Friday, November 5, 2010

Doa Tok Guru tidak dimaqbulkan oleh Allah, kenapa?

Syukur alhamdulillah, semakin lama semakin sedar. Trend pengundi dalam PRK yang lalu dan yang terkini di DUN Galas dan parlimen Sapi, Sabah semakin memihak kepada calon BN. Semalam di DUN Galas menunjukkan Allah SWT masih sayangkan calon UMNO. Juga orang Melayu beragama Islam. Doa Tok Guru Nik Aziz tidak dimaqbulkan oleh Allah, doa pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Begitulah kehendak dan ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang biarpun ribuan penyokong PAS sembahyang hajat memohon kepada Allah agar calon PAS diberi kemenangan. Allah SWT lebih mengetahui pihak mana yang benar, jujur dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Allah SWT maha adil kepada semua.
Terimalah keputusan itu dengan tenang sepertimana PAS dan PKR serta DAP menang besar dalam PRU dan PRK yang lalu. Apakah masih ada pengundi hantu dan apakah SPR masih tidak telus hingga menyebabkan kedua-dua PRK pembangkang kalah. Kita lihat pemimpin BN lebih rasional dan gentleman dalam hal ini. Pemimpin BN boleh menerima keputusan dengan tenang dan tidak menyalahkan mana-mana pihak jika calon BN kalah. Itulah sebenarnya antara kejayaan calon BN hari ini. Kejayaan BN kerana pemimpin BN lebih rasional dan bersifat profesional dalam membuat sebarang keputusan dan rumusan. Tidak seperti pemimpin PAS dan pembangkang yang lain termasuklah PKR dan DAP. Akan ada saja komen nanti, mereka cenderung menyalahkan SPR,  pihak polis, pengundi hantu dan sebagainya. Dengan itu calon mereka kalah. 
Sebenarnya hari ini pengundi-pengundi sudah dapat memikir dan bijak membuat keputusan. Mereka tak boleh ditipu dan difitnah lagi. Fitnah dan usaha-usaha membohongi rakyat oleh pembangkang seperti dulu tidak berhasil. Senjata makan tuan. Kerana pengundi-pengundi sudah pun boleh memerhati dan menilai sendiri kebolehan dan kejujuran kerajaan PR semasa memerintah beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Oleh itu benarlah kata orang, satu jari tunjuk ke arah orang lain, empat jari yang akan tunjuk kepada diri sendiri. Sudah pasti kemenangan calon BN akan memberi suatu petanda yang baik kepada rakyat Kelantan dan Sabah serta Malaysia amnya. Maksudnya rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN melalui gagasan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Tahniah kepada semua pihak yang bekerja kuat untuk memenangi calon BN dan insyaallah jika momentum ini dapat dikekalkan, BN akan menang dengan majoriti lebih besar dalam PRU yang akan datang.

1 comment:

tungkaran hati said...

Sekadar bertanya je! Apakah PAS itu Nik Aziz? dan Nik Aziz itu PAS? Kalau begitu perjuangan PAS bukanlah untuk ugama tapi untuk Nik Aziz!
Betul tak.....?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"