Saturday, May 31, 2008

Penyokong PKR dan PAS perlu sedar!

Semakin ramai pemimpin PKR akan menjadi ahli UMNO. Pemimpin-pemimpin kanan PKR telah menyatakan pendirian mereka secara ikhlas untuk kembali kepada UMNO. Kebanyakan mereka adalah orang kuat DS Anwar Ibrahim. Selepas kemasukan Sdr Ezam kepada UMNO, lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR akan mengikuti jejaknya. Mengapa peralihan ini berlaku?
Penyokong-penyokong dan ahli-ahli PKR khususnya orang-orang Melayu sepatutnya sudah lama menyedari bahawa PKR adalah sebuah parti yang 'hidup' atas prinsip perjuangan yang tidak jelas dan konsisten. Prinsip yang boleh berubah-ubah mengikut situasi dan isu semasa. Parti pelbagai kaum yang perjuangannya untuk semua. Tidak sebenar-benarnya berjuang untuk orang Melayu semata-mata dan juga bukan untuk orang Cina serta India. Bijak memainkan isu terutama menjelang pilihanraya yang lalu. Perhimpunan 'BERSIH' dan HINDRAF yang hampir menggugat keselamatan negara sebaliknya mendapat simpati sebahagian rakyat. PKR dengan sokongan PAS dan DAP mendapat kejayaan besar dalam PRU12 yang lalu.
Sebenarnya pembangkang berjaya memanupulasi isu sehingga pemimpin UMNO dapat digambarkan sebagai pemimpin yang jijik, tidak islamik, korupsi, kronisme, kejam dan sebagainya. Tuduhan yang tidak berasas dan fitnah terhadap UMNO dan pemimpin UMNO seperti perkara biasa kepada penceramah-penceramah dari parti pembangkang termasuklah PAS. Di atas mimbar masjid dan surau, kadang-kadang tergamak mereka ini menjadikannya sebagai pentas politik. Kuliah maghrib di surau-surau bertukar menjadi kuliah politik. Ustadz-ustadz PAS tidak segan dan takut kerana mereka yakin bahawa apa yang mereka berkata itu adalah benar. Ruangan ini akan mendedahkan banyak kesilapan pemimpin PAS dan PKR insyaallah. Tunggu!!

8 comments:

Tai said...

harap depa cepat sedaklah. Ingatlah no, jangan biarkan tanah melayu tergadai pada bangsa asing.

Anonymous said...

Ezam masuk UMNO kerana ada habuan, komen dari penyokong pembangkang. Begitulah gambaran kotor terhadap UMNO. Seolah-olah pemimpin UMNO tidak bermoral, tidak beretika, korupsi dan sebagainya. Terang-terangan DSAI menyatakan kira-kira 30 orang ahli parlimen akan keluar BN tidak lama lagi. MP dari Sabah telah mendedahkan bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang cukup lumayan. Tidak pula mereka nak bercakap, masing-masing diam. Wahai penyokong-penyokong PKR dan PAS, perjuangan politik berretorik tidak ke mana. Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segalanya. Perjuangan Islam PAS pun sudah kabur kerana nak jaga semangat Pakatan Rakyat. Konsep Islam Hadhari DIHARAMKAN. Apakah prinsip-prinsip dalam Islam Hadhari itu bertentangan dengan al-Quran dan Hadis? Jangan politikkan perkara yang memberi kebaikan kepada umat Islam. Yang merosakkan umat Islam dan bukan perjuangan islam seperti pembinaan ladang ternak babi dan lesen kelab malam, arak dan sebagainya eloklah diharamkan! Konsep islam hadhari itu lebih bahaya dari projek ternakan babi??

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..

ada 5 motif ezam masuk UMNO. lihat website abe MIE

pkrpasdap.blogspot.com

kata ibrahim ali- bebas,PAS. Tukar politik bukannya tukar agama.

Anonymous said...

skrg ni bkn pembangkang yg burukkan pemimpin umno..tp pemimpin2 umno sendri yg memburukkan diri sendiri dan 'sahabat2` dierg...tak ke bodoh tu..tu tak termasuk pemimpin umno yg makan duit rakyat..yg bini rambut berjambul2..anak2 minum arak seme...

islam hadari mgkn isinya tak salah...tp tgk la malaysia yg berislam hadari ni...maksiat kat luar makin banyak...anak dara dah tak tutup aurat...mak dara makin seksi2...drama2 tv tak islamic lansung...itu la islam hadari...

jika btol islam hadari ni utk ketamadunan...tp hakikatnya..orang2 islam di malaysia makin tak bertamadun...pk2 kan la..

Allah hu akbar..di sisi Allah hanya ada Islam..bkn Islam hadari...imam syafie yg warak pun tak buat Islam syafie..tp paklah yg bininya kepala bogel..sebuk dgn islam hadari yg ala kadarnya...

Tai said...

Mereka haramkan islam hadhari. Mereka luluskan projek babi. Bila ditanya, mereka jawab, projek babi ni kerajaan yang start dulu.

Sekarang PR dah berkuasa. kenapa mesti teruskan? Kenapa tak haramkan?

Anonymous said...

Saudara Syuxxx setuju bahawa Islam Hadhari itu memng baik untuk umat manusia. Cuma orang UMNO sendiri tak Islam Hadhari. Beginilah, jawabnya. Sebenarnya semua baik dan tak siapa pun mahu masalah yang berlaku kepada anak bangsanya. Kita mesti akui pula tidak semua pemimpin kita mahupun dalam UMNO juga PAS yang sempurna sifat dan perilakunya. Ada juga pemimpin PAS, ceramah sana sini tapi anaknya tak ketahuan jugak. Ada ustadz terlibat dengan kes khalwat. Oleh itu nak bercakap buruk orang memang banyak. Apa yang perlu, semua pihak malahan sdr juga perlu main peranan. Bukan setakat bersuara atau bercakap sahaja. Dasar kerajaan semakin bertambah baik. Isteri Pak Lah mulai pakai tudung sikit nampak rambut masih ada. Tapi tak apalah asalkan mahu berubah. Insyaallah bila sdr kritik lagi mudah-mudahan nanti dia pakai purdah. Pembangkang asyik menghentamkan kerajaan. Apa yang dah dia buat di Kelantan? Lebih teruk lagi dari negeri lain. Cuma rakyat Kelantan sayangkan Tok Guru Nik Aziz. Maksiat di sana pun berlaku walaupun sudah 20 tahun PAS memerintah. Rakyat masih miskin, kedai arak masih ada jadi apa kita nak kata. Oleh itu sebagai bangsa Melayu kita sama-sama berusaha untuk ke arah kebaikan. Buangkan sifat slah menyalah dan tuduh menuduh serta hina menghina antara kita. Bangsa lain khususnya Cina tiada masalah pun. Sebab mereka bersatu. Bilangan penagih, maksiat, buang anak dan sebagainya kita yang banyak. Pengaruh apa TV, Media, Internet apa lagi. Mengapa anak Melayu sahaja jadi juara? Mereka semua ada tetapi kenapa anak mereka tidak seperti kita. Jadi saya berharap sdr

abe MIE 'TERJAH' said...

haramkan islam hadhari...

halalkan Projek Khinzir Raksaksa-PKR

ini lah yang berlaku di selangor

pkrpasdap.blogspot.com

Tai said...

Ha sekarang, siapa nak jawab? Semua dah kena tipu.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"