Thursday, May 29, 2008

Keluhan dan Rintihan Penyokong PAS

Nama pena sebagai Jamliah dari Kuala Lumpur. Melalui ruangan Forum Utusan Malaysia pada 29 Mei 2008, beliau telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 Mei 2008 yang berbunyi, "Tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji akan menutup tempat-tempat maksiat; kilang arak dan pusat hiburan".

Jika prinsip perjuangan PAS telah ditukarkan demi Pakatan Rakyat, maka tahniah DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan rakan-rakan dalam jemaah semasa di universiti dahulu merasa tertipu. Pemimpin-pemimpin PAS dalam kaset-kaset yang diedarkan menyatakan bahawa UMNO taghut dan sekular kerana tidak menegakkan daulah Islamiah. Masih-masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata,"Undi UMNO bermakna menolak PAS. Menolak PAS bermakna menolak negara Islam. Maka tidak akan masuk syurga sesiapa yang menolak negara Islam". Ramailah anak muda terpengaruh semasa itu sehingga menimbulkan ketegangan dalam keluarga kerana krisis fahaman politik yang berbeza. Ujar beliau lagi, apakah rakyat Malaysia sudah lupa ketaksuban politik PAS terhadap UMNO pada tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu sehingga menimbulkan isu kafir mengkafir. Beliau dan rakan-rakan mahu penjelasan PAS mengapa bersekongkol dengan DAP, ekstremis kaum Cina dan PKR, gabungan Parti Sosialis dan Keadilan yang memperjuangkan supaya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Begitulah petikan sebahagian keluhan dan rintihan Jamliah yang mewakili rakan-rakannya yang mungkin penyokong kuat PAS ketika ini. Sebenarnya perjuangan PAS menjadi semakin kabur sejak berada dalam Pakatan Rakyat. PAS cuba menjadi juara kepada kaum bukan Melayu. Menyokong kerajaan Selangor dalam isu ladang ternakan babi. Calon bukan Islam telah diletakkan sebagai calon PAS dalam PRU12 yang lalu. Berdiam diri dalam isu Karpal mempertikaikan hak Sultan Perak. Pemimpin DAP sentiasa memainkan isu ketuanan Melayu, hanya pemimpin UMNO sahaja bersuara membantah tetapi di mana suara-suara Melayu PAS dan PKR? Alasan mereka berdiam kerana perjuangan mereka berasaskan Islam bukan perjuangan sempit yang berbau perkauman seperti UMNO. Oleh kerana perjuangan Islamlah, maka negeri Selangor telah mengharamkan aktiviti Islam Hadhari di masjid dan surau dan langkah itu akan diikuti oleh negeri Perak. Apakah prinsip-prinsip dalam Islam Hadhari itu bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Berdosakah rakyat yang mengikuti pendekatan Islam Hadhari? Sebenarnya pemimpin PAS cuba mengelirukan rakyat. Hanya kerana Islam Hadhari itu diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Presiden UMNO. Sebaliknya pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan cadangan projek ternak babi besar-besaran kerana datangnya dari rakan DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Perjuangan PAS semakin kabur dan mungkin tenggelam sedikit demi sedikit dalam ideologi PR yang didominasikan oleh PKR dan DAP.

3 comments:

Anonymous said...

Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam masuk UMNO. Dan ramai lagi pemimpin PKR akan mengikut jejak Ezam. Mereka sepatutnya bersama dengan PKR yang berada dipuncak kuasa. DSAI bakal PM menggantikan Pak Lah. Mengapa pula mereka ini bertindak keluar dari PKR? Fikir sendiri laa!!!!

Tai said...

Selalunya encik, orang yang selalu sangat dok kutuk orang lain, segala yang dikutuk tu, mai kat dia balik. macam tu jugaklah dengan Pas. Apa dia kata kat Umno dulu, la ni, mai kat dia balik.

Saya hairan jugak parti pembangkang kata, akhbar dan media arus perdana asyik dok puji kerajaan. Pada saya, tu biasa. kalau depa jadi kerajaan, adakah depa boleh jamin akhbar dan media akan bertindak adil? Saya rasa, memang akan jadi dua kali lima jugak. Adakah akhbar dan media pembangkang puji BN? Ha, kita boleh tengok la ni.

Anonymous said...

Sebenarnya pemimpin PAS tahu bahawa tidak ada kekurangan apa-apa dalam Islam Hadhari. Ianya cuma satu pendekatan sahaja, bukan satu agama Islam yang baru. Oleh kerana Islam Hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah dan Pak Lah itu adalah Presiden UMNO, maka Islam Hadhari itu diharamkan oleh mereka. Islam sebenarnya sama untuk semua umat manusia. Baik dia dari PAS ataupun UMNO. Tetapi kerana politik, orang UMNO dituduh kafir suatu masa dulu kerana bersubahat dengan MCA dan MIC kerana bukan Islam...kita sendiri malulahhh kepada kaum lain.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"