Thursday, May 1, 2008

Kembalikan Melayu kepada UMNO.


Keputusan PRU12 amat menyedarkan orang Melayu. Walau bagaimanapun, Melayu masih ada ruang untuk bersatu. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pemimpin UMNO perlu memikirkan usaha untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Ini termasuklah dalam hal menangani penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, nepotisme dan kronisme yang didakwa berlaku secara berleluasa di kalangan pemimpin UMNO. Penolakan orang Melayu dalam PRU12 bukan kerana mereka begitu sukakan parti pembangkang tetapi lebih kepada protes untuk menunjukkan kuasa di tangan rakyat. Wajah UMNO digambarkan oleh pembangkang sebagai parti yang kotor dan jijik. Pemimpin-pemimpin dan parti UMNO dikecam dan dicerca melalui ceramah-ceramah, laman-laman blog, risalah-risalah, CD dan kain rentang sebagai propaganda parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya. Pemimpin UMNO semua peringkat perlu bangkit semula dengan semangat baru dan berani untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam UMNO. Pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah perlu disingkirkan. Ahli-ahli UMNO harus bijak menilai dan memilih pemimpin dalam persidangan agung yang akan datang. Lakukan perubahan jika UMNO mahu kembalikan Melayu kepada UMNO.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"