karibnya, ketua pemudanya, naib presidennya, setiausaha PKRnya telah meninggalkan DS Anwar Ibrahim? Tepuk dada tanya minda.



Friday, February 5, 2010

Orang Melayu Pulau Pinang 'mengamuk' di Komtar Pulau Pinang!!!!!!!!


Orang Melayu Pulau Pinang mulai 'mengamuk' hari ini. Mereka berhimpun di luar masjid Simpang Enam, Komtar selepas solat Jumaat kemudian berarak ke Komtar hadapan Maybank. Sebelum itu Datuk Ibrahim Ali, Pengerusi Perkasa Kebangsaan telah memberi ucapan semangat kepada orang ramai dari sebuah lori kecil. Beliau mengajak orang Melayu bersatu menentang kezaliman Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri yang cauvanis dan berselindung disebalik kucingnya (CAT) dan "Amal makruf nahi mungkar". Perhimpunan secara aman ini dianjurkan oleh SEDAQ, pertubuhan-pertubuhan Melayu yang prihatin membela nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang. Walaupun tidak ramai seperti yang diharapkan, namun kehadiran pada petang ini amat memberangsangkan. Amaran keras dari penceramah-penceramah telah mengegarkan Komtar. Mereka membakar patung Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai tanda protes dan marahnya orang Melayu kepadanya. "Kita tidak marah kepada kaum Cina kerana kita mahu hidup aman damai tetapi kita marah kepada Lim Guan Eng membakar hati orang Melayu Pulau Pinang hari ini. Lim Guan Eng perlu meletak jawatan. LGE perlu berundur. LGE dan suku sakat dalam politiknya perlu ditumbangkan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Pemerintahan LGE atau DAP lebih teruk daripada BN. Oleh itu kita mengajak semua bangsa Melayu termasuk Cina dan India yang cintakan keamanan untuk bersatu dalam pilihanraya yang akan datang untuk menumbangkan DAP." begitulah laungan yang dapat kita dengar. Perhimpunan yang lebih besar mungkin akan diadakan jika LGE tidak berubah. GPMS, Perkasa dan Sedaq perlu merancang hari yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan yang akan datang bukan hari bekerja seperti hari ini.  Bersatulah Melayu tanpa mengira fahaman politik demi membela nasib bangsa Melayu yang semakin tertindas dan ditindas di bawah pentadbiran Lim Guan Eng. Tahniah GPMS, SEDAQ dan PERKASA yang berjaya menganjurkan perhimpunan ini

Wednesday, February 3, 2010

Kes roboh: Kerajaan Negeri PP masih menyalahkan UMNO/BN????

Kurang asam betul, sikap kerajaan negeri diketuai Guan Eng. Perangai hodoh betul, setiap kali masalah dalam kerajaan negeri, UMNO/BN juga yang dipersalahkan. Cerminlah diri sendiri tu. Jika wakil rakyat PKR sendiri yang berani mencabar dan berlaku kurang ajar kat Ketua Menteri mana boleh persalahkan wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat DAP yang keluar parti tubuh parti PCM mana boleh tuduh angkara pemimpin UMNO. Hai, sikit-sikit UMNO apa pasal ni. Gerai-gerai orang Melayu yang diroboh baru-baru ini juga dituduh punca dari UMNO/BN. Jika semua daripada UMNO, bagaimana pula jika Guan Eng letak jawatan Ketua Menteri dan semua exco Pakatan Rakyat letak jawatan, biar wakil rakyat BN termasuk UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP pula yang memerintah. Rakyat hari ini dah buka mata dan tidak buta hati, mereka dah celek dan mereka dah rasa jelik dengan perangai buruk Ketua Menteri PP yang berasal dari Melaka. 
Terbaru, kerajaan negeri menuduh UMNO sengaja menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai-gerai di kawasan larangan sehingga memaksa agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas merobohkannya.
Pemimpin UMNO dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun menyifatkannya sebagai ‘tuduhan gila’ kerana gerai-gerai yang dirobohkan kerajaan negeri sudah beroperasi selama bertahun-tahun.
Ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Penang Harmoni di sini malam tadi, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendakwa UMNO sebagai dalang memburuk-burukkan imej kerajaan negeri dalam isu meroboh gerai-gerai haram di Pulau Pinang. Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu mendakwa UMNO sengaja suruh peniaga-peniaga dirikan premis di tempat-tempat sekitar Balik Pulau supaya bila kita (kerajaan negeri) roboh nampak kita kejam,” katanya ketika berceramah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Pas di sini malam tadi.
Wahai TKM1, Dr. Mansor Othman,  YB Tuan ada Dr. , ada tercetak Islam di kad pengenalan diri. Kenapa YB nak ikut perangai seperti Guan Eng? Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh orang, tentu YB Tn Dr. tahu. Tapi YB Tn Dr. berceramah di khalayak ramai cuba menimbulkan kebencian orang ramai kepada UMNO, isu meroboh gerai dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah pentadbiran/kuasa kerajaan negeri tapi UMNO juga dipersalahkan. Apakah orang UMNO yang suruh buat gerai dan orang UMNO yang buat aduan?  Cuba YB Tn Dr. turun ke bawah, cuba mai jalan-jalan ke gerai-gerai yang baru dibina di sebelah Ptg. Damar Laut, Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh hinggalah Balik Pulau. Kebanyakan pemiliknya adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti YB Tn Dr. sendiri, PKR dan PAS. Sejak pentadbiran kerajaan PR ambil alih, gerai-gerai tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. YB Tn Dr. jangan buat tuduhan melulu. Oleh kerana YB Tn Dr. punyai latar belakang pendidikan yang tinggi jangan jadi bodoh kecuali sengaja atau dengan niat mahu memperburukkan UMNO/BN. Peniaga-peniaga kecil di bahu-bahu jalan beranggapan parti pemerintah DAP, PKR dan PAS dengan gabungan sebagai Pakatan Rakyat amat prihatin dengan nasib mereka rakyat yang susah. Mereka masih ingat manifesto PAS, DAP dan PKR semuanya berjanji nak membela nasib rakyat. Rakyat susah dibantu. Mereka tidak akan merampas harta rakyat. Mereka yakin kerajaan negeri PP yang baru ini lebih baik daripada kerajaan BN. Tapi rupa-rupanya silap, lebih teruk lagi daripada pemerintahan BN. Hingga wakil rakyat sendiri dah hilang sabar! Bergaduh sesama sendiri.

Tuesday, February 2, 2010

Guan Eng tak perlu berdolak dalih lagi, Datuk Zahrain ada bukti.

Saya ada bukti," tegas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengenai kritikan kerasnya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terpaksa menghadap Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu kelmarin.

Bagi mempertahankan kritikannya terhadap Guan Eng, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, beliau akan menyerahkan bukti-bukti itu kepada Lembaga Disiplin PKR.

Saya mempunyai banyak bukti untuk menguatkan kenyataan saya bahawa Guan Eng adalah seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Saya bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti.

Saturday, January 30, 2010

SEORANG DIKTATOR, CAUVANIS, FIKIRAN KOMUNIS TIPU PENGUNDI!


Aku dah kata dulu, orang Melayu dan pemimpin Melayu yang bersekongkol dengan DAP akan kena lelong dengan Lim Guan Eng. Sekali imbas aku perhati air muka dia, wajahnya lembut tapi tak boleh percaya. Dia ulamkan orang Melayu dengan ayat-ayat suci al-quran, seolah-olah dia memahami Islam dan dia mahu negerinya (bukan Melaka tapi Pulau Pinang!!) mengikuti pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Orang Melayu terutama penyokong-penyokong PAS dok cakap itulah siang dan malam di kedai-kedai kopi malahan di surau-surau sebulan tak habis pasal Lim Guan Eng jolokan Khalifah Umar Abdul Aziz. Penyokong-penyokong PAS puji dia melambung-lambung hingga pucuk nyior. Dia mai melawat kampung, berduyun-duyunlah pasukan bermotor Unit Amal PAS dengan bangga mengiringi Ketua Menteri yang disayangi mereka. Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang juga ahli parlimen telah diterima dengan bangganya oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
Sekarang apa dah jadi? Bukan orang UMNO yang kata. Bukan pemimpin UMNO yang dakwa. Tapi pemimpin mereka sendiri, pemimpin pakatan mereka, pemimpin kanan Pakatan Rakyat sendiri yang menyerang ketua menteri kesayangan mereka. Dato Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) telah menggambarkan Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis! Dia kata lagi, "Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai agen Barisan Nasional (BN)". Buruk perangai dia rupanya, cilakak! Tengok muka macam budak sekolah menengah Form 6, patutlah macam tu. Zahrain bubuh lagi sama dia, apa dia? " Guan Eng berjanji melaksanakan sistem terbuka, tetapi tidak melaksanakannya sebaliknya lagi teruk dari BN di mana Guan Eng sendiri mempengerusikan Lembaga Tender". Aii yaa, itu maciam ka! Lu cakap tak selupa bikin ooooo! Dulu BN lu olang kutuk habis apa lu olang tidak kata sama pemimpin BN. Lu ada kata pemimpin BN semacam babi, bolo (bodoh) macam lemu (lembu).
Nanti baca lagi, Dato Seri Zahrain ada kata bahawa pakatan pembangkang amat malu kerana projek-projek dianugerahkan berdasarkan asas siapa kenal siapa. Lu olang PAS dan PKR ala faham ka itu 'siapa kenal siapa'? Jika lu olang jugak tilak paham, lu juga bolo macam lemu. Tapi Zahrain bukan lemu. Dia olang belani. Kalau tak betoi mana dia belani cakap itu maciam. Gua sokong kuat sama Zahrain. Bekas pemimpin UMNO mesti belani. Dia bukan lagi ahli UMNO tapi cakapnya semaciam pemimpin UMNO. Jika tidak betoi, gua mahu cabar itu ketua menteli Guan Eng supaya buat laporan polis terhadap Datuk Seri Zahrain kerana menggambarkan dia sebagai diktator, cauvanis dan berpemikiran komunis. Persilakan!!!!! Jika Guan Eng Ketua Menteri PP yang berasal dari Melaka tidak buat laporan polis ini bermakna, ini bererti, ini bermaksud bahawa apa yang katakan itu adalah benar belaka.

Thursday, January 28, 2010

MB Perak bukan Dato' Zambry, pelik tapi benar!

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

Petikan: HarakahDaily 28 Jan 2010

Komen:

Yang pelik tapi benar. MB Perak bukan Dato' Zambry rupa-rupanya masih Datuk Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengingkari perintah Raja Sultan Perak. Sanggup pula sembah derhaka. Sewajarnya gelaran Datuk Seri sepatutnya dikembalikan kepada yang menganugerahkannya. Jika masih ingat bersama Nizar yang mendahului penerima darjah kebesaran Sultan Perak ialah Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara. Sewajarnya Nizar bersyukur jadi MB Perak setahun jagung dah dapat anugerah kebesaran Sultan Perak. Tapi orang tamak selalunya rugi. Sekarang apa dah jadi. Tiga orang wakil rakyat PR lompat parti jadi wakil rakyat bebas, kerajaan PR Perak rebah sama sekali. Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara yang sangat arif dalam soal perundangan telah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Tapi pembangkang khususnya Nizar pemimpin PAS negeri Perak tidak mahu menerima kenyataan bahawa PR telah hilang kuasa untuk mentadbir negeri. Sebaliknya beliau sanggup sembah derhaka, penyokong-penyokong PAS sanggup tidur di atas jalan, bertakbir di sepanjang jalan seperti orang tak siuman. Beginilah rupa perangai yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS kepada penyokong-penyokong PAS. Jika ada blog-blog yang menghina sultan, 99.99% kita boleh menelah bahawa blogger-blogger itu sebenarnya asuhan dari pemimpin PAS yang sanggup sembah derhaka!

Kata Anwar. "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah"

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik.

Beberapa tokoh agama ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia berpendapat, tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana umat Islam tidak boleh berkompromi sekiranya timbul isu yang menggugat kesucian agama ini.

"Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, pihaknya tetap mempertahankan kalimah Allah sebagai "hak eksklusif" umat Islam. "Sehubungan itu, tiada siapa pun boleh mempertikaikan soal itu,'' katanya.

Jelas beliau, kenyataan Anwar yang menjurus kepada sokongan terhadap bukan Islam menggunakan kalimah Allah itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai agenda politik. Perkara yang sama turut disuarakan oleh bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ada pihak mempolitikkan kalimah Allah.

Berikut adalah sebahagian kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad " PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Komen:
Pembaca boleh menilai sendiri, ada kenyataan yang ikhlas dan jujur untuk mempertahankan kalimah Allah dizahirkan oleh tokoh-tokoh agama dan persatuan ulamak. Ada yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian untuk kepentingan politik seperti PKR dan ada kenyataan yang tidak jelas, dibenarkan mengikut kaedah Islam tapi salah jika menyalahgunakan kalimah Allah. Itulah kebijaksanaan dalam politik Islam yang ada pada parti PAS hari ini.




Tuesday, January 26, 2010

Pemimpin PKR Pahang letak jawatan tapi tidak keluar parti!!

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin menjadi-jadi dan merebak luas di seluruh negeri hingga Sabah. Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri Pahang semalam. Jika tak ada angin tak akan pokok bergoyang! Ya, nanti ada pula mulut jyang ahat dari kalangan pemimpin PAS dan PKR akan mendakwa bahawa perletakan jawatan itu juga berpunca daripada UMNO. Dengan itu UMNO juga yang jahat! Sebenarnya perbuatan pemimpin keluar parti dan meletak jawatan adalah perkara biasa dalam parti PKR. Mungkin ada tak lama lagi akan ada lagi pemimpin PKR yang akan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan!
Walaubagaimana pun kita jangan terperangkap dengan 'lakonan' ini mungkin perletakan jawatan itu sebagai 'publisiti murahan' oleh pemimpin PKR ini untuk tujuan Persidangan Agung PKR dalam bulan Mac nanti. Perletakan jawatan beliau mencerminkan keberanian dan keikhlasan beliau. Undi simpati dari perwakilan akan dapat membantu beliau memenangi jawatan-jawatan yang bakal dipertandingkan kerana beliau meletakkan jawatan tetapi tidak keluar parti. Dalam politik macam-macam boleh berlaku!!!


"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"