Sunday, April 26, 2009

HARAKAH! HARAKAH! HARAKAH!

Jika dibaca dan dihalusi setiap keluaran Harakah kira-kira 80% berita yang dimuatkan mengenai dengan UMNO dan BN. Cerita yang memburuk-burukkan pimpinan UMNO dan BN. Pada hal sebagai lidah rasmi PAS, Harakah sewajarnyalah banyak memuatkan berita-berita berkaitan Mesyuarat Tahunan PAS yang sedang berlangsung sekarang ini. Utusan Malaysia yang dianggap sebagai akhbar UMNO tidak pula demikian. Semasa persidangan agung UMNO berita rasuah politik kerap ditonjolkan hinggalah UMNO dibenci dipaparkan oleh Utusan Malaysia. Harakah tidak seperti Utusan Malaysia. Harakah jauh lebih baik dalam memperburukkan pemimpin UMNO dan BN. Lihat dan bacalah setiap keluaran akhbar Harakah. Hanya 10 - 20% berita yang memuatkan hal kepimpinan PAS dan 80 - 90% pula memuatkan cerita memperburukkan kepimpinan UMNO dan BN. Harakah adalah media utama PAS yang mampu menggugatkan pengaruh UMNO dan BN. Lidah rasmi PAS yang tiada pantang larang dan tidak ambil kisah dengan dosa pahala. Atas dasar kebebasan media dan demokrasi, Harakah dan juga akhbar Keadilan akan terus menemui orang ramai tanpa takut digantung bagi kali yang berikutnya.

Sunday, April 12, 2009

BILANGAN UNDI MELAYU KEPADA BN SEMAKIN BERTAMBAH

Pemimpin kanan PAS telah mengakui bahawa sokongan orang Melayu kepada calon PAS, YB Nizar di PRK Bukit Gantang telah merosot dan sebaliknya sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina telah bertambah. Ini menunjukkan bahawa orang-orang Melayu mulai sedar bahawa pemimpin PAS hari ini mengutamakan 'kuasa politik' hingga sanggup melihat ketuanan Melayu dicabar dan Islam dipersendakan oleh rakan-rakan Pakatan mereka. Pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di Perak telah memberi bukti yang jelas kepada orang ramai hinggalah diterjemahkan dalam bentuk undian dalam PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Kenapa pengundi-pengundi Cina memberi sokongan kepada calon PAS dan tidak kepada calon BN? Dan kenapa pula jumlah pengundi Melayu memberi sokongan kepada calon BN diwakili oleh pemimpin UMNO telah bertambah?
Perjuangan UMNO amat konsisten sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. UMNO menjuarai dalam hal mempertahankan memertabatkan ketuanan Melayu dan agama Islam. Akhir-akhir ini, kenapa pihak lain berani menyentuh hak ketuanan Melayu, kenapa hari ini kaum lain berani mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru, kenapa sekarang ada pemimpin-pemimpin parti lain bukan Melayu dengan berani mencadangkan penggunaan pelbagai bahasa di papan-papan tanda, mereka mempersoalkan krebiliti PDRM dan berani menyaman Raja Melayu dan membaca dan menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka. Mengapasemua ini berlaku?
Punca utamanya adalah kesatuan Melayu sudah amat longgar akibat perpecahan orang Melayu sendiri melalui ideologi politik kepartian yang berbeza. Orang Melayu UMNO dan orang Melayu PAS tidak mampu bersatu kembali buat ketika ini. Situasi perpecahan Melayu menjadi lebih parah bila DS Anwar Ibrahim, pemimpin idola kepada penyokong taksub Melayu dan bukan Melayu. Walaupun asas perjuangan parti Keadilan tidak jelas tetapi misi memburukkan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO telah berjaya dilakukan oleh DS Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Islam PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO dianggap musuh no.1 yang perlu diperangi dan dihapuskan oleh mereka. Pemimpin UMNO dianggap pengganas dan zalim umpama Yahudi di bumi Palestin. Rakan-rakan Pakatan mereka, pemimpin besar DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo manakala Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng disanjung tinggi dan dipeluk cium umpama perjuangan mereka ini mendasari perjuangan PAS. Tetapi apakah pemimpin UMNO yang cerca dan dihina melalui fitnah dan tuduhan yang keterlaluan oleh pemimpin Islam sendiri itu tidak mencintai Islam dan bangsanya Melayu. Apakah semenjak 50 tahun merdeka, Melayu dan Islam di Malaysia tidak berkembang maju. Angkara politik untuk berkuasa, ayat al-Quran diperalatkan, Mufti dihina, Raja Melayu dicerca, bahasa Melayu dinoda dan DEB dihapuskan kerana pemimpin Melayu dan Islam sendiri. Siapakah mereka ini, fikirlah wahai orang muda Melayu dan rakyat Malaysia umumnya.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"