Bangsa Melayu dan Agama Islam akan kuat jika PAS dan UMNO dapat bersatu

Wednesday, July 15, 2009

BARU SETAHUN JAGUNG PENTADBIRAN NEGERI PR!!!!!

Dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai penglibatan salah seorang Exco dengan kumpulan kongsi gelap dan pelbagai lagi aktiviti haram membuktikan kelemahan barisan Exco kerajaan Negeri Selangor.

Bekas MB Selangor Dato' Mohd Khir Toyo persidangan DUN berkata, ''Saya tidak mahu terlibat dalam pertelagahan di antara mereka. Namun, saya melihat Exco yang ada ketika ini tidak melaksanakan tanggungjawab membangunkan negeri termasuk gagal menghormati peraturan serta undang-undang.

''Jadi lebih baik buat rombakan, bagi orang lain pula jadi Exco,'' katanya ketika ditemui selepas sesi tengah hari Sidang Dewan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Choo Keong yang membuat dakwaan tersebut dalam blognya, http://weechookeong.blogspot.com bagaimanapun tidak menamakan individu berkenan.

Beliau mendakwa Exco terbabit menggunakan pejabatnya untuk mengadakan pertemuan dengan individu-individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

Dalam pada itu, Mohd. Khir memberitahu, berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bilangan pusat urut dan judi di Selangor semakin meningkat daripada 700 kepada 4,000 ketika ini.

Beliau menegaskan, pertambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah membekukan lesen baru premis berkenaan sejak 2006.

''Berbeza dengan semasa pentadbiran BN dulu, ada premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan tindakan juga turut diambil.

''Sekarang saya nampak premis tanpa lesen ini semakin bertambah, seolah-olah tiada tindakan yang diambil,'' ujarnya.

Saturday, July 11, 2009

MELAYU DAN ISLAM SEMAKIN TERSISIH DI PULAU PINANG!!!!



Bukan nak mengapi-apikan semangat perkauman tetapi orang Melayu perlu sedar bahawa di bawah pentadbiran kerajaan negeri DAP dan Pakatan Rakyat, kepentingan orang Melayu telah sedikit demi sedikit semakin terhakis. Ini berpunca kerana PAS dan PKR tidak mempertahankan kepentingan Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Cuba anda perhatikan apa yang telah berlaku?









1.
Jawatan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Semasa BN: 4 ex
co Melayu
Semasa PR: 2 exco Melayu
Ada 4 exco penting diberikan kepada UMNO - Tanah, Perumahan, Belia dan Pertanian.

2. Yang DiPertua MPPP:
Semasa BN: Dato' Zainal Rahim Bin Seman
Semasa PR: Sr. Tan Cheng Chui, AMN, BCN, PKT, PJK

3. Kuota Rumah Kos Rendah:
Semasa BN: 80 - 100% untuk Melayu
Semasa PR: 45% shj untuk Melayu, 45% untuk Cina dan 10% untuk India

4. Surau untuk Projek Perumahan:
Semasa BN: Tapak Surau akan disediakan oleh Pemaju
Semasa PR: Tapak Surau tidak lagi disediakan oleh Pemaju

5. Pentadbiran kerajaan negeri:
Semasa BN: Tiada polisi mengurangkan pengambilan anak2 bukan Melayu
Semasa PR: Ada polisi nak seimbangkan pelbagai kaum.

6. Bahasa Rasmi:
Semasa BN: Mesyuarat dipengerusikan oleh exco menggunakan Bahasa
Malaysia secara rasmi dalam mesyuarat
Semasa PR: Ikut suka kadang-kadang menggunakan BI sepenuhnya.

7. Papan Tanda Jalan:
Semasa BN: Gunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
Semasa PR: Gunakan semua bahasa kerana rakyat Malaysia berbilang kaum.

8. Dasar Ekonomi Baru (DEB):
Semasa BN: DEB diteruskan untuk kepentingan semua kaum.
Semasa PR: DEB dihapuskan.

9.
Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang
Semasa BN: DAP menjadi dalang dalam bantah penduduk.
Semasa PR: DAP minta Kerajaan Persekutuan teruskan.

10. Isu Kg. Buah Pala:
Semasa BN: DAP janji akan kembalikan tanah itu kepada rakyat.
Semasa PR: Salahkan kerajaan BN dahulu.

11. Kampung Tradisional Daerah Barat Daya
Semasa BN: 14 kampung dijadikan Kampung Tradisional.
Semasa PR: 3 kampung sahaja; 2 kampung Melayu dan 1 kampung Cina

12. Isu Pusat Hiburan
Semasa BN: DAP, PKR dan PAS akan kurangkan bilangan Pusat Hiburan
Semasa PR: Semakin bertambah, Pusat Siber Kafe dan kedai biasa menjual
nombor ekor secara haram semakin bertambah.

13. Projek Perumahan
Semasa BN: DAP/PAS/PKR akan membina projek perumahan untuk rakyat
Semasa PR: Tiada projek untuk perumahan rakyat dibina sebaliknya projek
perumahan mewah naik bagai cendawan.

14. Banner/kain rentang
Semasa BN: Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rasmi.
Semasa PR: Ada tiga bahasa BM, Cina dan Tamil digunakan.

15. Gerai-gerai niaga
Semasa BN: Masih terkawal di tepi-tepi jalan raya dan kawasan perumahan.
Semasa PR: Gerai-gerai niaga di bina di merata-rata tempat tanpa kawalan lagi

16. Isu Orang Melayu Pulau Pinang
Semasa BN: Kerap dibincangkan melalui seminar/bengkel dan sebagainya.
Semasa PR: Tiada parti (kecuali UMNO) dalam PR yang membincangkannya.

17. Sewaan kemudahan milik kerajaan tempatan
Semasa BN: Sewa Dewan Sri Pinang dan Stadium Bandaraya agak murah.
Semasa PR: Kadar sewaan terlalu tinggi.

18. Projek kecil/besar kerajaan negeri Pulau Pinang.
Semasa BN: Banyak projek kecil/besar kerajaan negeri diadakan untuk
membantu kontraktor Melayu.
Semasa PR: Hanya projek-projek kecil dan sangat terhad.

19. Nasib kontraktor kecil
Semasa BN: Sangat lumayan kerana banyak projek dari kerajaan negeri dan
kerajaan persekutuan.
Semasa PR: Jadi miskin kerana kontraktor begitu ramai sedangkan projek dari
kerajaan negeri tidak banyak.

20. Janji Pilihanraya
Semasa BN: Pembangkang berjanji kepada rakyat jika menang akan menolong
rakyat.
Semasa PR: Hanya tinggal janji. Paling mudah, pengistiharan harta exco-exco
dan wakil rakyat PR sudah lebih setahun belum lagi dilaksanakan.

Inilah yang sempat dimaklumkan kepada rakyat Pulau Pinang terutama orang-orang Melayu yang masih 'terlena dan bermimpi' dengan sogokan kata-kata enak YAB Tuan Lim Guan Eng yang sentiasa mengikuti dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dengan berkonsepkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Pemimpin-pemimpin PAS selaku rakan karib dalam Pakatan Rakyat perlu mempertahankan dasar perjuangan Islamnya. Bagaimana tapak surau tiada lagi disediakan oleh pemaju perumahan semasa pentadbiran PR? Kenapa PAS berdiam dan kenapa UMNO pula boleh meminta pemaju menyediakan tapak surau melalui pentadbiran kerajaan BN sebelum ini? Apakah benar kata TG Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam? Jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam di Malaysia ini, Timbalan Perdana Menteri YB Tan Sri Muhyiddin Yasin minta kepimpinan PAS menjelaskan kepada rakyat apakah sumbangan PAS selama ini termasuk di Kelantan yang diperintah melebih 2 dekad lamanya?

Tuesday, July 7, 2009

APA KATA LIM GUAN ENG EKORAN KRISIS POLITIK MALAYSIA HARI INI!!!


AKU, LIM GUAN ENG, SETIAUSAHA DAP PUSAT, PARTI YANG BERJUANG UNTUK KEADILAN BAGI SEMUA KAUM, KITA HAPUSKAN DEB KERANA DEB HANYA UNTUK ORANG MELAYU, KITA HAPUSKAN KUOTA KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI KERANA KUOTA ITU MENGUTAMAKAN ANAK-ANAK MELAYU, PAPAN-PAPAN TANDA JALAN RAYA BUKAN SAHAJA BAHASA MELAYU TETAPI KITA MASUKKAN JUGA BAHASA CINA DAN TAMIL BILA ADA BANYAK BAHASA BARU MELAMBANGKAN KONSEP 'MALAYSIAN MALAYSIA'. MALAYSIA INI BUKAN NEGARA UNTUK ORANG MELAYU SEPERTI KATA PENASIHAT UMUM PKR, DATO SERI ANWAR IBRAHIM. BAPA SAYA, LIM KIT SIANG SELAKU PENGERUSI DAP PUSAT JUGA LAYAK JADI PM MENGGANTIKAN DATO' SERI NAJIB. KUOTA RUMAH KOS RENDAH DI PULAU PINANG MASA BN DULU MENGUTAMAKAN BUMIPUTERA. KERAJAAN BN DULU BERI KUOTA RUMAH KOS RENDAH ANTARA 80 - 100% KEPADA BANGSA MELAYU. INI TIDAK ADIL KEPADA KAUM-KAUM LAIN. OLEH ITU DI BAWAH PEMERINTAH SAYA YANG MENGAMALKAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ, SAYA MAHU KUOTA UNTUK RUMAH KOS RENDAH DIUBAH KEPADA 40% MELAYU, 40% CINA, 10% INDIA DAN 10% LAIN-LAIN BANGSA. ORANG MELAYU DI PULAU PINANG SEPATUTNYA SOKONG DASAR PEMERINTAHAN KITA YANG MENGIKUTI JEJAK PEMERINTAH KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ. KITA NAK TOLONG ORANG MELAYU DI BANDAR-BANDAR BESAR DENGAN MEMBERI KUOTA 40% ORANG MELAYU UNTUK MEMBELI RUMAH-RUMAH MEWAH DAN APARTMENT SERTA RUMAH-RUMAH KEDAI DI BANDAR BESAR SEPERTI I GEORGETOWN DAN BAYAN BARU. SUATU HARI NANTI JUMLAH ORANG-ORANG MELAYU DI BANDAR-BANDAR BESAR KIRA-KIRA 40% JUGA. PERCAYALAH DAP MEMBELA NASIB RAKYAT. SEDANGKAN BN TIDAK PERNAH MEMBELA NASIB RAKYAT. DAN APA SALAHNYA WANG ZAKAT JUGA DIAGIH-AGIHKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUK INDIA DAN CINA. KERAJAAN BN TIDAK ADIL KEPADA SEMUA KAUM DARI SEGI PENYEDIAAN TAPAK RUMAH IBADAT. KITA TIDAK AKAN SEDIAKAN LAGI TAPAK UNTUK SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KERANA PEMERINTAHAN DAP MAHU ADIL KEPADA SEMUA KAUM. JIKA RAKYAT HENDAK TAPAK RUMAH IBADAT KENALAH CARI SENDIRI. CUBA LIHAT KAKITANGAN KERAJAAN KEBANYAKANNYA ANAK-ANAK MELAYU, KENAPA? KERANA KERAJAAN BN TIDAK ADIL. UNTUK KEADILAN KEPADA SEMUA KAUM, PEMERINTAHAN DAP YANG MENGAMALKAN 'C.A.T' AKAN MEMASTIKAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI TIDAK LAGI MAJORITINYA ANAK MELAYU. ANAK CINA DAN INDIA MESTI SAMA BANYAK DENGAN ANAK MELAYU SEBAGAI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI. PERJUANGAN DAP UNTUK MEMERINTAH NEGERI PULAU PINANG INI TELAH BERJAYA. KEJAYAAN INI KERANA SOKONGAN KUAT BUKAN SAHAJA DARI KAUM CINA TETAPI JUGA DARI ORANG-ORANG MELAYU YANG CINTAKAN KEADILAN. DAP AMAT GEMBIRA DAN RASA BANGGA KERANA RAMAI ORANG-ORANG MELAYU BOLEH MENERIMA PERJUANGAN DAP. KITA MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA INI KERANA BUKAN ORANG ISLAM SAHAJA YANG MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA MALAHAN KAUM LAIN JUGA ADALAH RAKYAT MALAYSIA. KAMI PEMIMPIN DAP RASA GEMBIRA BAHAWA PEMIMPIN PAS BERSAMA KAMI. MEREKA (PEMIMPIN PAS) MENOLAK) KONSEP NEGARA ISLAM ALA UMNO/BN, MEREKA MEMPERTIKAIKAN KONSEP ISLAM HADHARI YANG DIPERKENALKAN OLEH PAK LAH. MALAHAN MEREKA TIDAK BERANI LAGI BERCAKAP PASAL NEGARA ISLAM BILA KARPAL SINGH MENCABAR MEREKA, "LANGKAH MAYAT AKU DULU, JIKA NAK TUBUH NEGARA ISLAM". MULAI HARI ITU PEMIMPIN PAS TIDAK SEBUT LAGI DALAM KEMPEN MEREKA MENGENAI NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD. ITULAH KEJAYAAN BESAR PEMIMPIN DAP. PEMIMPIN DAP TIDAK TAKUT KEPADA SESIAPA PUN. SEBALIKNYA YANG MENENTANG ISLAM BUKAN LAGI DAP SEBALIKNYA UMNO, DAKWAAN PEMIMPIN PAS SENDIRI. MALAHAN UMNO DIANGGAP SAMA SEPERTI KOMUNIS, SAMA SEPERTI AJARAN SESAT AYAH PIN KERANA UMNO MENOLAK ISLAM. KAMI PEMIMPIN DAP AMAT MERASA BANGGA KERANA MEMPUNYAI SEMANGAT PAKATAN YANG CUKUP KUAT SEPERTI PEMIMPIN PAS TERUTAMA TOK GURU NIK AZIZ. TOK GURU NIK AZIZ SENDIRI MENOLAK KERAS KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO SEBAB TOK GURU NIK AZIZ SANGAT SAYANG KEPADA KEPIMPINAN DAP TERUTAMA DAP PULAU PINANG YANG MENGAMALKAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ. CADANGAN PRESIDEN PAS SENDIRI PUN DIA TOLAK KERANA PERPADUAN DALAM PAKATAN RAKYAT KATA TOK GURU NIK AZIZ, LEBIH BAIK DARIPADA PERPADUAN DENGAN UMNO. SEBENARNYA APA YANG BERLAKU ADALAH KEJAYAAN BESAR KAMI (DAP DAN PKR) KERANA KAMI MENUNGGU KEJATUHAN BESAR ORANG-ORANG MELAYU DI MALAYSIA INI. PAS TIDAK MEMPERJUANGKAN ORANG MELAYU KERANA MELAYU DALAM PAS TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. BAGI DAP DAN PKR PULA, KAMI MEMPERJUANGKAN HAK SEMUA RAKYAT, SEMUA KAUM DI MALAYSIA. SYUKURLAH, PEMIMPIN BESAR PAS TELAH MENOLAK USAHA KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO. TETAPI KAMI MASIH TAK BERPUAS HATI KENAPA PULA, PEMUDA PAS PUSAT MEMBUKA RUANG UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PEMUDA UMNO PUSAT. KAMI MESTI MENENTANG USAHA INI KERANA JIKA PERJUMPAAN INI DIBIARKAN BERLANGSUNG SUATU HARI AKAN MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN PENYATUAN MELAYU AKAN TERLAKSANA JUGA. JIKA MELAYU DAN ISLAM BERSATU, KEDUDUKAN BUKAN ISLAM AKAN TERJEJAS. WALAU BAGAIMANAPUN TERIMA KASIH KERANA SETAKAT INI RAMAI ORANG MELAYU MENYOKONG DAP TIDAK LAGI MENYOKONG UMNO. ORANG MELAYU SENDIRI MAHU MELIHAT UMNO HANCUR DAN MEREKA SANGAT YAKIN BAHAWA KAMI PEMIMPIN DAP LEBIH BAIK DAN LEBIH ISLAMIK DARI PEMIMPIN UMNO. BIARKANLAH......ORANG MELAYU SEMAKIN LAYU. ORANG MELAYU SOKONG PAS JANGAN BIMBANG KERANA SYIAR ISLAM AKAN TERUS BERKEMBANG TANPA BANGSA MELAYU. PERCAYALAH KAMI PEMIMPIN DAP TETAP BERSAMA PAS TETAPI KAMI TAK MAHU NEGARA ISLAM SAHAJA.

Friday, July 3, 2009

KRISIS KEYAKINAN DAN KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT!!!

PENGERUSI PKR NEGERI PULAU PINANG, DATO' ZAHARIN TELAH MENGKRITIK DAN MENYINDIR KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG BERKAITAN KES PEMECATAN JOHARI KASSIM DAN PENDUDUK KG. BUAH PALA. DATO' ZAHARIN DENGAN PERASAAN KECEWA MENYINDIR LIM GUAN ENG YANG SEBENARNYA TIDAK MENGAMALKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEPERTI YANG DIPERKATAKANNYA. LIM GUAN ENG PERLU MENDENGAR TERLEBIH DAHULU BERHUBUNG KES PEMBOIKOTAN MAJLIS PERLANTIKAN YDP MPSP. OLEH ITU DATO' ZAHARIN MEMINTA LGE MENIMBANG SEMULA TINDAKAN MEMECAT JOHARI KASSIM.
BERKAITAN DENGAN ISU PENDUDUK KG. BUAH PALA, GELUGOR DATO ZAHARIN TELAH MEMAKLUMKAN BAHAWA ISU BERKENAAN TIDAK SEPATUTNYA LGE MENYERAHKAN KEPADA EXCO-EXCONYA. BELIAU SEPATUTNYA TURUN SENDIRI BERJUMPA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG BERKENAAN. LGE DIKATAKAN BOLEH MENGHALANG PIHAK PEMAJU MENERUSKAN TINDAKAN MEROBOH RUMAH-RUMAH PENDUDUK KAMPUNG BERKENAAN.
APA DAH NAK JADI DENGAN PAKATAN RAKYAT? DI KEDAH PEMIMPIN DAP KEDAH TELAH MENGISYTIHARKAN MENINGGALKAN PAKATAN RAKYAT. AHLI DUN DAP AKAN MENGISYTIHARKAN DIRINYA SEBAGAI AHLI BEBAS DALAM DUN KEDAH. DI PULAU PINANG PULA PEMIMPIN PKR DAN DAP MULAI BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DALAM BEBERAPA ISU.YANG TERKINI SEORANG AHLI PARLIMEN JELUTONG DARI DAP TELAH MENDAKWA BAHAWA SERANG AHLI MAJLIS MPPP DARI PKR TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASANYA. MANAKALA AHLI PARLIMEN
LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH ANWAR (PKR) MENGHADAPI DUA LAPORAN POLIS BERHUBUNG DAKWAAN BELIAU KONONNYA KEBAKARAN DI KAWASAN SETINGGAN BUKIT KERINCHI BARU-BARU INI DIRANCANG PIHAK TERTENTU. LAPORAN ITU DIBUAT SECARA BERASINGAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO LEMBAH JAYA, ZAILANI ABU BAKAR DAN TIMBALAN YANG DIPERTUA GABUNGAN PELAJAR MELAYTU SEMENANJUNG, MOHD NAZRI ABDUL RAHMAN DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH BRICKFIELDS JAM 3 PETANG TADI.
POLITIK MALAYSIA HARI INI NAMPAK SUNGGUH KALUT SEKALI SEJAK PAKATAN RAKYAT MEMENANGI BEBERAPA NEGERI. PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TIDAK BERSEPENDAPAT DALAM ISU-ISU TERTENTU. MUNGKIN KELAHIRAN PAKATAN RAKYAT HANYA KERANA UNTUK MEMERINTAH. PERSEPAKATAN YANG AMAT RAPOH TIDAK SEPERTI MANA KESEPAKATAN YANG JITU DI KALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI DALAM BARISAN NASIONAL MISALNYA, IDEA PRESIDEN PAS, HAJI HADI MENGENAI PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN DITENTANG KUAT OLEH TG NIK AZIZ. KARPAL SINGH PERNAH MENGKRITIK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN DAN KINI LEBIH KALUT BILA BERLAKU PULA PERTELAGAHAN ANTARA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT. DAP DENGAN PAS DI KEDAH DAN PKR DAN DAP DI PULAU PINANG.
PARA PENYOKONG DAN PENGUNDI-PENGUNDI PAS, PKR DAN DAP PERLU MENILAI SEJAUHMANAKAH KEMAMPUAN PR MENANGANI MASALAH RAKYAT SEDANGKAN PAKATAN RAKYAT TERUS MENGHADAPI KRISIS KEYAKINAN DAN KEPIMPINAN? KRISIS SEUMPAMA INI TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM BN. MAKA PEMIMPIN UMNO, MCA, MIC DAN LAIN-LAIN BOLEH MEMBERI TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN RAKYAT SEPERTI YANG DIRANCANGKAN OLEH KERAJAAN BN.

Thursday, July 2, 2009

DAP LEBIH BERANI DARIPADA PAS?

DI KEDAH, DAP ISYTIHAR KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT KERANA KERAJAAN NEGERI KEDAH PIMPINAN PAS MENGABAIKAN KEBAJIKAN BUKAN MELAYU. DAP BEGITU TEGAS DALAM MEMPERJUANGKAN HAK BANGSA KAUM BUKAN MELAYU KHUSUSNYA KAUM CINA. DAP NEGERI KEDAH TIDAK BERPUAS HATI APABILA MBAS MENGAMBIL TINDAKAN MEROBOH RUMAH SEMBELIHAN BABI. DIFAHAMKAN JUGA BAHAWA SEBELUM ITU, TINDAKAN MEROBOH KUIL DAN TOKONG TELAH BERLAKU DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH. KERAJAAN PAS KEDAH PUN TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENGAMBIL TINDAKAN MEROBOH RUMAH-RUMAH IBADAT ITU. MESTI ADA SEBAB YANG SANGAT MUNASABAH YANG MEMBOLEHKAN TINDAKAN ITU DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA.
ORANG-ORANG MELAYU SAMA ADA UMNO ATAU PAS TERUTAMA YANG BELUM SEDAR, PERLU BELAJAR DISEBALIK KEJADIAN INI. DAP SANGAT TEGAS DAN BERANI. DAP TIDAK TAKUT BERTINDAK KELUAR DARI PAKATAN KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI BAWAH PIMPINAN PAS. DAP TIDAK TAKUT MENINGGALKAN PAS DAN PKR JIKA PERJUANGAN SUDAH TIDAK SEIRING DAN SEJALAN.
TETAPI PEMIMPIN PAS TIDAK SEPERTI DAP. PEMIMPIN PAS TAKUT MENINGGALKAN PAKATAN WALAUPUN HASRAT PEMIMPIN PAS UNTUK MEWUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BAIK UNTUK KEPENTINGAN ISLAM DAN ORANG MELAYU. PEMIMPIN PAS SANGGUP MENGGADAIKAN PRINSIP PERJUANGAN YANG SUCI DEMI UNTUK MENJAGA HATI KAWAN-KAWAN DALAM PAKATAN RAKYAT. DI SEBALIKNYA PEMIMPIN PAS SANGGUP MENABUR FITNAH TERHADAP PIHAK LAWAN YANG DITUDUH PUNCA PERPECAHAN DALAM PAS DAN PAKATAN RAKYAT.
PEMIMPIN PAS SANGGUP BERDEBAT DENGAN PEMIMPIN UMNO TETAPI TIDAK UNTUK BERMUZAKARAH. KENAPA PAS MAHU BERDEBAT DENGAN UMNO? SEPATUTNYA TG NIK AZIZ BERDEBAT DENGAN KARPAL SINGH DAHULU SUPAYA PAKATAN RAKYAT DAPAT MENERIMA PERJUANGAN PAS UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM. TG NIK AZIZ TIDAK BIMBANG DENGAN DAP DALAM PERJUANGANNYA. TETAPI PAS SANGAT BIMBANG DENGAN UMNO KERANA UMNO DIKATAKAN SEPERTI KOMUNIS DAN SESAT SEPERTI AJARAN AYAH PIN.
KENYATAAN TUAN-TUAN GURU NIK AZIZ DAN HAJI HADI KEBELAKANGAN INI AMAT MENGELIRUKAN DAN KADANG-KADANG TIDAK MUNASABAH. RAKYAT HARI INI BUKAN BODOH DAN BOLEH DIPERBODOHKAN. RAKYAT DIKELIRUKAN, TGNA MAHU BERDEBAT DENGAN PM TETAPI DIA MENENTANG KERAS UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN UMNO. YANG MANAKAH MENJADI KEUTAMAAN DALAM AJARAN ISLAM. SEBELUM INI PUN RAKYAT TELAH KELIRU, DENGAN CARA BERDEMONTRASI DI JALANAN SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG-PENYOKONG PAS. MENAHAN KERETA RAJA MUDA PERAK DAN MENJERIT-MENJERIT SEPERTI ORANG TIDAK SIUMAN. BANYAK RAKYAT MULA BERCAKAP BAHAWA TGNA BUKAN LAGI ULAMAK SEBALIKNYA BELIAU ADALAH AHLI POLITIK. WALLAHUALAM.

Wednesday, July 1, 2009

LIM GUAN ENG MENGHILANGKAN DIRI!!!!

Lebih 200 penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor telah berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang semalam. Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini. Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.
Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan' sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun berjumpa dengan mereka.
Yang turun bukan Ketua Menteri tetapi Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik yang memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.
Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung. "Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung". Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?
"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka. Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.
Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.

Friday, June 26, 2009

MAJLIS SYURA ULAMA PAS HANYA PENYEDAP TELINGA?

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

"Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 23 April, 2008 mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia."

Kami orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak faham dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 23 April 2008 yang lalu. Apakah keputusan PAS menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dizahirkan oleh Presiden PAS sendiri itu tidak menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia? Bukankah TG Hj Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS dan Ustaz Nasharuddin itu adalah Timbalan Presiden PAS? Kenapa cadangan mereka ditolak oleh TG Nik Aziz dan Majlis Syura Ulama PAS juga akhirnya bersetuju dengan Nik Aziz. Apakah Majlis Syura Ulama PAS takut kepada TG Nik Aziz?
Dan apakah pula dengan menolak kerjasama dengan UMNO dan sebaliknya bersama dengan DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS yakin boleh menyatupadukan umat Islam? Jawab cukup mudah bang ooiii! Tak mungkin tak tahu jika 1+1 sama dengan apa?

Didapati,
UMNO = 98% Melayu + 2% B/putra + 98% Islam
PKR = 40% Melayu + 30% Cina + 30% India
DAP = 98% Cina + 2% India
PAS = 98% Melayu + Islam + 2% Bukan Melayu
Oleh itu,
UMNO = Majoriti 98% Melayu = Islam
PKR = Majoriti 60% Bukan Melayu
DAP = Majoriti 98% Cina
PAS = Majoriti 98% Melayu/100% Islam

Kesimpulannya;
PAS bersama UMNO = Melayu dan Islam akan bertambah kuat
PAS bersama DAP dan PKR = Melayu dan Islam akan bertambah lemah



Wednesday, June 24, 2009

KECEWA KERAJAAN PERPADUAN DITOLAK!!!!

Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu.

“Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

“Mereka (Pas) tidak fikir tentang agenda orang Melayu atau Islam. Saya lihat Pas kini sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam yang dihormati, tetapi hanya mahu berpolitik lebih daripada perjuangan asalnya.

“Lebih aneh, mereka menyalahkan UMNO pula kerana cuba mengeksploitasi isu ini. Setahu saya, cadangan ini datang daripada mereka (Pas). Ini ibarat ‘hujan naik ke langit’ pula,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun yang turut kesal dengan kegagalan kerajaan perpaduan itu berkata, keadaan orang Melayu kini tidak boleh dibanggakan sangat.

Katanya, kaum itu perlu berbuat sesuatu untuk bersatu bagi mencapai kemajuan dalam segala aspek.

“Tetapi, apabila ada usaha seperti ini yang boleh memberi makna besar kepada perpaduan orang Melayu, ada pula yang seperti mahu ia tidak dilaksanakan,’’ katanya.

Katanya lagi, ini menunjukkan bahawa Pas terus tunduk dengan arahan dan kata-kata DAP yang sesekali tidak akan membenarkan orang Melayu bersatu-padu.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad pula berkata, sikap Pas yang berdolak-dalik dalam isu tersebut amat dikesali kerana ia merugikan orang Melayu sendiri.

“GPMS yakin rakyat telah jelas dan faham tentang permainan politik Pas sejak dulu lagi. Kita percaya rakyat akan menolak sebarang cadangan daripada Pas lagi selepas ini walaupun atas nama agama dan kaum Melayu,” jelasnya.

Ketua Umum, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula berkata, penolakan idea itu bertentangan dengan aspirasi rakyat yang telah lama menikmati hasil perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, ia dibuat di peringkat pemimpin politik sahaja tanpa mendengar pandangan akar umbi.

“Pakatan pembangkang selama ini mencanangkan mereka mewakili rakyat, tapi kenapa dalam hal ini mereka tidak mendengar suara rakyat terlebih dahulu,’’ katanya.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan Pas lebih mementingkan politik pilihan raya berbanding politik kepentingan ummah.

“Pada masa ini, Pas hanyalah parti ketiga dalam pakatan pembangkang. Jangan anggap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan beri peranan utama kepadanya apabila menang kelak, insaflah bahawa kepentingan ummah mengatasi segala-galanya,’’ katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kegagalan idea kerajaan perpaduan berpunca daripada penolakan PKR dan DAP.

Katanya, beliau yakin jauh di sudut hati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahukan idea itu direalisasikan demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Namun, akhirnya dia sedar kekuatan Pas tiada, jadi dia terpaksa ikut arus yang deras dalam pakatan pembangkang.

“Apa pun Pas tidak mahu mengakui mereka mengikut arus deras itu dan sebaliknya lantang menuduh UMNO,” katanya.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), KS. Balakrisnan berkata, pakatan pembangkang dilihat agak goyah apabila isu berkaitan kerajaan perpaduan dibangkitkan.

Katanya, pihak pakatan mungkin takut atau bimbang sekiranya gabungan Pas dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan, kuasa politik dan sokongan masyarakat Islam kepada mereka akan terhakis.

Sumber: Utusan Malaysia 24 Jun 2009

Monday, June 22, 2009

PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT- TOLAK UMNO!!

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.
Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.
Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Komen:
Harapan majoriti orang Melayu untuk melihat PAS dan UMNO bersatu kini musnah. Pemimpin PAS ternyata lebih yakin bahawa Islam lebih subur dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. Apakah kenyataan ini benar? Pemimpin PAS rela melihat orang-orang Melayu terus berpecah sesama sendiri. Oleh kerana pemimpin PAS mahu melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang maka mereka sanggup melihat Melayu berpecah. Oleh kerana Islam itu adil kepada semua kaum/bangsa maka pemimpin PAS bersetuju bahawa Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan TS Muhyiddin Yasin. Yang aku takut, 'yang dikejor tak dapat yang dikendung keciciran'. Apakah PAS terlalu yakin bahawa majoriti orang-orang Melayu akan meninggalkan UMNO? Jika PAS masih kelihatan 'lemah' dan menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat, tidak mungkin orang Melayu akan meninggalkan UMNO. Namun semua pihak sangat kecewa, bila harapan untuk melihat UMNO dan PAS bersama dalam Pakatan Rakyat tidak berhasil. Pertubuhan-pertubuhan sukarela, NGOs berteraskan Islam dan Melayu turut merasa kecewa. Apakah pandangan ulama-ulama PAS dan ulama-ulama UMNO serta mufti-mufti dalam isu ini di mana pemimpin PAS telah memutuskan tidak mahu bersama UMNO dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat?

Saturday, June 20, 2009

TIADA BEZA PAS ATAU UMNO?

Menuduh orang lain kafir, halal dan haram serta boleh masuk syurga dan neraka bukan kerja manusia. Ingatlah dulu UMNO dituduh kafir kerana berkawan dengan orang kafir seperti MCA dan MIC. Bila PAS masuk BN, hukum jadi kafir tidak disebut lagi, bila keluar BN, hkum jadi kafir dipakai semula, bila bersama DAP dalam Pakatan Rakyat hukum berubah pula jadi harus. Hukum ikut rasa pemimpin PAS.
Sedangkan sabda Rasulullah SAW: " Tidak boleh menuduh seorang terhadap yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir melainkan kembali fasiq atau kafir itu kepadanya jika ia tidak sedemikian".
Tidak masuk PAS tidak sempurna Islam kerana PAS jamaah Islam. Tidak bersama jamaah Islam adalah dilarang kerana Rasulullah bersabda," Hendaklah kamu tetap bersama jamaah Islam dan pemimpinnya". Sedangkan PAS sebenarnya bukan jamaah Islam yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW kerana PAS lahir dari perpecahan ummah. Lagi pun tiada dalil bahawa PAS penyempurna Islam!!! Sedangkan Islam telah sempurna sejak 1400 tahun dulu semasa turunnya ayat al-Quran yang bererti,"Pada hari ini AKU cukupkan agama kamu dan AKU sempurnakan ke atas kamu nikmatKU dan AKU redha bagi kamu Islam sebagai agama (auturan hidup)" - surah al-Maidah: 3.
Oleh itu bukan masanya UMNO dihina dan dicerca, dituduh dan didakwa serta dihukum yang bukan-bukan hingga berjangka jahat sesama Islam sedangkan berjahat sangka adalah dosa besar yang memusnahkan kedamaian hidup manusia.
Bukan parti diutamakan, bukan Pakatan diutamakan dan bukan Barisan diutamakan. Sedangkan persaudaraan sebenar berdasarkan kepada keimanan dan keislaman. Allah swt berfirman bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, maka perdamaikanlah antara dua orang saudara mu" - Surah al-Hujarat:10.
Oleh itu tiada sebab dan alasan yang sangat kukuh PAS dan UMNO tidak boleh bersama. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berani menyampaikan kebenaran biarpun ianya pahit. Marilah kita bersatu kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini.