Monday, May 3, 2010

Umat Islam di Pulau Pinang diperbodohkan lagi oleh Guan Eng!

Pisau tidak mempertikaikan bantuan keatas rumah ibadat bukan Islam,malah sememangnya mereka turut sama berhak mendapat bantuan,tetapi Pisau mempersoalkan mengapa Guan Eng memperbodohkan umat Islam,malah menyorokkan fakta yang sebenar semata mata mahu memperolehi political mileage murahan.
Baca lagi di sini.

Saturday, May 1, 2010

Nama Jalan Barat di Selangor ditukar kepada Jalan Dr. V.David seorang bekas tokoh DAP!

Langkah kerajaan negeri Selangor menukar nama Jalan Barat di sini ke Jalan Dr. V. David sempena sambutan Hari Pekerja esok dibantah oleh segelintir pihak terutamanya bekas penduduk di kawasan tersebut. Bagi mereka, isu yang kini menjadi pertikaian bukannya penukaran nama jalan itu, sebaliknya nama individu yang dipilih iaitu Dr. V. David.
David dilabelkan sebagai seorang yang tidak layak diberi penghormatan seumpama itu kerana dia dikatakan pernah menimbulkan pelbagai kontroversi ketika menjadi pemimpin salah sebuah parti pembangkang.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Damansara pada tahun 1978 dan Puchong untuk dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990.
David juga dikatakan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 1958, selain pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1964, 1969 dan 1987.
Petang semalam, kira-kira 30 penduduk berkumpul berhampiran Hilton Petaling Jaya di sini hari ini untuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan penukaran nama itu.
Komen:
Itulah kejayaan Kerajaan Negeri Selangor yang boleh orang-orang Melayu Selangor banggakan. Samalah dengan tindakan kerajaan negeri Perak sewaktu pemerintahan MB Nizar. Pada Oktober 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin telah bersetuju menamakan semula Jalan Selibin, Ipoh dengan nama Jalan P.Patto yang meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 12 Julai 1995 kerana serangan jantung.
Semua tindakan kerajaan negeri Selangor dan Perak (semasa Nizar Jamaluddin) hanya lebih kepada menjaga kepentingan politik. Pimpinan kerajaan negeri Selangor memikirkan bagaimana DAP-PKR-PAS sebagai kerajaan campuran ini boleh meneruskan cengkaman mereka dalam politik negeri itu. Soal kemajuan ekonomi negara itu serah kepada Kerajaan Pusat.
Tahun depan pula, sempena Hari Pekerja 1 Mei 2011, mungkin Jalan Timur pula akan ditukarkan dengan nama aktivis dari kaum Cina. Nama Melayu tak perlu sebab sudah banyak dengan nama-nama Melayu termasuk nama Raja-Raja Selangor. Orang Melayu tak boleh marah sebab orang Melayu yang banyak mengundi parti DAP, PKR dan PAS dalam pilihanraya umum yang lalu. Dr. Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS pun tidak bantah dengan nama itu. Dr. Hassan Ali tak teringatkah nak menamakan jalan itu dengan nama Jalan Hj. Fadzil Noor bukan Jalan Dr.V.David. Boleh cadang sajalah jika undi pun tak menang. Mungkin politik di jalanan (menamakan jalan-jalan) diserahkan kepada PKR dan DAP manakala PAS tumpukan politik di masjid dan surau. Teruskan usaha politik jalanan (menamakan jalan-jalan) ini sementara kerajaan campuran ini masih boleh memerintah di Selangor. Banyak lagi nama-nama jalan di Selangor yang boleh ditukar. Penduduk Selangor rasa bangga dengan kerajaan Selangor yang mengambil berat masalah rakyat hinggalah kepada masalah nama jalan pun diberi perhatian kerana tidak perlu perbelanjaan ribuan atau jutaan ringgit. Mesti bijak dalam politik, rakyat bukan tahu..bodoh! 
"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"