Monday, May 26, 2008

Dato Dr. Noraesah Tidak Akan Bertanding di Bahagian Balik Pulau!!

Dato Dr Noraesah ahli MT UMNO dan calon BN yang tewas dalam PRU12 di Parlimen Balik Pulau adalah juga ahli UMNO dan AJK Bahagian Balik Pulau. Ramai pengundi belum mengenali beliau kerana beliau lebih banyak di luar Pulau Pinang dan juga sering ke luar negara. Anak watan Bayan Lepas dan mempunyai pertalian keluarga dengan PM masih nampaknya bersemangat hendak melihat perubahan berlaku dalam UMNO Bahagian Balik Pulau. Walaupun kalah tetapi beliau tetap mahu menabur bakti kepada masyarakat Balik Pulau. Hari ini bertanam kelapa mana nak dapat esok buahnya. Perlu masa untuk mendapatkan hasilnya. Tidak boleh dibiar begitu sahaja. Pokok yang ditanam tidak akan jua berbuah jika tidak disirami dengan cukup air dan baja. Insyaallah, hasil yang lumayan akan diperolehi.
Dengar-dengar cakap, beliau akan mempertahankan kedudukannya dalam MT dan tidak akan bertanding dengan mana-mana jawatan tertinggi di peringkat Bahagian Balik Pulau. Mungkin beliau tidak mahu mengganggu kawan-kawan yang telah lama berada dalam UMNO Balik Pulau. Ataupun beliau bimbang jika beliau kalah mungkin akan menjejaskan reputasinya dan kedudukannya dalam MT juga boleh tersasar! Dato' Dr. Noraesah bolehlah buat apa yang patut untuk membantu orang Melayu khususnya Wanita UMNO di Balik Pulau. Belum tiba masanya untuk bertanding di bahagian Balik Pulau. Jangan lupa! bekas ahli Parlimen Balik Pulau, Dr. Nungsari pernah kalah dengan DS Dr Hilmi!

5 comments:

Anonymous said...

Dato Noraesah berkemampuan tetapi ramai pengundi tak kenal dialahh! Betul kah dia orang Bayan Lepas. Kenalah rajin-rajin berjalan di Balik Pulau. Dia bukan calon payung terjun....cuma dia orang tak berapa kenal sahaja.

Anonymous said...

Dengar beritalah dari orang-orang Balik Pulau sendiri. Dato Noraesah team up dengan Ketua Pemuda, betulkah?

Anonymous said...

kalo la wanita2 umno ni tutup kepala pakai tudung kan cantek...cantek di mata cantik di hati..ni seme kepala bogel..dah la tu wat rambut pendek cam laki..ape la nak jd ngan islam hadari ni...huhu

Anonymous said...

pak teh pun dengar semacam sdr busu jugak, kalu lah ini terjadi bermakna bahagian balik pulau akan di rombak besar-besaran. Adakah team mereka ini akan menang? Pemimpin wanita UMNO kebanyakan tak pakai tudung itu yang mecacatkan sedikit. Ilmu tinggi-tinggi tetapi tak tahu nak guna.Datok Noraesah dah boleh dapat cucu pun masih x betudung lagi, kalau pakai pun tudung yang berfesyen nampak gak rambut.

Anonymous said...

Dato' Noraesah dari kota besar kenalah ubah sikit penampilannya. Di balik Pulau ni, orang tak berkenan dengan wanita tak pakai tudung. Betullah kata kawan2 sume di atas tu. Saya sangat setuju. Inilah yang mencacatkan sikit ketua wanita UMNO. Pemimpin adalah model kepada pengikut2.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"