Pemimpin kanan PAS telah mengakui bahawa sokongan orang Melayu kepada calon PAS, YB Nizar di PRK Bukit Gantang telah merosot dan sebaliknya sokongan bukan Melayu khususnya kaum Cina telah bertambah. Ini menunjukkan bahawa orang-orang Melayu mulai sedar bahawa pemimpin PAS hari ini mengutamakan 'kuasa politik' hingga sanggup melihat ketuanan Melayu dicabar dan Islam dipersendakan oleh rakan-rakan Pakatan mereka. Pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di Perak telah memberi bukti yang jelas kepada orang ramai hinggalah diterjemahkan dalam bentuk undian dalam PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Kenapa pengundi-pengundi Cina memberi sokongan kepada calon PAS dan tidak kepada calon BN? Dan kenapa pula jumlah pengundi Melayu memberi sokongan kepada calon BN diwakili oleh pemimpin UMNO telah bertambah?
Perjuangan UMNO amat konsisten sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. UMNO menjuarai dalam hal mempertahankan memertabatkan ketuanan Melayu dan agama Islam. Akhir-akhir ini, kenapa pihak lain berani menyentuh hak ketuanan Melayu, kenapa hari ini kaum lain berani mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru, kenapa sekarang ada pemimpin-pemimpin parti lain bukan Melayu dengan berani mencadangkan penggunaan pelbagai bahasa di papan-papan tanda, mereka mempersoalkan krebiliti PDRM dan berani menyaman Raja Melayu dan membaca dan menggunakan ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka. Mengapasemua ini berlaku?
Punca utamanya adalah kesatuan Melayu sudah amat longgar akibat perpecahan orang Melayu sendiri melalui ideologi politik kepartian yang berbeza. Orang Melayu UMNO dan orang Melayu PAS tidak mampu bersatu kembali buat ketika ini. Situasi perpecahan Melayu menjadi lebih parah bila DS Anwar Ibrahim, pemimpin idola kepada penyokong taksub Melayu dan bukan Melayu. Walaupun asas perjuangan parti Keadilan tidak jelas tetapi misi memburukkan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO telah berjaya dilakukan oleh DS Anwar dan juga pemimpin-pemimpin Islam PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO dianggap musuh no.1 yang perlu diperangi dan dihapuskan oleh mereka. Pemimpin UMNO dianggap pengganas dan zalim umpama Yahudi di bumi Palestin. Rakan-rakan Pakatan mereka, pemimpin besar DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo manakala Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng disanjung tinggi dan dipeluk cium umpama perjuangan mereka ini mendasari perjuangan PAS. Tetapi apakah pemimpin UMNO yang cerca dan dihina melalui fitnah dan tuduhan yang keterlaluan oleh pemimpin Islam sendiri itu tidak mencintai Islam dan bangsanya Melayu. Apakah semenjak 50 tahun merdeka, Melayu dan Islam di Malaysia tidak berkembang maju. Angkara politik untuk berkuasa, ayat al-Quran diperalatkan, Mufti dihina, Raja Melayu dicerca, bahasa Melayu dinoda dan DEB dihapuskan kerana pemimpin Melayu dan Islam sendiri. Siapakah mereka ini, fikirlah wahai orang muda Melayu dan rakyat Malaysia umumnya.

1 comment:
pak tam, lama tak bersuara, kita jangan cari salah org,perbaiki diri dulu baru boleh org terima. saya tengok dlm UMNO asyik tuduh-menuduh,jatuh menjatuh sama2 sendiri mana pembangkang tak ambil kesempatan, kenapa perlu pilih bulu,org shah,syed ke dato seri pun kan semua org UMNO jugak. Apala kita punya pemimpin bhg la ni asyik dok action tak tentu pasal org di bawah meluat,ingat depa saja yg boleh buat keja, mana team work!!!perjuangan tok chai??? aku dah jelek tengok yg tergesel2,tertonggek2 dan tergedik2 sampai berbulu telinga,sedarla orgramai dok menyampah kat hampa punya perangai tu, telur sebiji riuh sekampung. Mana ada class nak lawan pengundi muda yg berilmu dan advance masa depan kalau dok buat rombongan free je....
Post a Comment