Monday, January 4, 2010

Ada perbedaan pandangan di kalangan pemimpin PAS mengenai isu kalimah 'Allah'

KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.

Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.

Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.

Sumber: Harakahdaily

Komen:
Terima kasih kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana mengakui adanya pandangan yang tidak seragam di kalangan pemimpin-pemimpin PAS sendiri mengenai isu kalimah 'Allah' . Perbedaan pandangan ini wujud kerana ada ulama politik. Oleh sebab itu tidak ramai penyokong-penyokong PAS keluar berdemontrasi kali ini kerana bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), YB Khalid Abdul Samad dan Tok Guru Nik Aziz yang sebelum ini juga bersetuju. Oleh itu usaha Datuk Mustafa Ali perlu disokong supaya perjuangan PAS tidak tersasar. Sepertimana kata Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim sungguhpun beliau dari PKR tetapi beliau tetap tegas dengan isu ini. Beliau mengutamakan Islam, bukan politik. Sebaliknya Khalid mengutamakan politik, bukan agama. Hanya pandangan peribadi, maaf jika tidak tepat.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"