Sunday, March 28, 2010

Tuan Guru Hj Abdullah: PAS bukan parti Islam?

Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin... parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.

Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.
Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat' disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.
Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.

Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.
Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.
Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.
Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.
Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebabkan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.



Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa`amah
Pengasas Madrasah Al Najmiah Kota Bharu



Saturday, March 13, 2010

HUKUM MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM!

I. Asal Mula Takfir
Definisi takfir, yaitu memvonnis atau mensifati seseorang dengan kekafiran, atau mensifatinya dengan hukum kafir, baik dengan alasan yang benar ataupun tidak. Karena itu, takfir merupakan hukum syari'at yang merupakan wewenang Allah dan Rasul-Nya, kita tidak boleh menolaknya.Tetapi masalah utamanya terletak pada sikap ekstrim dalam takfir (mengkafirkan), Karena itu, ada orang yang boleh dikafirkan, ada juga yang tidak boleh dikafirkan.

Ada banyak sebab mengapa terjadi fitnah tentang masalah takfir, beberapa diantaranya yaitu :

[1]. Semangat keagamaan yang ada pada para pemuda, namun tidak diimbangi pemahaman terhadap syari’at.

[2]. Semangat buta ini dimanfaatkan oleh orang-orang/kelompok yang mengatasnamakan agama untuk kepentingan hawa nafsunya, dengan mengarahkan mereka untuk mengkafirkan sesama muslim

[3]. Campur tangan pihak yang memusuhi Islam yang memanfaatkan situasi ini dengan mengarahkan para pemuda itu untuk melakukan pentakfiran


II. Definisi Kafir dan Jenisnya

Kafir menurut bahasa bermakna menutupi, sehingga seorang yang murtad dari Islam disebut kafir karena dia telah menutupi kebenaran atau karena kekafirannya itu, dia menutupi apa yang seharusnya dia imani.

Kafir menurut syari‘at terbagi menjadi dua kategori, yaitu :

Pertama, Kafir akbar yang mengeluarkan seseorang dari Islam dan menyebabkan pembuatnya kekal dalam neraka selama-lamanya.
Kafir akbar terbagi kepada 5 jenis:

a) Kafir Takzib (pendustaan)
Kekafiran jenis ini berbentuk mendustakan ajaran yang dibawa oleh para Rasul. Hati dan lisannya mengingkari ajaran para Rasul. Ini sebagaimana firman Allah SWT :
Dan (Ingatlah) hari (ketika) kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-kelompok). Hingga apabila mereka datang, Allah berfirman: "Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat-Ku, padahal ilmu kamu tidak meliputinya, atau apakah yang telah kamu kerjakan?". (QS. An Naml : 83-84)

b) Kafir iba’ wal istikbar (keengganan dan kesombongan)
Kekafiran ini berbentuk pengakuan kebenaran ajaran Islam, tetapi tidak mau tunduk kepadanya karena kesombongan. Kekafiran ini adalah sama seperti kekafiran iblis. Iblis tidak menolak kebenaran Allah SWT sebagai Rabb yang berhak disembah dan dipatuhi perintah-Nya. Namun penentangan iblis disebabkan kesombongannya, sebagaimana yang telah diuraikan dalam Al-Qur’an:
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS. Al Baqaráh : 34)

c) Kafir I’radh
Kekafiran ini berbentuk tidak membenarkan dan tidak pula mendustakan Islam, tidak mencintainya dan tidak memusuhinya serta sama sekali tidak mau memperhatikan dan mendengarkannya. Ini disebutkan dalam Al Qur'an :
Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mau mendengarkan. .(QS. Fushshilat : 3-4)

d) Kafir Syak (keraguan)
Ini adalah golongan yang senantiasa ragu akan kebenaran Islam

e) Kafir Nifaq
Kekafiran seperti ini menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan namun hatinya kafir (orang munafiq), sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT :
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian," padahal mereka sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. (QS.Al Baqarah : 8)

Kedua, Kafir ashgar, tidak mengeluarkan dari Islam meskipun diistilahkan kufur. Hal ini terjadi jika seseorang tidak melakukan suatu perintah agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan kewajiban perintah tersebut. Contohnya adalah orang yang menyakini kewajiban membayar zakat harta, tetapi karena sibuk mengejar kehidupan duniawi dia tidak membayar zakar tersebut.
Demikian juga, bila seseorang itu tidak meninggalkan suatu larangan agama, tetapi dia tetap menyakini akan haramnya hal tersebut. Contohnya orang yang menyakini haramannya hukum khamr, tetapi karena kebiasaannya minum sekian lama, dia sulit mengubahnya secara langsung melainkan secara bertahap
Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam kitab Fiqh al-Akbar :

Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir.

Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah:
Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat karena dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.

Syaikh Abdul Aziz bin Baaz melanjutkan:
Namun apabila pembuatnya menganggap halal perbuatannya, maka mereka termasuk kafir karena statusnya telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya serta keluar dari agama. Apabila mereka tidak menganggap halal perbuatan dosanya, maka mereka tidak dikafirkan, tetapi mereka dianggap seorang yang lemah imannya...

Hal ini termasuk tindakan kebanyakan pemerintah Muslim saat ini yang tidak melaksanakan hukum Allah. Berkata Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salaam dalam kitab Syarhul Aqidah ath-Thahawiyah :
...bahwa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah kadang-kadang bisa menjadi kafir yang mengeluarkan pembuatnya dari Islam (kafir akbar) dan kadang-kadang bisa menjadi maksiat . Hal itu disesuaikan dengan keadaan pelaksana hukum itu.
Jika dia meyakini bahwa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah adalah tidak wajib padahal dia diberi kebebasan (untuk berhukum dengannya) atau dia menghina hukum Allah, maka ini adalah kafir akbar.
Syaik Ibnul Qoyyim dalam kitab Ash-Shalah menuturkan, kufur terbagi dua jenis, yaitu :

1.Kufur yang mengeluarkan dari agama, yaitu kufur yang berlawanan dengan iman dalam semua aspek. Orang seperti ini harus dinasihati dan jika menolak maka baru divonis sebagai kafir

2.Kufur yang tidak mengeluarkan dari agama, yaitu kufur yang tidak mengeluarkan dari agama namun termasuk perbuatan maksiat.
Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir (QS. Al Maidah : 44)

III. Syarat Pengkafiran

Pertama: Baligh dan berakal.
Orang yang belum baligh dan orang yang tidak sempurna akalnya tidak dijatuhkan hukuman. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
Diangkat pena (tidak dicatat kesalahan) dari tiga orang, yaitu anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga terbangun dan orang gila hingga sadar. (HR. Abu Dawud)
Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni berkata:
Hukum murtad tidak berlaku bagi orang yang tidak berakal seperti anak kecil, orang gila, atau orang yang hilang kesedaran akibat pingsan, tidur, sakit, dan minum obat yang boleh diminum.

Kedua: Perbuatan kafir dilakukan dengan sengaja.
Ucapan atau perbuatan yang membawa kepada kekafiran hendaklah dilakukan dengan kerelaan hati atau kehendak sendiri. Ia bukan satu perbuatan yang terpaksa, tak sengaja atau di luar kesadaran. Allah SWT berfirman:
dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS. Al Ahzab : 5).

Ketiga: Diberikan nasihat kepadanya
Tidak boleh menghukumi kafir terhadap seseorang selagi belum disampaikan informasi/nasihat kepadanya bahwa perbuatannnya bisa mengakibatkan kekafiran. Berkata Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ al-Fatawa :
Ucapan (yang mengakibatkan) kafir mungkin saja datang dari orang yang belum sampai kepadanya nash (hujah dan dalil) untuk mengenali kebenaran. Atau boleh jadi telah sampai (nash tersebut) tetapi hujah tersebut dipandang tidak benar atau belum mungkin baginya untuk memahaminya atau ada syubhat dalam proses memahami kebenaran. Maka dalam kondisi seperti ini Allah memaafkan……
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
dan kami tidak akan meng'azab sebelum kami mengutus seorang rasul (QS. Al Isra : 15)
(mereka kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (QS. An Nisaa : 165)
Syarat yang ketiga ini penting, karena muslim minoritas yang tinggal di sebuah negara mayoritas non muslim. Sulit untuk mereka mempelajari ilmu-ilmu Islam karena jauh dari ulama’, Maka orang Islam minoritas ini tidak dihukumkan kafir jika melakukan perbuatan yang asalnya bisa membawa kepada kekafiran.
Ini karena Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu[1480]. dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung. (QS. Ath Taghabuun : 16)
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka Itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya. (QS. Al A'raaf : 42)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya. Karena itu jika seseorang itu telah berusaha maksimal untuk mencari kebenaran dalam Islam namun masih terdapat kekurangan atau kesalahan tanpa disengaja sehingga dia melakukan perbuatan yang kafir, maka Allah tidak akan menghukumnya, tetapi mengampuni kesalahannya.

Keempat: Perbuatan diukur dari segi zahirnya.
Setiap muslim diadili berdasarkan apa yang terlihat pada zahir dirinya. Adalah hadits berikut dari Usamah bin Zaid ra. :
Rasulullah SAW pernah membawar kami pada satu peperangan, pada pagi hari kami menyerbu al-Huraqaat (nama sebuah kabilah) dari kabilah Juhainah. Maka aku bertemu dengan seorang lelaki lalu dia berkata: “Laa ilaha illallah” kemudian aku menusuknya (membunuhnya). Akan tetapi aku merasa ada sesuatu dalam hatiku dari kejadian itu, lalu aku menceritakannya kepada Rasuliullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda berkata: “Apakah dia telah mengatakan Laa ilaha illallah kemudian kamu membunuhnya?” Aku menjawab: “Ya wahai Rasulullah, sesungguhnya dia mengatakan hal itu hanya karena takut kepada pedangku. Baginda bertanya (menegaskan kesalahan tindakan Usamah): “Mengapa kamu tidak membelah dadanya sehingga kamu mengetahui apakah benar-benar dia mengatakannya (dengan jujur) atau tidak?”. (HR. Muslim)
Berdasarkan hadits di atas, maka sewajarnya kita tidak memudahkan dalam mengkafirkan orang lain selagi zahirnya masih menunjukkan bahwa dia seorang muslim.Ini sebagaimana pesan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
Akan ada sepeninggalku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kezalimannya), maka barangsiapa mengingkarinya (berarti) dia berlepas diri dan barangsiapa membencinya (berarti) dia selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meridhainya (berarti) mengikutinya. Para sahabat bertanya: “Apakah tidak kita perangi mereka (pemimpin tersebut)?” Baginda menjawab: “Jangan, selagi mereka masih shalat.” (HR. Muslim)

Kelima: Kekafiran memiliki cabang-cabangnya.
Sebagaimana iman memiliki cabang-cabangnya, kekafiran juga memiliki cabang-cabangnya. Di antara cabang-cabang kekafiran ada yang bisa menyebabkan pelakunya keluar dari Islam dan ada yang tidak. Contohnya mengatakan Nabi Isa as. adalah anak tuhan atau tuhan itu bertiga (Trinity) jelas mengeluarkan pelakunya dari Islam. Sedangkan peminum arak atau penzina hanya dihukumi sebagai seorang yang fasiq (pelaku dosa besar),

IV. Dampak dan Bahaya Takfir

1.Takfir (kafir mengkafir) membawa akibat yang amat buruk terhadap kesatuan umat, dan bisa menyebabkan terjadinya pertumpahan darah sesama muslim. Maka dari sisi syari‘at Islam, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan jika seseorang dinyatakan kafir :
1.Isterinya tidak dihalalkan lagi bagi dirinya (yang telah kafir), diharamkan untuk isterinya berada di sampingnya dan anak-anaknya berada dibawah perwaliannya.
2.Bagi yang telah dituduh kafir, maka seharusnya dia dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukum murtad ke atasnya setelah diajukan hujjah dan bukti keterangan akan kekafirannya.
3.Bagi mereka yang telah jatuh kafir, apabila mereka meninggal dunia maka tidak berlaku lagi hukum-hukum yang diwajibkan ke atas seorang muslim seperti dimandikan jenazahnya, disembahyangkan jenazahnya, mayatnya tidak boleh dikuburkan di kawasan perkuburan Islam dan hartanya tidak dapat diwarisi oleh ahli keluarganya.

Syaikh Abdil Aziz bin Abdullah bin Bazz rahimahullahu berkata, sebagaimana termuat dalam harian al-Jazirah, ar-Riyadh, asy-Syirqul Awsath, Sabtu 22/6/1412 H. tentang bahaya takfir, diantaranya :

1.Merusak hak-hak kaum muslimin
2.Memecah belah ukhuwah Islamiyyah, padahal Alloh SWT memerintahkan ukhuwah dan menjauhi perpecahan
3.Membantu dan menolong orang/kelompok yang menyimpang seperti kaum yahudi, nashrani, atheis, sekuler, hedonis, paganis dan lainnya yang selalu memerangi kaum muslimin.
4.Menyebabkan rusaknya hati dengan menyebarkan dan mengedarkan dusta dan kebathilan, sehingga terjadi ghibah, namimah, tajassus, hasad dan ghadab.
5.Terpedaya tipuan syetan
6.Tidak menghormati ulama yang telah berijtihad dengan kadar keilmuan yang cukup

Menyadari betapa bahayanya dampak takfir, maka Islam melarang keras hal ini. Firman Alloh SWT :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim (QS. Al Hujurat : 11)

Takfir termasuk kezaliman yang membinasakan. Nabi SAW bersabda :
Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian (HR. Bukhari)

Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, “Wahai Kafir!”, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya (HR. Bukhari)

Imam al-Ghazali telah berkata dalam kitabnya Al-Iqtishad fil ’tiqad:
Sesuatu yang patut kita berhati-hati adalah masalah pengkafiran, selagi masih ada jalan untuk berhati-hati. Karena menghalalkan darah dan harta orang yang shalat menghadap kiblat dan yang menyatakan kalimat “Laa ilaaha illalloh” adalah suatu kesalahan.

Mengkafirkan seorang muslim yang lain diumpamakan dengan membunuhnya, sebagaimana dikatakan oleh Al ‘Alla’ bin Ziyad, seorang tabi’in :
“Tidak ada bedanya antara kamu mengkafirkan seorang muslim dengan membunuhnya"

1.Mengkafirkan muslim yang lain merupakan hal yang serius, sebagaimana dijelaskan Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salam al-Hanafi:
Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahwa masalah pengkafiran merupakan masalah yang sangat besar fitnah dan musibahnya, banyak perpecahan yang terjadi di dalamnya, berselisihnya hawa nafsu dan pendapat tentangnya dan telah terjadi pertentangan antara alasan-alasan mereka…… Sesungguhnya sebesar-besar bentuk kejahatan adalah menuduh individu tertentu bahwa Allah tidak akan mengampuninya dan tidak akan merahmatinya, bahkan Allah akan mengekalkannya dalam neraka (karena yang demikian adalah) hukum bagi orang kafir setelah mati.

Kesimpulannya, jika dalam diri seseorang itu terdapat beberapa ciri kekafiran, sikap kita bukanlah mengkafirkannya tetapi berusaha mencari jalan agar dia terhindar darinya. Berilah nasihat dan bukalah ruang untuk berfikir dan memperbaiki diri, sekalipun secara bertahap. Firman Allah SWT :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. An Nahl : 125)

V. Cara Menghindari Pentakfiran

Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr memberi nasihat :

Pertama, Hendaknya ia merasa takut kepada Allah, dengan menyibukan diri melihat aib-aibnya, dari pada ia sibuk denga aib orang lain, dan menjaga keberlangsungan amal shalehnya, jangan sampai ia membuangnya sia-sia.

Kedua, Hendaklah ia menyibukan dirinya dengan mencari ilmu yang bermanfaat, diantara belajar, mengajar, berda'wah dan menulis. Jika ia mampu melakukan hal yang demikian maka hendaknya ia menjadi golongan yang membangun, dan tidak menyibukkan dirinya dengan mencela sesama muslim sehingga ia menjadi golongan penghancur.

Sumber :

1.Al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, edisi terjemahan terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2001
2.Aqwalu wa Fatawa Ulama fi tahdzir 'ala Jama'atil Hajr wat Tabdi, alih bahasa oleh Abu Salma bin Burhan.
3.Bahaya tafsiq, takfir dan tabdi', Sholih bin Fauzan al-Fauzan, Pustaka Imam Bukhori.
4.Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah?, Dr. Khalid bin Ali bin Muhammad al- Anbary, alih bahasa oleh Abu Abdirrahman al-Salafy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya 2004
5.Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, Dr. Ibrahim bin Amir ar-Ruhaili, alih bahasa oleh Abu Ahmad Syamsuddin, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2002
6.Rifqon Ahlas Sunnati bi Ahlis Sunnah, alih bahasa oleh Abul Hasan al-Maidani , judul Berlemah Lembut Sesama Ahlus Sunnah
7.Majalah As-Sunnah Edisi 11/Tahun VIII/1425H/2005M Rubrik Liputan Khusus yang diangkat dari ceramah Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al-Hilali Tanggal 5 Desember 2004 di Masjid Istiqlal Jakarta

*Diambil dari Notes Facebook milik Ustadz Suherman: abi_cintaku@yahoo.com

Tuesday, March 9, 2010

APA KATA TOKOH-TOKOH AGAMA DAN ULAMAK TERHADAP MUFTI PERAK!


Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tugas seorang mufti bukan sekadar mengeluarkan fatwa berhubung isu air mutlak dan haid, tetapi merangkumi tugas yang lebih luas, termasuk menyatupadukan umat Islam bagi mengembalikan keukuatan Melayu Islam. Beliau mengulas lanjut ekoran kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan Harussani lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya mufti. Harussani berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadaop Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk membincang tentang perpaduan umat Islam. "Perpaduan umat Islam adalah agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; sdan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (ayat al Hujarat)," katanya.
Menteri di JPM, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan Mursyidul Am PAS yang melabel Mufti Perak sebagai ejen Umno kerana Sultan yang melantik mufti dan tugas serta tanggungjawab bukan hanya fatwa semata-mata.
Tokoh Ulamak terkenal Kelantan, Abdullah Saamah meminta umat Islam melihat kenyataan pemimpin agama, termasuk muftiyang dilantik kerajaan dalam konteks lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik saja. Beliau juga seorang Pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor berkata menjadi tanggungjawab ulama menyampaikan ajaran berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti yang memerintah.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata sebagai biasanya mufti memberi pandangan berasaskan latar belakang agama yang dimiliki, jadi berterus terang adalah amalan biasa walaupun ia membabitkan orang politik kerana kita tidak akan berselindung.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama, tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.
Begitulah komen tokoh-tokoh agama dan ulamak terhadap kenyataan Nik Aziz yang keterlaluan terhadap Mufti Perak. Lihat sini ada lagi.

Saturday, March 6, 2010

Zaid sila buktikan Najib 'kemaruk' majoriti dua pertiga!!!

Portal Malaysiakini hari ini memaparkan bahawa Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi. "Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa.
Komen:
Sebenarnya Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim, kedua-dua anak Pak Brahim sudah gelabah jingga. Tindakan MP dari PKR keluar parti seorang demi seorang membuatkan anak-anak Pak Brahim ini tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi pun tak basah. Tak bercakap salah tak bercakap pun salah, nak diam salah jika diam lagi bersalah. Oleh itu anak Pak Brahim yang jadi loyar (bukan loyar buruk) buat keputusan untuk bercakap. Maka bercakaplah dia bahawa Datuk Seri Najib ini kemaruk majoriti dua pertiga di Parlimen. Inilah politik namanya. Politik pembangkang sejak dulu lagi. Apa yang berlaku semuanya salah UMNO malahan hal-hal dalam PKR dan PAS pun salahkan UMNO. Pemimpin PAS kebas sapu bini orang dalam hotel pun salah UMNO! Kes liwat oleh Ketua Umum PKR juga dituduh UMNO sengaja mahu memusnahkan pengaruh Anwar. Kes pijak kepala lembu di Selangor juga salahkan UMNO. Kes kalimah Allah yang dibenarkan oleh Mahkamah juga salahkan UMNO.
Tuan2 dan puan2 yang dihormati,
Kerja pembangkang sekarang ini cuba membusukkan UMNO. Tugas pemimpin pembangkang mahu memusnahkan UMNO. Mereka rela menghidupkan DAP kerana DAP bersepakat untuk memerintah negara. Mereka berceramah di mana-mana, penceramah-penceramah mereka baik dari kalangan rakyat biasa hinggalah taraf tok guru akan mengutuk dan menghina UMNO. UMNO buat semua tak betul. Selamanya ini merekalah yang meracuni fikiran rakyat. Pemimpin UMNO dikatakan zalim kepada rakyat, merampas harta rakyat, rasuah, yahudi dan anti Islam. Pemimpin ini jugalah yang memuji pemimpin DAP, dan rela bersama dengan PKR walaupun mereka tahu DAP tidak akan menyokong penubuhan sebuah negara Islam. Mereka tahu bahawa pemimpin UMNO yang mereka maki jugalah yang berani mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh di dunia. PAS sudah di DAPkan oleh Lim Kit Siang dan PAS sudah diPKRkan oleh Anwar Ibrahim. Kata Ezam, PAS hari ini sudah lari dari perjuangan asalnya kerana nak selamatkan Anwar Bin Ibrahim. PAS sanggup menghina UMNO yang sebangsa dan segama kerana mahu pelukkan Tuan Lim Kit Siang. Betapa benci sekalipun PAS terhadap UMNO ingatlah jasa UMNO cukup banyak untuk orang Melayu dan Islam. Sebaliknya betapa sayang PAS terhadap DAP, tapi apa yang DAP dah buat untuk orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang?
Sudah ramai pemimpin-pemimpin utama PKR telah meninggalkan kepimpinan PKR. Kenapa Setiausaha Agung PKR, kenapa Setiausaha Sulit DSAI dan kenapa ramai kawan2 rapat DSAI juga sanggup meninggalkan DSAI? Apakah kawan2 rapat DSAI begitu mudah menerima pujukan Datuk Seri Najib? Kawan2 rapat DSAI bukan budak2 sekolah yang boleh digula-gulakan. Mereka ada maruah dan harga diri kerana setiap tindak tanduk mereka diperhatikan oleh rakyat. Wahai Zaid Bin Ibrahim, sungguhpun awak seorang loyar besar, tidak semestinya awak boleh tuduh membabi buta terhadap PM Datuk Seri Najib. PM tak ada masa untuk buat kerja kotor itu, wahai Zaid Bin Ibrahim. Hanya Zaid Bin Ibrahim yang membuat kerja kotor itu (fitnah) kerana Zaid Bin Ibrahim berfikiran begitu. Selaku PM, Datuk Seri Najib lebih menumpukan hal-hal lain yang boleh memberi menafaat kepada rakyat dan negara. Wahai Zaid Bin Ibrahim, sila buktikan dakwaan awak itu. Jika awak bercakap tanpa bukti, awak telah memfitnah. Dosa fitnah lebih besar daripada dosa seorang pembunuh. Jika tiada bukti, eloklah awak berada bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin besar pembangkang lain. Memanglah kerja mereka walapun pun jadi pemerintah di beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor (kecuali MB Kedah) masih bertindak dan berfikir seperti pembangkang. Kenapa begitu, kita akan paparkan bagaimana kerajaan Guan Eng di PP  umpama pembangkang di PP. Aneh tapi benar!

Thursday, March 4, 2010

Ezam buka pekong Anwar di Kuala Selangor!!!!!

Semalam Selasa 2 hb. Mac 2010 bertempat di Kompleks UMNO Kuala Selangor, berlangsung satu ceramah pidato UMNO yang bertajuk " Selamatkan Malaysia Daripada Pengkhianat ". Kalau tidah silap penulis tajuk asal pidato semalam adalah " Membongkar Rahsia " , tetapi ditukar kesaat akhir kerana pada minggu yang sama PKR sudah membuat " Road Show" nya dengan bertemakan " Selamatkan Malaysia " di Kuala Selangor.
Agak menarik tema road show mereka( PKR ) dan penulis tertanya-tanya apakah sebenarnya " Selamatkan Malaysia " itu adalah " Selamatkan Malaysia Dari Pengkhianat Yang bernama Anwar Ibrahim " ? Jadi penulis merasakan tajuk pentas pidato UMNO Kuala Selangor semalam adalah bertepatan sekali untuk dibongkar supaya rakyat dapat mengetahui siapa sebenarnya yang bergelar " Pengkhianat Negara " dan orang yang sesuai sekali dipanggil untuk menceritakannya adalah Saudara Ezam Mohd. Nor kita iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Untuk pegetahuan kita semua Saudara Ezam Mohd. Nor sekarang sedang menjawat Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara di Jakarta, Indonesia. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ezam kerana sanggup meluangkan masa dan sudi hadir untuk memberikan ceramah beliau. Kehadiran memberangsangkan ribuan hadirin yang sanggup menunggu sejak dari petang lagi membuatkan dewan di Kompleks UMNO penuh sesak sehinggakan terpaksa memenuhi khemah di luar dewan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Kuala Selangor kerana kerja kuat mereka sekaligus memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefli Ahmad dari PAS dan Khalid Gagap wakil rakyat Ijok untuk bersedia menghadapi rempuhan UMNO-BN pada Pilihanraya ke 13 nanti…!
Seperti biasa majlis di mulakan dengan upacara membaca doa dan ucapan aluan oleh Ketua Pemuda UMNO Kuala Selangor, Mohd Nor Saad dan seterusnya oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, YB Dato' Hj. Amiruddin Setro.
Saudara Ezam bersama-sama dengan YB. Dato' Hj. Amiruddin Setro wakil rakyat ADUN Jeram merangkap Ketua UMNO Bah. Kuala Selangor dan juga Timb. Ketua Hj. Jahaya Ibrahim.
Antara ribuan yang hadir tidak berganjak untuk mendengar segala kupasan isu politik semasa termasuklah beberapa pendedahan kepincangan dalam Pakatan Rakyat dari pemidato hebat Saudara Ezam Mohd.Nor.
Antara kupasan isu yang menarik adalah tentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama ketika berdepan krisis moral.
Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat. " Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya".
" Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya . Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Amar Leo Moggie walaupun bukan Islam namun beliau juga memiliki hati perut yang bersih mahu melihat rakyat Islam di Kelantan turut sama mendapat kemudahan ini. Leo Moggie telah secara peribadi merayu kepada Anwar tetapi mantan TPM itu tetap dengan keputusannya malah menyebut ‘No Way!’…” tambah Ezam meneruskan ceritanya.
Kata Ezam lagi, bagi memastikan agenda politiknya terus hidup, Anwar menggunakan Pas untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi. "Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam Tok Guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral, jadi Anwar akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya. Beliau berkata, Pas kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.
" Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit. " Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pas supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya sebelum mengakhiri ucapan beliau.
InsyaAllah Ezam akan terus menggegarkan Pentas Pidato dan Ceramah Umum di Selangor dan destinasi seterusnya adalah di Parlimen Kota Raja…!

Warna-warni Politik

Torashah

Wednesday, March 3, 2010

Lagi dan lagi wakil rakyat keluar PKR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tunggu punya tunggu, bukan YB Parlimen Balik Pulau yang keluar PKR sebaliknya Ahli Parlimen Bagan Serai,Perak, Mohsin Fadzli Samsuri yang turut mengikut jejak rakan-rakan Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Firdaus Khairuddin. Jumlah Ahli Parlimen Bebas kini berjumlah 6 orang diketuai oleh Datukl Ibrahim Ali. Kenapa Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR? Beliau mengumumkan keluar PKR dan menjadi ahli Ahli Parlimen Bebas dalam suatu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi tadi. Katanya beliau kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Hadir sama di sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim. Apa lagi Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail nak kata kepada MP Bagan Serai Perak yang keluar PKR? Bacalah dan fahamilah sebab-sebab beliau keluar PKR, kemudian fikirkanlah ada tak rasionalnya? Jadi penyokong-penyokong pembangkang dan ahli-ahli PKR dan PAS tunggu apa lagi?



Amizuddin cuba mempertahankan Guan Eng, hai pelik!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi kuasa untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan. Klausa itu boleh dianggap sebagai salah guna kuasa. Apakah PAS dan PKR meletakkan Guan Eng setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz? Apakah Guan Eng boleh seadil dan sejujur Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran negerinya? Ketua AMK Kepala Batas, Sdr Amizuddin cuba mempertahankan Guan Eng, beliau sambil membaca teks tersangkut-sangkut mendesak supaya Datuk Reezal Merican tidak campur tangan dalam urusan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Wahai Amizuddin, awat hang duk kalut sangat. Dulu hang buat repot ada rasuah berlaku dalam kerajaan tempatan di kalangan pemimpin Pkatan Rakyat apa kesudahannya. Takkan senyap begitu sahaja! Hari ini hang mempertahankan Guan Eng, hang pertahankan diktator Guan Eng. Hang setuju kuasa diktator diberikan kepada Guan Eng untuk membatalkan kontrak. Apa hang dapat kontrak kut. Dulu hampa kata kat pemimpin umno buat kerja tak senonoh. Tapi apa yang hampa kata dulu sekarang mai balik kat hampa. Dan lagi teruk daripada pemimpin umno buat. Lagi dahsyat perangai hampa. Macam-macam isu bangkit masa pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz. 
Wahai Amizuddin. Aku kenal hang, dulu tebar roti canai. Dari Kg. Binjai pindah ke Seberang Jaya. Minta bisnis kat jabatan-jabatan kerjaaan persekutuan, kesian kat hang, kami tolong juga walaupun hang pembangkang kerajaan persekutuan. Tapi hang kena fahamlah. Datuk Reezal Merican tu pemimpin UMNO. Dia kenalah bercakap jika kerajaan hang buat tak betui. Jika pemimpin Melayu/Islam macam dia tak bercakap sapa lagi yang nak bercakap. Harap pemimpin Melayu/Islam yang ada dalam kerajaaan Guan Eng semua tu tak boleh pakai. Kerja ngangguk aja. Hang lagi teruk. Mengaji tak setinggi manapun. Tapi pasal nak kritik orang memang kerja hang. Aku tak mahu cakap banyak pasal diri hang tak baik. Tapi aku nak nasihat hang, cermin-cerminlah diri nooo! Jangan jadi kerajaan yang berselindung di sebalik Amar Makruf Nahi Mungkar. 

Monday, March 1, 2010

Lagi wakil rakyat meninggalkan PKR!!!

Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin telah umum keluar dari PKR dan menyertai UMNO. Hari ini pula ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) dan meletakkan semua jawatan dalam parti PKR. Serentak dengan itu, beliau adalah ahli Parlimen Bebas. Tindakan itu (keluar parti) disebabkan sikap parti PKR yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya. Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.

Komen:
Dijangkakan lebih ramai lagi wakil rakyat PKR sama ada Adun atau Ahli Parlimen akan meninggalkan PKR. Mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR. Perjuangan PKR dikatakan sudah tidak relevan lagi dengan keadaan semasa. Kebanyakan sudah sedar bahawa asas perjuangan PKR sudah tersasar jauh. Wakil rakyat cuma menunggu masa dan ketika untuk keluar sahaja. Pucuk pimpinan PKR gagal menyelesaikan masalah dalam parti, kes liwat DSAI, isu kalimah Allah, isu kepimpinan MB Selangor, isu kepimpinan Guan Eng merupakan antara isu yang membuka mata orang ramai. Jika semakin ramai dan semakin berani rakyat bangun dan mempertikaikan pendirian parti PKR, sudah tentu wakil rakyat menjadi lebih tidak senang dan selesa dengan suasana begitu. Suara wakil rakyat tidak didengar oleh kepimpinan PKR sendiri. Eloklah mereka berundur. Tapi YB Yusmadi, ahli Parlimen Balik Pulau kelihatan masih setia dengan PKR.
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"