Thursday, May 8, 2008

Kedaulatan Raja: Apa reaksi Pakatan Rakyat




Ketika Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan siri kenyataan mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), rakan-rakan DAP dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas bersikap mendiamkan diri. Sikap enggan mengulas atau tidak ambil peduli mereka itu sudah dapat dijangkakan. Tidak hairanlah kerana Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang terlibat dalam kemelut itu adalah dari parti Pas, manakala kerajaan yang dibentuk di Perak juga terdiri daripada wakil rakyat PKR. Sebelum ini Pas menjuarai isu-isu berkaitan dengan istana. Dalam kes perlantikan MB Terengganu, apabila ada pemimpin UMNO membelakangkan kehendak istana, maka Pas- lah yang akan menjadi heronya.
Pemimpin-pemimpin PKR berketurunan Melayu dan beragama Islam yang sehingga kini masih membisu seribu bahasa. Semasa berkempen dulu, pemimpin PKR begitu bersemangat akan mempertahankan hak orang Melayu dan mendaulatkan raja berperlembagaan.

Sikap membisu pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan PKR dalam hal itu memberi gambaran bahawa Pas dan PKR Melayu berada dalam dilema - diluah mati emak ditelan mati bapa. Oleh kerana itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat enggan mengulas isu tersebut kerana mahu menjaga hati rakan dalam pakatan rakyat. Bagi Pas dan PKR, menjaga hati rakan pakatan rakyat mungkin jauh lebih penting daripada mempertahankan institusi raja yang memelihara agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu. Dalam hal ini, rakyat dapat menilai apa sebenarnya agenda pakatan rakyat dan mampukah pakatan rakyat membela nasib bangsa Melayu dan kesucian agama Islam????

1 comment:

Anonymous said...

PKR dan PAS dah bengung dengan Karpal. Jadi serba salah. Rakyat sedang memerhati lakunan mereka. Pakatan Rakyat sangat rapuh. Sebenarnya DAP dan PAS tak boleh berkawan tapi kerana KUASA pemimpin PAS sanggup berkawan. Tapi PAS berkawan dengan DAP tak apa! Tetapi orang UMNO difakwakan sebagai kafir bila bersubahat dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Pemimpin PAS atau penyokong PAS tolong jawab, saya bingung laa!!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"