Sunday, January 3, 2010

Isu 'Allah': Melayu dan Orang Islam perlu bersatu!

Kira-kira 400 orang Islam dari pelbagai pertubuhan politik dan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama (Badai) berhimpun secara aman selama sejam di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula pukul 10 pagi.t Mereka berkumpul secara aman menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah The Herald Tribune menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin pertubuhan telah berucap dengan begitu semangat dan memberi amaran agar KDN dan JPM mengemukakan rayuan supaya hati umat Islam tidak terguris. Majlis Raja-Raja juga diminta campur tangan bagi menangani isu ini kerana hal ehwal agama Islam menjadi kuasa mutlak Raja-Raja Melayu yang memerintah negara dan negeri ini. Sungguhpun perhimpunan ini tidak begitu ramai, semangat yang ditunjukkan oleh orang ramai mungkin suatu perhimpunan yang lebih besar diadakan jika isu ini tidak ditangani segera. Tiada kejadian buruk yang berlaku dan penunjuk-penunjuk perasaan telah beredar secara aman.
Manakala Pemuda UMNO Negeri telah meneruskan usaha menyampaikan memorandum kepada TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang meminta campurtangan Majlis Raja-Raja Melayu di atas isu kebenaran Mahkamah Tinggi kepada Majalah Herald Tribune menggunakan nama Allah. Menurut memorandum itu, Pemuda UMNO Negeri juga mewakili umat Islam di Pulau Pinang dengan tegas tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membolehkan nama Allah di dalam The Herald Tribune edisi Bahasa Melayu. Perkataan 'Allah' adalah spesifik untuk umat Islam sahaja manakala Tuhan atau God (dalam bahasa Inggeris) untuk penganut agama lain. Isu ini menunjukkan bahawa pihak gereja Katolik tidak prihatin kepada perasaan majoriti rakyat Malaysia yang merupakan penganut agama Islam. Inilah harapan Pemuda UMNO Negeri dan harapan semua NGOs di Pulau Pinang agar isu ini ditangani dengan segera. Inilah akibatnya bila umat Islam berpecah sesama sendiri.


1 comment:

Busu said...

Sokongan bantahan tapi membantah keputusan Mahkamah Tinggi, Takbir Allahu Akbar 3x.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"