Kelesuan Pas bersuara dan  memperjuangkan Islam dan keceluparan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat  kini meluntur semangat ahlinya dan menghakis sokongan luar, khususnya  lulusan agama dari dalam dan luar negara.
Muktamar Pas di Kota Bharu,  baru-baru ini jelas memaparkan kelesuan yang melanda Pas sejak kehadiran  DAP di dalam pakatan pembangkang membelenggunya dan PKR, manakala  keceluparan Nik Aziz memaki hamun, mencerca ‘lawan’nya di dalam Pas,  UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat bukan suri teladan yang  dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.
Islam, al-Quran dan Hadis  seringkali hanya menjadi hiasan bibir ketika berkempen pilihan raya,  mengutip sumbangan ‘tabung jihad’, mengutuk UMNO dan BN, atau menjadi  rasional dan alasan mengenai tindakan mereka seperti menolak rancangan  perpaduan Pas-UMNO, bersahabat dengan DAP yang dulu dianggap syaitan dan  menyokong Calon PKR Parlimen Hulu Selangor.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia,  Datuk Ab Rauf Yusoh berkata: “Sebagai contoh, pada muktamar agung Pas  baru-baru ini, isu negara Islam dan Hukum Hudud tidak langsung disentuh.  Ini menyebabkan tokoh-tokoh agama tertanya-tanya apa sudah terjadi  dengan dasar yang dilaung-laungkan sebelum ini.
“Atas perkembangan itulah,  kebanyakan tokoh agama seperti Dr Asri dan sebagainya telah melihat Pas  tidak sekata dengan perjuangan mereka.”
Pada muktamar yang diharap oleh  pemimpin dan ahli Pas itu sebagai platform gagasan suara besar  perjuangan parti, idealisme Pas menubuhkan ‘Negara Islam’ sudah tidak  kedengaran, semakin luntur malah sibuk membicarakan kehadiran Dewan  Himpunan Penyokong Pas sebagi persiapan menghadapi kemungkinan PKR lebur  dan pakatan pembangkang lerai.
Selain UMNO dan BN yang sering  menjadi kutukan Nik Aziz, sesiapa sahaja penyokong, pemimpin, ahli dan  jentera Pas yang tidak disukai atau disyakinya akan menjadi sasaran  makian Menteri Besar Kelantan itu. Mereka termasuk penulis blog  Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Isa yang dilihat berfahaman terbuka keketepikan di dalam banyak hal dan majlis.
Pendirian Nik Aziz terhadap kes  menantunya di dalam syarikat Kerajaan Kelantan juga menyerlahkan  pegangan Nik Aziz di dalam pentadbiran dan prinsip Islam.
Bersama perangai Nik Aziz,  telatah pelbagai pihak di dalam Pas juga menjadi cermin sebenar  perjuangan Pas yang konon berpegang kepada ajaran Islam. Sebaliknya  jelas Pas hanya bersandar ikut keperluan sahaja kepada Islam.
Antaranya MP Shah Alam, Khalid  Samad dan MP Titiwangsa Dr Lo’Lo’ berbuat bising di dalam Dewan Rakyat  membantah membuta tuli ucapan perbahasan MP Wangsa Maju Wee Choo Keong  mengenai Kelantan meluluskan 40 lesen arak dan penggunaan cukai untuk  kemudahan rakyat negeri. Demikian juga apabila slogan ‘Pas for All’  dipersoalkan kerana sama dengan ‘Israel 4 All.” - MediaUMNO 
 

 
3 comments:
PAS U FAILED US!
SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT
SOKONG PAS AKIDAH SESAT!!!
Pas xsalh tp salh keEGOAN NIK AZIZ YG RELA BESATu ngn org kafr dr org islam.inikah islam
Post a Comment