Saturday, January 2, 2010

Kenyataan Media: Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan!!

Saya Muhammad Abdullah calon PKR P150 Batu Pahat ketua Penaja Bahagian Batu Pahat,Bekas Ketua Penerangan Negeri,Ketua Penerangan Angkatan Muda,Setelah berkerja keras dalam pilihanraya ke 12 dan tidak ada seorang pun ahli PKR lama yang membantu saya.

Berpuluh ribu saya habiskan untuk perjuangan parti akhirnya ,segala perjuangan sia sia PKR memang pembohong,mana ada keadilan dalam parti,saya hantar surat bantahan kepada PKR Pusat kenapa Timbalan Presiden Syed Husin melantik adik beliau menjadi Ketua bahagian.Sedangkan saya ketika itu sudah ada jawatankuasa penyelaras, dan lebih menyedihkan mereka tidak menjemput ke mesyuarat bahagian.Apabila saya ke PKR Pusat ,pihak PKR telah memperdayakan saya,difahamkan bahawa setiausaha agung membuat semakan keahlian saya baru didaftarkan bulan 6 2008,sedangkan saya telah hantar borang 2005,bermakna saya bertanding tidak sebagai ahli PKR.

Katanya Parti Keadilan tetapi kalau keadilan dalaman parti untuk ahli tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimana nak adil dengan rakyat,Dasar yang dibawa oleh PKR tidak betul,pentadbiran lemah,bagaimana nak takbir Negara ?sedangkan didalam parti sendiri tiada keadilan.

Kalau parti berhaluan kiri,yang mengamalkan sosialis DAP,yang menentang Islam,bolehkah Dato Seri Anwar katakan berjuang untuk islam,sedangkan PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat kesilapan besar bergabung didalam PR yang ada golongan yang menentang Islam.

Dalam PKR sendiri mengamalkan perkauman,Orang India dan Cina ditipu,Saya tahu apa yang berlaku dalam pemilihan MPT di Kongress Nasional di Seramban,kenapa Xavier dan Sivarasa tidak dipilih,sehingga mereka dilantik.

PKR hanya memperkudakan rakyat untuk kepentingan DS Anwar,tapi DS Anwar cakap ibarat tin kosong menipu rakyat Malaysia mengenai 16 Sept akan menduduki kerajaan pada bulan puasa pun nak menipu ,taubatlah Dato Seri.

Dato Seri hanya mengejar jawatan PM,tetapi Datuk Seri tidak nampak di bawah sana ramai ahli yang menghabiskan wang ringgit demi perjuangan,Ada yang hidup merempat, ada yang dahulunya mempunyai 6 kedai tetapi kini hanya tinggal 2 kedai,ada yang bangkrap terus.

Dato Seri mengatakan mahu membela orang orang melayu,hari ini ramai orang melayu merempat dalam parti.Beginikah Perjuangan Parti Keadilan?

Saya begitu sedih melihat Pakatan rakyat sering mengadakan demonstrasi jalanan sehingga mengaku Islam tetapi tidak berakhlak sehingga menderhaka kepada Sultan,baring atas jalan,maki hamun sultan,Apakah Islam mengajar begini?
Wahai saudara saudara Islam belajarlah Kisah nabi nabi,jadikan tauladan,Islam itu cantik,jangan tunjukkan Islam itu ganas.

Kepada orang melayu,saya mengingatkan jangan pisang berbuah 2 kali , kerajaan Melaka jatuh kerana Tengku Bendahara,hari ini jangan bangsa melayu terpinggir dan merempat di negara sendiri akibat manusia rakus yang berlumba mengejar nak jadi PM,termasuk orang orang cina dan india saya merasakan demokrasi negara hampir dimusnahkan.kembalilah bersatu untuk negara tercinta.Bukan berpecah belah jadikanlah Malaysia harmoni dan dihormati kembali.

Mohammad Abdullah.

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

artikel menarik bro... blog bro sudah diletakkan dalam senarai penyokong BPN..

tq

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"