Thursday, January 7, 2010
Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.
Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.
Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.
“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.
Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.
Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.
Sumber: Sinar Harian 7/1/10
Wednesday, January 6, 2010
PKR rela kalimah Allah diguna penganut agama lain
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Ketika umat Islam negara ini tanpa mengira perbezaan politik bersatu hati menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil dengan pendirian berbeza apabila menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya, Dr. Muhd. Nur Manuty berkata, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka serta berlapang dada.
"Kami berpendirian fenomena ini sebagai manifestasi fitrah insani sejak dari azali lagi, iaitu semua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT.
"Penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai tuhan, adalah hak asasi setiap insan.
"Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua (Rabbul Aalamiin atau Lord of the Universe)?," katanya dalam blognya http://muhdnurmanuty.blogspot.com/.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Geraja Katolik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Keputusan mahkamah itu bagaimanapun mengundang kemarahan umat Islam di seluruh negara yang mahukan kerajaan dan Majlis Raja- Raja segera campur tangan dalam menangani isu tersebut.
Menurutnya, keinginan penganut Kristian untuk 'mengiktiraf' penggunaan kalimah Allah adalah bertepatan serta serasi dengan wadah PKR.
Tambahnya, perjuangan untuk mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah apabila penganut agama lain mula 'menerima' kalimah Allah.
Muhd. Nur mendakwa, penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam berlaku sejak zaman dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama Samawi.
Sumber: Utusan Malaysia 6/1/10
Tuesday, January 5, 2010
Isu kalimah Allah: Kenyataan Penuh Parti PAS
KENYATAAN PENUH
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010
Petikan: Harakah Daily 5/1/2010
Kufur jika sokong bukan Islam guna kalimah Allah: Haron Din

serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini.
“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam.
Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.
Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.
“Saya mahu tunjukkan bukti bahawa hanya agama Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah berdasarkan kitab al-Quran dan Injil.
“Dalam Kitab Injil agama Kristian tidak menggunakan perkataan Allah sebaliknya mereka menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord, namun kalau kita merujuk pula dalam al-Quran kalimah Allah digunakan dalam setiap muka surat,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu membantah usaha ini bagi mengelakkan yang buruk berlaku kepada agama Islam pada masa hadapan.
Sumber: Sinar Harian 5 Jan 2010
Monday, January 4, 2010
Ada perbedaan pandangan di kalangan pemimpin PAS mengenai isu kalimah 'Allah'
KUALA LUMPUR, 3 Jan: PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Mesyuarat ini dijangka membincangkan secara mendalam keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah milik aktivis Kristian, Herald, untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
Sejak keputusan itu dibuat, kelihatan pemimpin PAS tidak seragam pandangan mereka dalam isu ini.
Mesyuarat ini dijangka akan memberikan kata putus apakah pendirian bersama parti Islam itu dalam isu ini.
Anggota utama lajnah politik adalah pemimpin kanan PAS di samping beberapa pemimpin yang tidak berada dalam AJK PAS Pusat termasuk Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut.
Sumber: Harakahdaily
Terima kasih kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana mengakui adanya pandangan yang tidak seragam di kalangan pemimpin-pemimpin PAS sendiri mengenai isu kalimah 'Allah' . Perbedaan pandangan ini wujud kerana ada ulama politik. Oleh sebab itu tidak ramai penyokong-penyokong PAS keluar berdemontrasi kali ini kerana bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), YB Khalid Abdul Samad dan Tok Guru Nik Aziz yang sebelum ini juga bersetuju. Oleh itu usaha Datuk Mustafa Ali perlu disokong supaya perjuangan PAS tidak tersasar. Sepertimana kata Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim sungguhpun beliau dari PKR tetapi beliau tetap tegas dengan isu ini. Beliau mengutamakan Islam, bukan politik. Sebaliknya Khalid mengutamakan politik, bukan agama. Hanya pandangan peribadi, maaf jika tidak tepat.
Sunday, January 3, 2010
Isu 'Allah': Melayu dan Orang Islam perlu bersatu!



Kira-kira 400 orang Islam dari pelbagai pertubuhan politik dan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama (Badai) berhimpun secara aman selama sejam di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula pukul 10 pagi.t Mereka berkumpul secara aman menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah The Herald Tribune menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin pertubuhan telah berucap dengan begitu semangat dan memberi amaran agar KDN dan JPM mengemukakan rayuan supaya hati umat Islam tidak terguris. Majlis Raja-Raja juga diminta campur tangan bagi menangani isu ini kerana hal ehwal agama Islam menjadi kuasa mutlak Raja-Raja Melayu yang memerintah negara dan negeri ini. Sungguhpun perhimpunan ini tidak begitu ramai, semangat yang ditunjukkan oleh orang ramai mungkin suatu perhimpunan yang lebih besar diadakan jika isu ini tidak ditangani segera. Tiada kejadian buruk yang berlaku dan penunjuk-penunjuk perasaan telah beredar secara aman.Saturday, January 2, 2010
Kenyataan Media: Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan!!
Saya Muhammad Abdullah calon PKR P150 Batu Pahat ketua Penaja Bahagian Batu Pahat,Bekas Ketua Penerangan Negeri,Ketua Penerangan Angkatan Muda,Setelah berkerja keras dalam pilihanraya ke 12 dan tidak ada seorang pun ahli PKR lama yang membantu saya.Berpuluh ribu saya habiskan untuk perjuangan parti akhirnya ,segala perjuangan sia sia PKR memang pembohong,mana ada keadilan dalam parti,saya hantar surat bantahan kepada PKR Pusat kenapa Timbalan Presiden Syed Husin melantik adik beliau menjadi Ketua bahagian.Sedangkan saya ketika itu sudah ada jawatankuasa penyelaras, dan lebih menyedihkan mereka tidak menjemput ke mesyuarat bahagian.Apabila saya ke PKR Pusat ,pihak PKR telah memperdayakan saya,difahamkan bahawa setiausaha agung membuat semakan keahlian saya baru didaftarkan bulan 6 2008,sedangkan saya telah hantar borang 2005,bermakna saya bertanding tidak sebagai ahli PKR.
Katanya Parti Keadilan tetapi kalau keadilan dalaman parti untuk ahli tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimana nak adil dengan rakyat,Dasar yang dibawa oleh PKR tidak betul,pentadbiran lemah,bagaimana nak takbir Negara ?sedangkan didalam parti sendiri tiada keadilan.
Kalau parti berhaluan kiri,yang mengamalkan sosialis DAP,yang menentang Islam,bolehkah Dato Seri Anwar katakan berjuang untuk islam,sedangkan PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat kesilapan besar bergabung didalam PR yang ada golongan yang menentang Islam.
Dalam PKR sendiri mengamalkan perkauman,Orang India dan Cina ditipu,Saya tahu apa yang berlaku dalam pemilihan MPT di Kongress Nasional di Seramban,kenapa Xavier dan Sivarasa tidak dipilih,sehingga mereka dilantik.
PKR hanya memperkudakan rakyat untuk kepentingan DS Anwar,tapi DS Anwar cakap ibarat tin kosong menipu rakyat Malaysia mengenai 16 Sept akan menduduki kerajaan pada bulan puasa pun nak menipu ,taubatlah Dato Seri.
Dato Seri hanya mengejar jawatan PM,tetapi Datuk Seri tidak nampak di bawah sana ramai ahli yang menghabiskan wang ringgit demi perjuangan,Ada yang hidup merempat, ada yang dahulunya mempunyai 6 kedai tetapi kini hanya tinggal 2 kedai,ada yang bangkrap terus.
Dato Seri mengatakan mahu membela orang orang melayu,hari ini ramai orang melayu merempat dalam parti.Beginikah Perjuangan Parti Keadilan?
Saya begitu sedih melihat Pakatan rakyat sering mengadakan demonstrasi jalanan sehingga mengaku Islam tetapi tidak berakhlak sehingga menderhaka kepada Sultan,baring atas jalan,maki hamun sultan,Apakah Islam mengajar begini?
Wahai saudara saudara Islam belajarlah Kisah nabi nabi,jadikan tauladan,Islam itu cantik,jangan tunjukkan Islam itu ganas.
Kepada orang melayu,saya mengingatkan jangan pisang berbuah 2 kali , kerajaan Melaka jatuh kerana Tengku Bendahara,hari ini jangan bangsa melayu terpinggir dan merempat di negara sendiri akibat manusia rakus yang berlumba mengejar nak jadi PM,termasuk orang orang cina dan india saya merasakan demokrasi negara hampir dimusnahkan.kembalilah bersatu untuk negara tercinta.Bukan berpecah belah jadikanlah Malaysia harmoni dan dihormati kembali.
Mohammad Abdullah.
Thursday, December 31, 2009
Kes Guan Eng: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya!
"Sesiapa yang melakukan jenayah tak kira dia itu ikan bilis, ikan besar ataupun ikan yu, kita akan siasat".Itu reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas mengenai gesaan beberapa pemimpin DAP supaya polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mendakwa bekas pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.
Beliau sebaliknya berkata, kenyataan Guan Eng itu boleh menghasut serta mengelirukan orang ramai supaya membenci agensi kerajaan.
"Inkues (kematian Beng Hock) masih berjalan...Kenyataan ini satu pembohongan dan adalah menjadi satu kesalahan bercakap mengenai perkara itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Guan Eng ekoran kenyataannya pada konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Komen:
Saturday, December 19, 2009
LIM GUAN ENG SEBENARNYA MEMBESARKAN LAGI ISU PERKAUMAN!
Tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi, menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpura-pura tidak tahu peranan akhbar vernakular di negara ini.
Pakar bahasa dan perpaduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong berkata, kenyataan Guan Eng itu memperlihatkan kelicikan beliau sebagai pemimpin parti politik yang sentiasa bersedia mensensasikan sesuatu isu.
Beliau yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM menjelaskan, para pembaca akhbar di negara ini termasuk Guan Eng pasti memahami kecenderungan sesebuah akhbar vernakular memperjuangkan isu berkaitan bangsa diwakili.
"Apa yang peliknya apabila Utusan perjuangkan kepentingan Melayu seperti China Press memperjuangkan nasib Cina manakala Tamil Nesan mengutarakan isu-isu kaum Tamil?
"Tapi persoalannya mengapa Guan Eng hanya memfokus kepada Utusan Malaysia? Dia pasti sedar peranan akhbar lain yang berasaskan kaum. Ini yang dikatakan ahli politik, pura-pura tak tahu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kok Seong mengulas kenyataan Guan Eng menyamakan akhbar ini seperti penjahat yang perlu dijauhi kerana mendakwa ia sering menyiarkan artikel fitnah serta menyemarakkan sifat perkauman di negara ini.
"Lagipun, mengapa Utusan digelar sebegitu (penjahat) sedangkan semua orang yang banyak membaca tahu peranan akhbar itu memperjuangkan nasib kaum Melayu sejak sebelum merdeka lagi, ia bukan perkauman," tegasnya.
Pensyarah Pusat Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff menegaskan kenyataan Guan Eng itu tidak berasas tetapi menunjukkan sifat perkauman beliau yang menebal.
Katanya, walaupun Guan Eng mengetahui peranan akhbar ini dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan Melayu, beliau tetap mempersoalkannya.
"Inilah sikap dan persepsi pemimpin pembangkang yang akan mempersoal setiap perkara apabila tidak menyebelahi atau boleh dimanipulasi mereka.
"Utusan tidak harus tunduk kerana apa yang diperjuangkan adalah demi kepentingan Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya selagi tidak mengusik hak kaum lain," katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, Guan Eng patut mencermin diri dahulu sebelum melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif seperti penjahat.
"Guan Eng merupakan Ketua Menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang memijak atau melangkah gambar pemimpin Melayu baru-baru ini, jadi tanya dia siapa lagi jahat dan perkauman," soalnya.
Monday, December 14, 2009
Bimbang perpaduan Melayu

IPOH 13 Dis. - Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).
Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi.
''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam.
''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka.
Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindakan yang hanya akan lebih melebarkan lagi jurang perpecahan tersebut.
Tegas beliau, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.
''Manusia ini akan jadi melampau kerana mereka berasa mereka kuat. Orang Melayu mesti sedar keadaan ini.
''Jangan biarkan perpaduan kita lemah kerana terpengaruh dengan orang lain, terpengaruh dengan pujian-pujian yang ada muslihat lain," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap orang Melayu yang terlalu berlembut menyebabkan pihak-pihak berkepentingan tersebut semakin berani.
Sumber: Utusan Malaysia 14/12/09