Sunday, May 11, 2008

Guan Eng tawarkan jawatan kepada Veteran UMNO

DAP dan PKR telah ketiadaan pemimpin yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mentadbir negeri. Mereka telah berjaya memujuk Lee Kah Choon dari parti Gerakan. Tetapi mereka gagal memujuk beberapa wakil rakyat dari UMNO. Wakil rakyat pembangkang (UMNO) tidak mementingkan diri sendiri dan sebenarnya mereka mahu melihat dan memberi peluang DAP dan PKR memerintah negeri tanpa melibatkan orang lain. Mereka tidak mahu perancangan kerajaan negeri gagal bersebabkan dengan kewujudan wakil rakyat UMNO dalam kerajaan negeri. Namun Lim Guan Eng tidak kisah itu semua. Dia terus mencari dan mengumpan pemimpin-pemimpin UMNO. Dia tidak hairan apa orang nak kata.
Akhbar NST (Ahad) telah melaporkan KM Pulau Pinang akan mengumumkan penyertaan veteran UMNO dalam Pakatan Rakyat setelah menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bermaruah dan harga diri. Bukankah ramai lagi pemimpin Melayu dari PKR dan terutamanya PAS boleh mengisi kekosongan itu? Apakah KM ini mempunyai 'hidden agenda' hingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian? Mungkin KM itu mahu mengganggu-gugatkan perpaduan dalam UMNO yang sedang dalam proses penyatuan dan pemulihan. Dan mungkin kerajaan negeri sengaja memasukkan pemimpin-pemimpin dari UMNO atau Gerakan supaya nanti boleh dijadikan punca kepada kegagalan kerajaan negeri.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"