Tuesday, December 30, 2008

PERHIMPUNAN NGO DI PADANG POLO SERAH MEMORANDUM KEPADA TYT DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG


Kira-kira 4,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Padang Polo berhampiran dengan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu. Walaupun sasaran perhimpunan kira-kira 10,000 orang dijangka membanjiri Padang Polo tetapi mungkin keadaan cuaca yang agak redup dan publisiti yang tidak meluas antara faktor mungkin jumlah orang Melayu yang menyertai perhimpunan itu tidak sampai sasaran jumlahnya.

Difahamkan Yayasan Aminul Ummah Malaysia adalah urusetia kepada perhimpunan NGO sempena sambutan Maal Hijrah. Dlam ucapan ringkas Presidennya, Md. Radzi Daud, beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu. Beliau bimbang jika isu sensitif seperti ini tidak dibendung kemungkinan boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beberapa pemimpin NGO telah bergerak ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Jalan Utama di sini untuk menyerahkan memorandum berhubung pelbagai isu orang Melayu.

Mereka yang menganggotai 20 NGO di bawah Yayasan Aminul Ummah Malaysia itu mulai berkumpul di padang tersebut sejak pukul 8 pagi sempena sambutan Maal Hijrah.

Presidennya, Md. Radzi Daud berkata, perhimpunan itu diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan beberapa pihak termasuk pemimpin politik, menyentuh isu perkauman yang sensitif dan mempersoalkan hak orang Melayu serta ketuanan Melayu.

Memorandum yang dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas menyentuh empat perkara iaitu mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak polis hanya untuk selama 2 jam telah berakhir tanpa sebarang insiden berlaku. Pihak Polis telah menjalankan tugas dengan telus dan dedikasi mengikut lunas undang-undang. Begitu juga, Presiden Yayasan Aminul Ummah Malaysia telah mengingatkan kepada semua anggota NGO yang hadir supaya bersurai secara aman dan mematuhi peraturan perhimpunan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Namun begitu beberapa anggota NGO meminta pihak PDRM akan bertindak lebih tegas pada masa akan datang kepada kumpulan-kumpulan lain seperti Bersih, Hindraf dan juga Jerit yang dilihat keterlaluan dan tidak mengindahkan arahan pihak berkuasa. Jika perhimpunan aman sempena sambutan Maal-Hijrah hanya mendapat kebenaran untuk selama dua jam sahaja, oleh itu tidak mungkin perhimpunan politik dan demontrasi dan sebagainya dibenarkan oleh pihak berkuasa lebih daripada itu.

Walaubagaimana pun kita tetap berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota NGO yang dipelopori oleh Ustadz Md. Radzi Daud, Presiden, Yayasan Aminul Ummah Malaysia yang berjaya menghimpunkan seluruh NGO Melayu/Islam pada hari itu. Perhimpunan aman seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang supaya dapat menyedarkan semua pihak tentang betapa pentingnya keamanan dan kedamaian hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sunday, December 28, 2008

MEMERTABAT BANGSA MELAYU DAN PERTAHAN KESUCIAN ISLAM

Assalamualaikum w.b.t,
Semua kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.
InsyaAllah perarakan akan diadakan pada 29 Disember 2008 (Isnin) sempena Maal Hijrah pada jam 10 pagi bermula dari perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang dan juga dari Masjid Sheikh Eusoff ke Padang Polo berhadapan kediaman rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Oleh yang demikian, semua rakyat Melayu dan Islam dijemput hadir mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan aman ini bagi menyatakan sokongan dan satu padu kita terhadap ancaman-ancaman kepada perkara-perkara berikut:

+ Kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu
+ Kembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu
+ Kesucian Islam dipelihara sebagai agama rasmi Malaysia
+ Ketuanan bangsa dan bahasa Melayu
+ Mengekal dan Menyokong I.S.A demi kemanan negara
Nyatakan sokongan anda dengan bersama-sama hadir dalam perhimpunan dan perarakan aman berkenaan. Satu memorandum akan diserahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Kediaman TYT.

SILA HADIR BERAMAI-RAMAI TUNJUK DAN BERIKAN SOKONGAN ANDA!!!!!!!!!

Saturday, December 27, 2008

Usaha GAPENA mengenai isu PPSMI disokong!

Kesilapan amat besar jika kerajaan masih meneruskan PPSMI. Banyak pertubuhan NGO dan kesatuan guru meminta kerajaan mengkaji semula dasar tersebut. Kebanyakan ahli-ahli akademik baik di peringkat Universiti dan juga sekolah tidak bersetuju dengan dasar itu sejak dari awalnya. Hingga kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan berbilion ringgit membeli prasarana, membekalkan makmal komputer, laptop dan perisian kepada guru-guru dan sebagainya. Elaun 10% dari gaji guru dibayar kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Apakah begitu penting sekali bahasa Inggeris hingga elaun diberikan. Apakah mata pelajaran Sejarah pula tidak penting? Orang Cina, India serta Melayu belum memahami sejarah bagaimana Malaysia(dulunya Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan.
Usaha GAPENA memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu disokong tanpa berbelah bahagi. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia adalah tepat dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Kepentingan Bahasa Inggeris tidak dinafikan tetapi mungkin teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa itu sendiri perlu diperbaiki lagi. Kementerian Pelajaran perlu memikirkan semasak-masaknya akibatnya jika dasar PPSMI ini diteruskan. Apakah kita memandang enteng, ada rakyat Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka belum boleh bercakap Bahasa Melsyu. Ada juga peguam kita yang tidak fasih berbahasa Melayu dalam mahkamah. Ada juga pemimpin politik kita terutama Lim Kit Siang tidak fasih bercakap bahasa Melayu.
Kenapa Peranchis, Rusia, China, Korea, Jepun dan Taiwan lebih maju dari negara-negara lain di dunia walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri? Antara faktor rakyat bosan dengan kerajaan BN adalah kerana dasar PPSMI yang tidak memberi peluang kepada murid belajar melalui bahasa mereka sendiri. Jika Malaysia mahu mencapai wawasan 2020, maju mengikut acuan sendiri maka eloklah kita memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saturday, December 13, 2008

KASIHAN KERETA NASIONAL!!!!

IPOH 12 Dis. – Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini, kerajaan negeri memutuskan untuk menukar kereta rasmi yang diguna pakai Exco dan pegawai kanan daripada Proton Perdana kepada Camry 2.4.

“Kita terpaksa bayar cukai kepada kerajaan, jadi sebuah kereta ini akan menelan belanja sebanyak RM167,000 dan kos keseluruhan pembelian ini melibatkan perbelanjaan melebihi RM2 juta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Perak di sini hari ini.

Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 13 November lepas, kerajaan negeri mendakwa kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini membelanjakan kira-kira RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Besar serta Exco Perak dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

Sumber: Utusan Malaysia 13 Dis 2008

Monday, December 8, 2008

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU


WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :

" KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"