Assalamualaikum w.b.t,
Semua kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.
InsyaAllah perarakan akan diadakan pada 29 Disember 2008 (Isnin) sempena Maal Hijrah pada jam 10 pagi bermula dari perkarangan Masjid Negeri Pulau Pinang dan juga dari Masjid Sheikh Eusoff ke Padang Polo berhadapan kediaman rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Oleh yang demikian, semua rakyat Melayu dan Islam dijemput hadir mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan aman ini bagi menyatakan sokongan dan satu padu kita terhadap ancaman-ancaman kepada perkara-perkara berikut:
+ Kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu
+ Kembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu
+ Kesucian Islam dipelihara sebagai agama rasmi Malaysia
+ Ketuanan bangsa dan bahasa Melayu
+ Mengekal dan Menyokong I.S.A demi kemanan negara
Nyatakan sokongan anda dengan bersama-sama hadir dalam perhimpunan dan perarakan aman berkenaan. Satu memorandum akan diserahkan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Kediaman TYT.
SILA HADIR BERAMAI-RAMAI TUNJUK DAN BERIKAN SOKONGAN ANDA!!!!!!!!!
1 comment:
Kita bukan nak bergaduh dengan kaum lain tapi nak menyatukan umat Islam yang kini berpecah sesama sendiri. Sepatutnya rakyat Malaysia pelbagai kaum lebih berhati-hati dan menghormati agama masing-masing supaya kita dapat hidup aman damai.
Post a Comment