
Malahan Tok Guru Nik Aziz berpendapat bahawa Elizabert tidak bersalah sebaliknya yang bersalah orang yang menceroboh rumah dia. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth

Komen:
1. Apakah Tok Guru berpendapat yang mengambil gambar Elizabert itu adalah orang UMNO/BN? Sebenarnya pemuda yang didakwa mengambil gambar Elizabert yang bertelanjang itu sedang dicari polis sebagai suspek dalam kes ini adalah ahli PKR merupakan rakan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

2. Kos mengadakan pilihanraya memang sangat tinggi. Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi, sepatutnya ramai pemimpin PKR dan PAS dapat berfikir seperti Tok Guru Nik Aziz. Tapi apa boleh buat hanya Elizabert sahaja yang tahu kenapa dia terpaksa meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
3. Bagi kes negeri Perak, Tok Guru Nik Aziz minta diadakan semula pilihanraya kecil di negeri Perak, minta dikembalikan kepada kuasa rakyat. Di sini Tok Guru tak nampak pula betapa membazirnya wang rakyat jika pilihanraya kecil diadakan di seluruh DUN negeri Perak.
4. Oleh kerana BN memperolehi majoriti dalam DUN negeri Perak telah mendorong baginda Sultan Perak memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah. Baginda Sultan Perak dah pun berfikir pasal pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil. Betullah kata Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Bebas semalam, " Jika untung untuk parti mereka, mereka akan sokong tapi jika rugi untuk parti mereka, mereka tidak akan sokong". Dan Datuk Ibrahim Ali mungkin tak kata kepada Tok Guru tapi mungkin kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang jelas hipokrit dan munafik.
5. Kalau nak bersekongkol dengan DAP dan PKR pun, janganlah pemimpin tidur berbogel pun dibela malahan dikatakan tak bersalah. Mestilah tak elok, buruk dipandang rakyat jika pemimpin tidur dan juga mandinya bertelanjang bulat. Apa sukakah anak-anak dara pemimpin-pemimpin PAS semuanya tidur bertelanjang bersendirian kerana Tok Guru kata perbuatan itu tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri?
Jika akhbar yang melaporkan ulasan To Guru Nik Aziz telah memutar-belitkan fakta, saya yang mengulas dalam ruangan ini memohon maaf kepada Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain yang turut terkena. Saya yakin Tok Guru Nik Aziz adalah seorang pemaaf.
Sumber: Busu 21 Feb 2009