Saturday, May 21, 2011

Islam tidak dapat ditegakkan jika orang Islam sendiri tidak bersatu!

Politik orang Melayu tak seperti politik orang Cina. Orang Melayu bila terlalu percaya kepada sesuatu parti dia akan tumpah taat setia tanpa berbelah bahagi. Ada pula yang terlalu taksub kepada parti hingga rumahnya dicat hijau dan gambar pemimpinnya diletak dalam rumah atau bilik tidur. Tapi Cina tidak seperti itu. Orang Cina hari ini boleh pangkah BN dan esok dia boleh undi DAP. Orang Cina lebih cerdik daripada orang Melayu. Walaupun orang Cina ada yang beragama Buddha dan Kristian tapi mereka bersatu atas semangat bangsa mereka. Itu sebabnya Cina hari ini cukup kuat dan Cina hari ini berani bangun bersuara. Akhbar berbahasa Cina dan Roket meniup semangat perkauman lebih hebat daripada Utusan Malaysia. Tapi tak ada siapa yang bangun membantah. Kenapa PAS tak berani tegur akhbar Cina dan Roket? Tapi PAS menyertai DAP pula membantah Utusan Malaysia yang konsisten mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan raja2 Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan mengikut perlembagaan.  Mengapa Utusan Malaysia dikatakan salah jika bersuara untuk menjaga kepentingan orang Melayu/Islam? Jika akhbar berbahasa Cina dan Roket pula tidak dikatakan salah jika akhbar2 itu menyuarakan kepentingan kaum Cina? UMNO dituduh parti racist. Jika UMNO racist, aku yakin semua perniagaan besar di bandar2 jadi hak milik orang Melayu, bangunan-bangunan kedai di bandar-bandar bukan milik orang Cina sebaliknya dimiliki orang Melayu. Syarikat-syarikat pengangkutan, pemborongan dan seterusnya peruncitan kebanyakannya dimonopoli oleh orang Melayu. Itulah gambaran yang dapat aku berikan jika UMNO benar-benar racist sejak memerintah Tanah Melayu.  Orang Melayu berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka hari ini kerana orang Melayu masih 'miskin' sedangkan orang Melayu pribumi dan majoriti di Malaysia ini. Salahkah UMNO cuba membela nasib bangsa Melayu tanpa merampas hak kaum lain? Tapi Cina DAP amat bijak disokong pula Melayu PAS yang megah dengan perjuangan Islamnya. Akhirnya Melayu terperosok kerana Melayu berpecah, lemah angkara tidak bersatu. Sebaliknya Cina bersatu dan semakin kuat dan lantang bersuara.
Itu sebabnya DAP boleh memerintah Pulau Pinang kerana Cina MCA dan Gerakan telah belot. Cina hari ini lebih selesa dengan pemerintahan DAP yang jelas menjaga kepentingan kaum Cina. Perniagaan orang Cina bertambah maju. Projek-projek perumahan naik gile hingga ke dalam kampung-kampung tradisional Melayu. Pusat-pusat cyber cafe diberikan lesen operasi 24 jam bukan di bandar tapi di kawasan taman-taman perumahan yang kebanyakannya orang Melayu. Pelanggan-pelanggan cyber cafe sudah tentulah anak-anak Melayu. Yang paling sedih dan kecewanya kita, bila dibuka 24 jam, setiap hari ramailah pelajar-pelajar ponteng sekolah kerana bangun lambat. Siapa yang rugi dan siapa yang untung?
Tidak mustahil suatu hari nanti, pusat karaoke dan night club akan turut dibuka di kawasan-kawasan taman perumahan orang Melayu. PAS tak boleh buat apa2? PAS jadi kuda tunggangan DAP!. PAS hanya boleh melemahkan kesatuan orang Melayu dengan cara menghasut orang Melayu memusuhi UMNO. Sudah berpuluh-puluh tahun PAS sudah menanam sikap kebencian dan permusuhan terhadap UMNO. Namun UMNO tetap utuh dan kembali mendapat sokongan orang Melayu sejak beberapa PRK yang lalu. PAS sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa orang Melayu kembali menyokong UMNO. PAS tetap bersama DAP kerana PAS tahu orang Cina akan menyokong Pakatan Rakyat. Jika orang Cina menyokong Pakatan Rakyat dan Melayu sokong UMNO, apakah PAS mampu menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat? Jawapannya MUSTAHIL, PAS akan terus jadi kuda tunggangan DAP. UMNO akan terus memperjuangan hak ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan. Biarpun UMNO bersendirian dalam BN, perjuangan orang Melayu/bumiputra tetap dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir. Perjuangan UMNO tidak salah, perjuangan UMNO berlandaskan Islam sebab itu semakin ramai ulamak-ulamak muda menyertai UMNO dan sudah ada pun beberapa pemimpin utama PAS sendiri telah mengisytiharkan diri keluar PAS sebaliknya menyertai UMNO. Yang mengatakan perjuangan UMNO sesat adalah pemimpin PAS dan penyokong PAS yang taksub. Yang mengatakan penyokong PAS akan masuk syurga adalah pemimpin PAS sendiri tapi dalam al-quran tidak sebut pun begitu. PAS hanya sebuah parti politik bukan sebuah mazhab seperti mazhab as-syafie, hambali, maliki dan hanafi. Penyokong PAS belum tentu masuk syurga kerana syarat masuk syurga bukan kerana ianya ahli PAS sebaliknya iman dan amalannya.
Bila UMNO ajak PAS bersatu, dikatakan UMNO sudah terdesak. Sebenarnya kepimpinan UMNO lihat bahawa orang bukan Melayu semakin kuat kerana mereka bersatu. Bagaimana Islam dapat ditegakkan jika orang Islam sendiri tidak bersatu? Bagaimana orang Melayu dapat diberi pembelaan sewajarnya jika orang Melayu sesama sendiri berpecah dan bergaduh sesama sendiri? Sedangkan orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek; pendidikan, ekonomi dan perniagaan dan sebagainya. Tapi kumpulan erdogan dalam PAS enggan sambut tangan persahabatan yang dihulurkan oleh UMNO.  Manakala kumpulan ulamak dalam PAS pula terus berdiam kerana tidak mahu PAS nampak berselisihan faham sesama mereka. Oleh itu perjuangan PAS semakin lama semakin kabur kerana perjuangan PAS lebih mengutamakan politik daripada perjuangan Islam yang sebenarnya. Mungkin itu sebabnya doa PAS puluhan sejak dari dulu lagi tahun tak pernah dikabulkan Allah SWT. Perut DS Najib tak pecah semakin sihat. Tun Mahathir masih hebat boleh berceramah dan pemikirannya masih diperlukan negara dan dunia antarabangsa dan beliau akan sihat tak lama lagi, insyaallah. UMNO pula semakin kuat, beberapa pilihanraya kecil yang lalu didapati orang Melayu/Islam mulai kembali kepada UMNO, kenapa? Sudah berpuluh-puluh solat hajat dianjurkan PAS di masjid, surau, atas padang dan stadium belum pernah dikabulkan Allah. Sebaliknya semakin ramai pula orang Melayu menyertai UMNO, ulamak muda lebih yakin dengan UMNO, bekas-bekas ulamak PAS, Pesuruhajaya PAS Negeri malahan pernah menyertai Dewan Ulamak PAS telah isytihar keluar PAS dan menyertai UMNO. Kenapa? Lu fikirlah sendiri!

1 comment:

Anonymous said...

Yup..makin rmai melayu kmbALI KEPD UMnO.KPD YG XDIBUKA HATI Tu..tgG DN LHTLH

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"