Sunday, September 28, 2008

Wahai Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz




Sebelum saya menulis berkenaan Husam yang sekarang ini sedang berjalan2 di Bumi Mesir (beliau memang suka berjalan - bulan lepas kelihatan kelibat beliau bersama Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim di Dubai - entah bermuzakarah apa la agaknya), biarlah saya luahkan perasaan saya terhadap Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Saya terkesima dan terkedu lagi apabila melihat wawancara TGNA dengan TV3 malam tadi. Cukup kontra dengan kenyataan Presiden PAS sebelumnya. TGNA dengan tegas menyatakan tidak perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO dan meminta pimpinan PAS yang lain supaya jangan lagi bermuzakarah dengan UMNO.

Apa dah jadi dengan Ayahanda Tuan Guru yang saya sayangi ini? Biasanya beliaulah manusia yang paling pemaaf, yang paling bertolak ansur, yang paling sukakan perpaduan, yang paling sukakan perdamaian, yang paling bertolak ansur, yang paling tawadhu', yang paling bertimbang rasa, yang paling mudah didekati, yang paling senang bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dan yang paling mementingkan usaha da'wah dan tarbiyah.

Tetapi kenapa dalam suasana sekarang, dalam suasana PAS kuat dan menjadi "King Maker" dalam pemerintahan negara, beliau (seolah-olah) memilih menutup pintu taubat buat UMNO, menutup ruang da'wah kepada UMNO, menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan memilih untuk tidak mengizinkan PAS bertemu dengan UMNO sama sekali...sedangkan kebanyakan ahli-ahli UMNO masih lagi beragama Islam... dan mungkin lebih mudah untuk dida'wah berbanding dengan DAP yang terang-terang menentang pelaksanaan Islam.

Saya minta maaf kerana saya tidak nampak rasional pandangan Ayahanda Tuan Guru tersebut.
Seribu persoalan bermain-main difikiran...apakah pandangan TGNA tersebut datang daripada firasat dan ilmunya sendiri ataupun dipengaruhi oleh anasir yang lain. Kenapa dalam persoalan dengan UMNO ini pandangannya senantiasa selari dengan Husam. Hanya mereka berdua dikalangan pimpinan tertinggi PAS yang beria-ia membuat kenyataan anti muzakarah dengan UMNO. Hanya mereka berdua yang sentiasa memilih untuk 'kurang' bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS berkenaan Muzakarah tersebut.

Tidakkah TGNA sedar dan mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS telah membuat keputusan untuk membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti untuk mengadakan sebarang bentuk pertemuan dan muzakarah dengan sesiapa sahaja untuk perpaduan Islam dan Melayu. Kenapa beliau melanggar keputusan yang telah dipersetujui bersama oleh Majlis Syura Ulama. Bukankah beliau juga sepatutnya Pengerusi dan ahli kepada Majlis Syura Ulama? Jadi kenapa beri kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Syura.....ataupun kemungkinannya beliau "ponteng" mesyuarat majlis syura - sebab itulah beliau tak dapat maklumat yang sebenarnya. Dan amat malang sekiranya sumber maklumat beliau hanyalah melalui Husam Musa.

Saya amat berharap Ayahanda Tuan Guru sedar dan memahami bahawa beliau adalah Mursyidul Am PAS yang jawatannya lebih kepada "nasihat/advisory". Sedangkan Presiden PAS adalah kuasa eksekutif (individu) yang tertinggi di dalam Parti. Berilah peluang dan kebebasan kepada Presiden PAS memacu jamaah mengikut pandangan dan ilmunya. Kalaupun beliau silap dalam melakukan ijtihad politiknya, nescaya ada pahala disisi Allah. Ayahanda Tuan Guru berilah nasihat yang sewajarnya, dan terserahlah kepada Tuan Guru Presiden untuk menilai dan melaksanakan. Dan yang paling mustahak, berhentilah membuat kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Tuan Guru Presiden, takutnya perpecahan di dalam PAS berlaku nanti adalah disebabkan oleh kenyataan Ayahanda Tuan Guru sendiri dan bukannya disebabkan oleh Muzakarah PAS-UMNO.

Sumber: http://antihusam.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

Saya tak hairan dah bila melihat tanah Arab tak bersatu walaupun sesama Islam kerana di malaysia juga pun begitu sama sebangsa dan seagama tak dapat bersatu. Kerana kuasa politik bukan lagi Islam yang diperjuangkan. Jika Islam menjadi dasar perjuangan, umat Islam pasti bersatu di Malaysia dan seluruh dunia termasuk di tanah Arab. Pandangan saya aje, maaf jika tak betul.

Anonymous said...

Apa nak di sedihkan juga nak di hairankan. Manusia berbangsa Melayu memang bahlol, sebab hatinya sering dirosakkan setan/iblis. Melayu yang alim ke tak alim ke sama je, hati mereka cepat rosak disebab irihati, dengki, khianat, tamak haloba. Semakin hitam kening seseorang melayu itu semakin rosaklah hatinya. Padan muka mu Melayu...

bingke ubi said...

Komen dituju khas utk anon yg terakhir beserta org melayu yg sependapat dgnnya.

melayu yg bahalol atau kamu tu yg bahalol?

fikirkan2..

Tuhan tidak jadikan sesuatu dgn sia2.. yg mensia-siakn diri adalah individu itu sendiri dan bukanlah org lain..

sila ke mistisfiles.blogspot.com utk mencuci kepala hotak kamu.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"