Thursday, November 6, 2008

Henti guris perasaan orang Melayu


KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.

‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).

Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja.

Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.

‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan.

‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.

Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.

‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.


Sumber: Utusan Malaysia 6 November 2008

Friday, October 17, 2008

Majlis Raja-Raja: 'Jangan sentuh kontrak sosial'



KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

— Bernama

Friday, October 3, 2008

MESTI BACA: AL-BATTOK, AL-TUT DAN AL-SODOMI


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, belasah Pak Lah, menantunya KJ, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan. Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita ‘half truth’, ‘zero truth’ dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional pasti seronok baca.


Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular. Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap ‘anti establishment?

Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya. Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Bayangkan apa akan terjadi kepada negara sekiranya setiap pembaca mempercayai setiap bahan-bahan yang tidak ada pengesahan akan kebenarannya? Adakah anda akan percaya apabila anda melayari laman web, anda terjumpa gambar suami, isteri atau anak anda berbogel? Apakah anda akan menyebarkan kepada kawan-kawan anda sebagaimana anda lakukan mengenai cerita karut marut yang anda yakini? Sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Di samping itu ada pula yang menulis buku dengan mengambil dan mengedit tulisan orang lain. Apakah kita gembira dengan budaya yang sedang menimpa masyarakat kita kini?


Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.


Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan. Mereka frust kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Sai Baba. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahu saya seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan. Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam. Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru saya menyentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "keadilan".

Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato’ Harun Idris dan Dato’ Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara? Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan?

Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau? Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentangmentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan?

Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah? Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KeADILan" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi? Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orangorang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam. Hati-hatilah ‘sikit brader’, ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?


Islam adalah alat. Islam adalah ‘a complete way of life’, cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu. Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan keADILan adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti. Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi.

Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan. Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola masih belum dibicarakan atas tuduhan meliwat.

‘Baik’ di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna? Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke?

Saya tidak menafikan bahawa perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan parti KeADILan ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza. Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu’ (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir rnengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam. Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of’ distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made. Saya merasa amat sedih dulu kisah amalan ‘kafir mengkafir’, hari ini ‘maki memaki’ dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim, pilihlah Dato’ Harun Din atau Haji Hadi atau Husam Musa sekiranya Tuan Guru Haji Hadi rasa dirinya tak layak.

Bagi mereka ini saya cadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tapi sekarang, takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah. Kita jangan lupa Pak Lah masih Perdana Menteri kita. Jahat macam mana sekali pun pemimpin kita, dia adalah ‘institusi’ yang dipilih oleh majoriti rakyat dan yang paling penting dia adalah orang Melayu. Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan bnasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi ‘institusi’ negara.

Kenapa kita tidak fikirkan rakyat yang telah memilih Dato’ Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri? Kita kena bersyukur kerana sekurang-kurangnya kerana sikap keras, lembik beliau, Anwar dapat keluar dari penjara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti Anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan parti KeADILan? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Saya berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik Pak Lah saja. Ini penulis-penulis PAS dan keADILan jadi lidah PAS dan keADILan sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qadak dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qadak dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bukankah Allah beserta dengan orang-orang yang benar. Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai ‘Father Esposito’ kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.

Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti. "Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam’s golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" - Esposito


Mengkritik tidak bererti
menentang,
Memuji tidak semestinya
menyokong,
Menegur tidak bermakna
membenci,
Dan berbeza pendapatan adalah
kawan berfikir yang baik

Sumber: http://www.shalattas.com/news.php?extend.89

Sunday, September 28, 2008

Anwar bawa agen asing jajah minda rakyat Malaysia

“Dia (Anwar) sudah pergi terlalu jauh dan tak mungkin dia berpatah balik. Dia tahu perbuatannya salah, tetapi seperti juga budak nakal yang popular, dia mesti meneruskan kesalahannya itu. Perjuangannya sekarang memang tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya yang asal, tetapi apakan daya dia sudah terkepung oleh Nasara (USA) dan Yahudi yang banyak membantunya; bukan untuk kepentingan Malaysia dan rakyatnya, tetapi untuk kepentingan mereka.” dipetik dari Gurubashid.com.

Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman.

Apakah itu KAF?

Shahbudin Yahya, Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Yayasan dari Jerman itu.

Selain itu, KAF juga didakwa terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC) yang merupakan satu isu sensitif berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini.

Kini pertikaian tentang “Memeluk Islam” pula diperbincangkan oleh Majlis Peguam.

Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman yang berundur daripada kerajaannya.

Projek terbesar KAF di Malaysia “The Penang Global Ethic Project”, bertujuan untuk menyamaratakan semua agam di Malaysia. Islam bukan agama unggul di Malaysia, tetapi Islam sama dengan agama-agama lain. Itulah maksud sebenar Pluralisme Agama yang menjadi matlamat KAF.

KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu Parti Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU). IDU beribu pejabat di London, United Kingdom dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (Perdana Menteri Australia).

KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”. Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.

Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006

Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu ‘Political Dialogue” dan “Media Development”. KAF di Malaysia digerakkan melalui cabang KAF Asia dan Kerjasama Antarabangsa, KAF Jerman.

Misi “Political Dialogue” menyerap masuk melalui think tank dan individu yang berpengaruh di Malaysia. Think tank yang dimaksudkan itu seperti Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Strategic Resarch Centre (MSRC), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS).

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987, selepas dua tahun Anwar menubuhkan think tank elitnya sendiri iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Penyaluran dana KAF semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).

Tiga badan penaja dan pemikir Anwar Ibrahim. Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, KAF Malaysia; Khalid Jaafar, Pengarah IKD dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF sering menaja program Anwar, IKD dan MEGC khususnya berkaitan dengan seminar dan penerbitan buku. Khalid Jaafar adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim (Semasa Anwar TPM). Al-Mustaqeem adalah anak buah Khalid Jaafar yang menjadi penulis IKD dan penerbit buku-buku pluralisme melalui sayarikatnya MEGC. Di belakang IKD & MEGC ini adalah Anwar Ibrahim penggerak utama pluralisme di Malaysia.

Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD). Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).

Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.

Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat. Tidak hairanlah mengapa Anwar dijemput ke Amerika selepas itu.

Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.

Anwar dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996). Pada tahun 1998, Newsweek International menamakan Anwar sebagai ‘Asian of The Year’.

Usaha KAF ini membolehkan Anwar dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan pada tahun 1997 dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO (2 Spetember 1998), bantuan KAF terhadap IKD seolah-olah terbantut kerana ramai di kalangan pengikut setia Anwar seperti Kamaruddin Jaafar telah ditangkap polis dan sesetengahnya telah melarikan diri ke luar negara.

Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan “think tank” antarabangsa untuk melobi membebaskan Anwar. Ezam Mohd Nor (bekas Timbalan Pengarah IKD), Nurul Izzah Anwar dan Rahim Ghouse telah berjumpa dengan tokoh-tokoh Indonesia dan Filipina yang pernah menjalin hubungan dengan IKD di peringkat ASEAN sebelum ini. Antara tokoh-tokoh yang dikunjungi Ezam dan Nurul Izzah seperti BJ Habibie (CIDES), Gus Dur, Dr Amien Rais, Estrada dan Cory Aquino.

Maka tidak hairanlah mengapa Gus Dur dan Estrada sanggup turun untuk berkempen bagi memenangkan Anwar di Permatang Pauh. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September ini? Seolah olah ada satu paksaan dan desakan untuk Anwar cepat cepat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia.

Siapakah mereka yang mendesak itu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

sumber : Anginperubahan.blogspot.com

Wahai Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz




Sebelum saya menulis berkenaan Husam yang sekarang ini sedang berjalan2 di Bumi Mesir (beliau memang suka berjalan - bulan lepas kelihatan kelibat beliau bersama Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim di Dubai - entah bermuzakarah apa la agaknya), biarlah saya luahkan perasaan saya terhadap Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Saya terkesima dan terkedu lagi apabila melihat wawancara TGNA dengan TV3 malam tadi. Cukup kontra dengan kenyataan Presiden PAS sebelumnya. TGNA dengan tegas menyatakan tidak perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO dan meminta pimpinan PAS yang lain supaya jangan lagi bermuzakarah dengan UMNO.

Apa dah jadi dengan Ayahanda Tuan Guru yang saya sayangi ini? Biasanya beliaulah manusia yang paling pemaaf, yang paling bertolak ansur, yang paling sukakan perpaduan, yang paling sukakan perdamaian, yang paling bertolak ansur, yang paling tawadhu', yang paling bertimbang rasa, yang paling mudah didekati, yang paling senang bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dan yang paling mementingkan usaha da'wah dan tarbiyah.

Tetapi kenapa dalam suasana sekarang, dalam suasana PAS kuat dan menjadi "King Maker" dalam pemerintahan negara, beliau (seolah-olah) memilih menutup pintu taubat buat UMNO, menutup ruang da'wah kepada UMNO, menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan memilih untuk tidak mengizinkan PAS bertemu dengan UMNO sama sekali...sedangkan kebanyakan ahli-ahli UMNO masih lagi beragama Islam... dan mungkin lebih mudah untuk dida'wah berbanding dengan DAP yang terang-terang menentang pelaksanaan Islam.

Saya minta maaf kerana saya tidak nampak rasional pandangan Ayahanda Tuan Guru tersebut.
Seribu persoalan bermain-main difikiran...apakah pandangan TGNA tersebut datang daripada firasat dan ilmunya sendiri ataupun dipengaruhi oleh anasir yang lain. Kenapa dalam persoalan dengan UMNO ini pandangannya senantiasa selari dengan Husam. Hanya mereka berdua dikalangan pimpinan tertinggi PAS yang beria-ia membuat kenyataan anti muzakarah dengan UMNO. Hanya mereka berdua yang sentiasa memilih untuk 'kurang' bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS berkenaan Muzakarah tersebut.

Tidakkah TGNA sedar dan mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS telah membuat keputusan untuk membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti untuk mengadakan sebarang bentuk pertemuan dan muzakarah dengan sesiapa sahaja untuk perpaduan Islam dan Melayu. Kenapa beliau melanggar keputusan yang telah dipersetujui bersama oleh Majlis Syura Ulama. Bukankah beliau juga sepatutnya Pengerusi dan ahli kepada Majlis Syura Ulama? Jadi kenapa beri kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Syura.....ataupun kemungkinannya beliau "ponteng" mesyuarat majlis syura - sebab itulah beliau tak dapat maklumat yang sebenarnya. Dan amat malang sekiranya sumber maklumat beliau hanyalah melalui Husam Musa.

Saya amat berharap Ayahanda Tuan Guru sedar dan memahami bahawa beliau adalah Mursyidul Am PAS yang jawatannya lebih kepada "nasihat/advisory". Sedangkan Presiden PAS adalah kuasa eksekutif (individu) yang tertinggi di dalam Parti. Berilah peluang dan kebebasan kepada Presiden PAS memacu jamaah mengikut pandangan dan ilmunya. Kalaupun beliau silap dalam melakukan ijtihad politiknya, nescaya ada pahala disisi Allah. Ayahanda Tuan Guru berilah nasihat yang sewajarnya, dan terserahlah kepada Tuan Guru Presiden untuk menilai dan melaksanakan. Dan yang paling mustahak, berhentilah membuat kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Tuan Guru Presiden, takutnya perpecahan di dalam PAS berlaku nanti adalah disebabkan oleh kenyataan Ayahanda Tuan Guru sendiri dan bukannya disebabkan oleh Muzakarah PAS-UMNO.

Sumber: http://antihusam.blogspot.com

Umat Islam perlu muafakat elak perpecahan

KEPALA BATAS 27 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa umat Islam supaya sentiasa memilih jalan bermuafakat bagi mempertahankan perpaduan serta mengelakkan sebarang bentuk perpecahan dalam masyarakat.

Perdana Menteri berkata, pendekatan bermuafakat sebagaimana dituntut agama Islam, perlu dijadikan pegangan dalam sebarang urusan bagi mengelakkan umat berpecah-belah sesama sendiri.

‘‘Inilah yang perlu kita fahami untuk memastikan kita tidak bergaduh, bercakaran dan berpecah belah sesama sendiri.

‘‘Dengan muafakat, apa yang dirancang dapat membawa kebaikan dan kemajuan, barulah kita menjadi umat yang kuat,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Selamat, Pinang Tunggal di sini malam ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas sebelum itu menyertai majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 penduduk di pekarangan masjid berkenaan.

Turut hadir bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin dan ADUN Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid.

Perdana Menteri menarik perhatian kegagalan mewujudkan atau mempertahankan perpaduan sedia ada akan mengakibatkan sesebuah masyarakat dan negara berdepan dengan kehancuran.

Sumber: Utusan Malaysia,

Saturday, September 27, 2008

Laporan polis terhadap Teresa

UALA LUMPUR 26 Sept. - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Teresa Kok kerana didakwa membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihaknya juga kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu yang mendakwa makanan yang diterimanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sama seperti makanan anjing.

Sehubungan itu, katanya, IRIMM menggesa Teresa memohon maaf kepada polis dan seluruh rakyat negara ini berhubung kenyataan tersebut.

''Makanan yang dinikmatinya itu telah diberi di penjara sejak dahulu lagi, mengapa sekarang dia mempertikaikannya dan meminta dilayan seperti tinggal di hotel,'' katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini hari ini.

Pada 19 September lalu, Teresa mendakwa makanan itu 'sama seperti makanan anjing' tetapi pada 22 September mengaku tersilap dan menukar kenyataannya kepada 'baik sedikit daripada makanan anjing'.

''Kita minta dia minta maaf kerana tindakan itu hanya membuatkan rakyat bertambah marah kepadanya,'' ujar beliau.


Sumber: Utusan Malaysia, 27 Sept. 2008.

Sunday, September 21, 2008

PAS takut Allah atau takut DAP????

Pas sekali lagi terpaksa membuka pencak silat apabila terus diterjah rakan sekutunya DAP mengenai Negara Islam. Yang nyata walaupun secara terang-terang dan tanpa mengenal jemu DAP mempertikaikan perjuangan negara Islam, Pas masih lagi mampu untuk duduk semeja dengan rakan pakatannya itu.

Pas seperti tidak berdaya untuk tegas memegang prinsipnya apabila diasak sebegitu rupa oleh DAP. Nada pemimpin-pemimpin Pas semakin kendur terutama selepas pilihanraya umum lalu.

Malah jauh dari itu, Pas sentiasa beralah termasuk isu kandang babi yang dipelopori pemimpin DAP. Bukan sahaja beralah malah pemimpin Pas membuat sokongan terbuka ditambah dengan fatwa-fatwa tertentu bagi menyakinkan para pengikutnya bahawa tiada salahnya menyokong kehendak menternak babi secara besar-besaran di Selangor.

Tidak diketahui di mana silapnya Pas bersikap sedemikian rupa. Kalau dibuat perbandingan pendekatan DAP ternyata jauh lebih berjaya meyakinkan Pas dalam isu babi berbanding dakwah Pas mengenai negara Islam.

Dalam hal ini dan dalam keadaan suasana politik keuntungan politik ketika ini, tidak nampak cara bagaimana Pas hendak melawan kehendak DAP ini.

Sebagai bukti Pas pada pilihanraya umum baru lalu tidak lagi lantang melaungkan perjuangan negara Islam seperti mana pilihanraya-pilihanraya umum lalu sebaliknya lebih menjurus kepada kesesuaian kempen untuk menjaga hati DAP.

Ramai yakin dalam keadaan sekarang pemimpin Pas terpaksa mengambil jalan selamat untuk tidak lantang menegakkan prinsipnya.

Oleh yang sedemikian adalah lebih baik Pas menggugurkan sahaja agenda negara Islamnya seperti mana yang dituntut DAP.

Yang mana patut jadi keutamaan Pas, sama ada lantang meneruskan prinsip agenda negara Islam tetapi kehilangan DAP dan undi kaum bukan Melayu atau tunduk atas kehendak DAP dengan menggugurkan negara Islam sekaligus meraih keuntungan politik.

Kalau mengikut keadaan sekarang, , sudah pasti Pas akan memilih pilihan yang kedua tadi.
Atau pilihan alternatif mengambil pendekatan berbelit-belit agar dapat berkawan terus dengan DAP dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan orang Melayu betapa tulusnya mereka memperjuangan negara Islam. Tunggu dan lihat


Sumber: http://adaberanika.blogspot.com

Saturday, September 20, 2008

Wait for next election, Anwar

SEPTEMBER 16 had come and gone. Datuk Seri Anwar Ibrahim failed to unseat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as the Prime Minister.

As a Muslim, Anwar should accept that he can plan, but God decides.

From the very beginning what he did was morally wrong, although politics by a Machiavelian standard is apolitical.

It may be the accepted norms in other developing countries, but Malaysia has come of age and our politicians should show maturity and dignity when clamouring for political power.

Anwar should have the patience to wait for the next general election and let the people decide. He already has control over five states and should concentrate on them by showing to the people how the Opposition governs these states.

In a democracy it is the people who actually hold and wield power and not the politicians. For in the words of Abraham Lincon, “democracy is government by the people, of the people and for the people.”

On March 8, the people decided to cut Barisan Nasional’s two-third majority and yet BN accepted the defeat graciously and respected the will of the people.

When Anwar won in the Permatang Pauh by-election, it was again an indication of the people’s will and again BN accepted it in good faith.

Instead of being arrogant, Anwar should be humble with his victory in Permatang Pauh. Buying over BN representatives runs counter to his anti-corruption campaign.

A man of virtue will not resort to unethical means to meet his objectives and he has indeed lost the respect of certain quarters.

As a member of the public, I call on Anwar to close ranks and work together in the interest of the country.

As a former Deputy Prime Minister and Umno strongman, he has access to Pak Lah and can contribute in terms of ideas etc.

As the Opposition Leader, he can play a constructive role by bringing up pressing issues which affect the rakyat directly.

What the people need is less politicking as there are many urgent matters affecting them, such as illegal immigrants, spiralling food prices, wayward youths, the education system, etc.etc.

I was in the Ministry of Foreign Affairs for a short stint when Pak Lah was the Minister. I had the opportunity to study him at close range.

In all honesty, Pak Lah is a God-fearing man, hardworking, humble and well-liked by civil servants. I believe he never yearned to be the Prime Minister. Tun Dr Mahathir probably saw the good values in Pak Lah and passed the premiership to him to the surprise of some hopefuls.

Being the Prime Minister is not as easy as being a Deputy Prime Minister.

Indeed, heavy is the head that wears the crown,as Pak lah has probably found out.

But as he said at a press conference, ”... being Prime Minister is not main-main and olok-olok..it is serious business...”

I believe Pak Lah is a man of his word. When the time comes he will honour his words and pass the baton to his annointed successor Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meanwhile, let Pak Lah do his job in peace.

HASSAN BIN TALIB,
Gombak, Selangor.

Sumber: The Star 20/9/08

Tuesday, September 16, 2008

Apakah kesudahannya dengan DSAI ini?

Raja Dr Nazrin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyeru barisan pemimpin Islam dan Melayu untuk menunjukkan sebaik-baik contoh teladan, menyemarakkan semangat persaudaraan, memperkukuhkan perpaduan, memberhentikan pertelingkahan dan menumpukan perhatian membangunkan kesejahteraan ummah.

“Perbezaan pendekatan dan kaedah, kelainan fahaman dan tafsiran, jangan sampai ke peringkat umat Islam dan orang Melayu berpecah dan terpisah, berpatah arang dan berkerat rotan, hingga yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu,” titah baginda.

Komen:

DSAI dan pemimpin-pemimpin Islam lain termasuklah PAS dan UMNO dengarlah nasihat Raja Nazrin, putera raja yang amat memahami dan peka terhadap masalah rakyatnya. Pilihanraya Umum ke12 sudah pun berlalu dan rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah negara. Namun demikian rakyat juga telah membuat keputusan bahawa 5 buah negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dengan itu, laksanakanlah tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan itu dengan baik supaya negara dan negeri-negeri yang diperintah itu lebih maju, aman dan makmur.

Mengapa DSAI mahu sangat nak jadi PM? Seolah-olah DSAI dalam keadaan terdesak perlu menjadi PM!! Apakah pilihanraya umum yang akan datang sudah tak ada lagi atau bukan lagi pilihanraya yang adil? Tapi yang melucukan bila parlimen BN dikejar oleh pemimpin-pemimpin PKR dari bumi Malaysia hingga ke Taiwan, untuk apa? Menjatuhkan kerajaan BN yang ditubuhkan secara sah melalui pilihanraya adalah tindakan yang tidak demokratik. Kerajaan yang dibentuk tidak melalui proses pilihanraya adalah kerajaan yang tidak bermaruah. Pemimpin-pemimpinnya juga tidak akan dihoramti dan tiada harga diri. Kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah erana bila-bila masa sahaja pemimpin-pemimpin yang sama boleh mengambil tindakan lompat parti semula. Bagaimana DSAI dikatakan pejuang demokrasi? Bercakap tak serupa bikin! Pelabur-pelabur dalam dan luar negara bersikap tunggu dan lihat. Politik yang stabil dan ekonomi negara yang mantap akan menjadi keutamaan para pelabur. Sedangkan DSAI sudah hilang arah tuju, matlamatnya bukan membantu negeri-negeri yang diperintah untuk terus maju sebaliknya dia mencari jalan supaya dia cepat jadi PM dari satu tarikh ke tarikh yang lain. Tindakan DSAI telah menyusahkan semua pihak!!


"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"