Thursday, May 5, 2011

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.
Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.
''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.
''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.
Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.
Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.
''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia 5 Mei 2011

1 comment:

sgray said...

Pandai juga bercakao mamat nie..kiranya dah lena dibuai mimpi.Tetiba lak memperkatakan perihal tuntutan Islam dan macam2.

Tegakkan haq dan cegah mungkar yang berlaku dengan ISLAM yang jadi agama dan diberi keistemewaan dalam perlembagaab tu dulu...

Hentikan pencabulan terhadap Islam oleh pemuka2 Islam yang semakin berleluasa di bumi bertuah nie.

Jangan bila terkedu baru ingat ALLAH...semua diliberalkan.

HARI INI TAK SAMA DENGAN SEMALAM ..kan PAK JAMIL

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"