Keputusan PRU12 tahun 2008, BN menerima tamparan yang paling hebat dalam sejarah politik negara. Selepas itu beberapa pilihanraya kecil masih menunjukkan rakyat memihak kepada pembangkang. Sokongan kepada pembangkang tidak lama, mulai dengan PRK Manek Urai di Kelantan, pengundi-pengundi mulai bijak menilai kepimpinan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri terutama Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Calon PAS di DUN Manek Urai menang dengan jumlah undi yang tipis. Beberapa PRK selepas itu, rakyat mulai menyokong calon BN seperti di DUN Bagan Pinang, N9, Parlimen Kuala Selangor, DUN Galas Kelantan, DUN Batu Sapi di Sabah, DUN Merlimau di Melaka, DUN Kerdau di Pahang dan DUN Tenang Johor. Kerajaan BN masih dapat mempertahankan kemenangan dengan majoriti 2/3 Sarawak namun DAP berjaya menguasai beberapa kawasan bandar di Sarawak.
Orang Melayu/bumiputera lebih yakin dengan BN. Manakala kaum Cina terutamanya di kawasan-kawasan bandar kekal menyokong pembangkang terutama DAP. Erti kata lain, kaum Cina lebih yakin dengan DAP sebagai sebuah kerajaan daripada BN walaupun selama ini orang Cina menikmati kekayaan dan kemewahan yang melampaui penduduk pribumi sendiri sejak merdeka. Dasar kerajaan BN selama ini perkongsian kuasa melalui gagasan BN dengan beberapa dasar kerajaan rupa-rupanya masih tidak dihargai oleh majoriti kaum Cina sendiri. Dasar kerajaan BN yang begitu terbuka yang memberi kekuatan dan kelebihan kepada kaum Cina dalam semua aspek kehidupan masih tidak memuaskan hati kaum Cina. Kaum Cina masih tidak selesa setelah menguasai ekonomi Malaysia di bandar dan luar bandar, di laut dan darat. Kaum Cina masih tidak berpuas hati kaum sebangsanya menduduki puluh ribuan jawatan-jawatan penting dalam sektor korporat. Manakala ribuan lepasan universiti terutamanya anak-anak Melayu masih tercari-cari pekerjaan dan menganggur beberapa tahun kerana tiada peluang pekerjaan untuk mereka. Tapi anak-anak Cina paling senang dalam dunia, hari ini tamat pengajian di universiti, esoknya sudah ada tempat untuk mereka dalam sektor perniagaan, perdagangan, perkilangan dan sebagainya. Sebaliknya anak Melayu akan menempuhi pelbagai rintangan untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang kadang-kadang sengaja diada-adakan untuk menyekat peluang mereka seperti syarat menguasai bahasa Mandarin dan juga pengalaman. Apakah kaum Cina terutamanya pemimpin-pemimpin DAP sedar bahawa rata-rata orang Melayu hari ini semakin terhimpit hidup di negara sendiri? Orang Cina perlu faham bahawa orang Melayu juga berhak untuk menjadi kaya dan senang seperti kaum-kaum lain? Mengapakah bila akhbar Utusan Malaysia mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dikatakan rasis sebaliknya akhbar Cina yang jelas mempertahankan hak kaum Cina tidak pula dianggap rasis? Tidak pernah pun pemimpin UMNO meminta akhbar-akhbar Cina ini diboikot. Sedangkan kerajaan-kertajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor melarang pejabat-pejabat dan agensi-agensi kerajaan negeri melanggan akhbar Utusan Malaysia. Salahkah jika ada pemimpin UMNO dan akhbar-akhbar pro BN bersuara untuk membela nasib bangsa Melayu yang terhimpit? Jika tidak kerana pemimpin UMNO dan akhbar Utusan Malaysia, apakah dapat kita harapkan pemimpin PAS, PKR dan DAP akan membela nasib kaum Melayu di Malaysia ini?
UMNO boleh dianggap sebuah parti keramat yang terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu yang beragama Islam mengikut perlembagaan negara. Sebusuk-busuk UMNO, hanyalah ia sebuah parti terbukti banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan agama Islam berbanding dengan PAS dan PKR. Walaupun UMNO menghadapi pelbagai dugaan dalam usaha mempertahankan nasib bangsa Melayu tapi ia tetap teguh dan utuh menjadi payung harapan kepada bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu. PAS sanggup memfitnah, mereka-reka cerita, mencipta isu dan sanggup menghina pemimpin negara serta mengeluarkan pelbagai fatwa haram demi untuk kuasa politik. PAS sanggup mengorbankan prinsip asas perjuangan mereka kerana politik. Mereka sanggup menggadaikan prinsip parti kerana menjaga hati dan perasaan kaum Cina. Kerana itulah, maka sudah tidak kedengaran lagi "Kami Sokong Negara Islam", "Kami Sokong Hudud", "Membangun Bersama Ulamak" dan berbagai-bagai lagi yang menunjukkan PAS lebih Islam daripada UMNO.
Masa depan orang Melayu semakin tercabar dan mencabar. UMNO semakin tertekan dalam usaha membela nasib kaum Melayu dan bumiputera apabila pengundi-pengundi Melayu berpecah kepada PAS dan PKR. Suara orang Melayu semakin lemah walaupun orang Melayu merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Oleh kerana orang Melayu berpecah sesama sendiri, suara majoriti menjadi minoriti kerana tidak bersatu. Tidak mustahil, bukti sudah ada di Pulau Pinang, Selangor dan Perak semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dulu. Siapakah yang majoriti dan siapakah yang memerintah dan diperintah? Itu sebabnya UMNO bersuara untuk menghulurkan tangan penyatuan dengan PAS bukan kerana UMNO semakin lemah tapi kerana suara orang Melayu dan juga suara umat Islam di Malaysia semakin lemah berbanding dengan kaum-kaum lain. Bila UMNO bercakap pasal perjuangan orang Melayu, UMNO dituduh parti rasis oleh DAP begitu juga PAS boleh diibaratkan sebagai 'duri dalam daging' kepada bangsa Melayu di Malaysia yang turut mendakwa UMNO parti nasionalis dan mengamalkan assobiyah. Orang PAS dan penyokong PAS serta PKR perlu sedar bahawa kita bangsa Melayu mesti ada kebijaksanaan. Jangan ikut rasa kita binasa dan jangan ikut nafsu kita akan lesu. Jangan kita terlalu leka dengan tipu muslihat golongan cauvanist dan komunisme di Malaysia. Bila kita terpedaya, yang pergi dan hilang sudah pasti tidak akan dapat dikembalikan lagi. Tidak hairan kenapa PAS lebih percaya, terlebih suka dengan dasar perjuangan DAP yang jelas menentang Islam berbanding dengan dasar perjuangan UMNO. PAS sama sekali tidak akan menyokong perjuangan UMNO walaupun dia tahu dalam perlembagaan UMNO wujud klausa mempertahankan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai bahasa dan agama rasmi Persekutuan. PAS melawan UMNO bukan kerana agama tapi kerana nafsu politik menguasai perjuangan parti. Jika perjuangan PAS kerana agama kenapa PAS memilih bersama DAP dan PKR sebaliknya melihat UMNO sebagai musuh umpama yahudi? Apakah kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO menyebabkan umat Islam di Malaysia tertekan dan ditindas? Apakah banyak masjid dan surau diroboh oleh kerajaan BN? Azan dilarang seperti di Singapura. Kitab-kitab Injil dalam bahasa Melayu tersebar luas seperti di Indonesia. Kalimah-kalimah Allah sewenang-wenangnya boleh digunakan seperti di Indonesia. Apakah pula Mahkamah Syariah, Universiti Islam, Kolej Islam, sekolah-sekolah agama tidak dibantu oleh kerajaan UMNO malahan diharamkan sama sekali ditubuhkan di Malaysia? Menagapa pula sistem kewangan Islam seperti sistem perbankan Islam, Insurans takaful dan pajak gadai ar-rahnu telah berkembang pesat di Malaysia? Amalan sistem kewangan Islam di Malaysia telah diikhtiraf sebagai yang terbaik di dunia dan dicontohi oleh negara-negara Islam. Kerana UMNO jugalah Lembaga Tabung Haji menjadi badan korporat terbesar di Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global. Kerana UMNO jugalah ramai Melayu/Islam menjadi ahli korporat dalam sektor-sektor korporat negara seperti Petronas, PNB, GLC, Tabung Haji, Bank Islam yang sedikit sebanyak dapat membantu dan membela nasib orang Melayu. Tapi apakah semua itu hasil perjuangan PAS atau DAP?
Hari ini usaha UMNO begitu tertekan kerana ada orang Melayu/Islam sendiri menyokong dan bersekongkol dengan parti yang anti Melayu dan anti Islam seperti DAP. Suara DAP khususnya orang Cina semakin garang. DAP boleh mencabar hak ketuanan Melayu kerana PAS tidak memperjuangkan bangsa Melayu. DAP menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja kerana ada pemimpin PAS sanggup ke gereja dan mempertahankan hak orang bukan Islam (Kristian) menggunakan kalimah Allah. UMNO menegur tentang penggunaan ayat-ayat suci al-Quran di atas pentas politik seolah-olah ayat-ayat suci al-Quran itu tidak diamalkan sebaliknya dipermain-mainkan tapi pemimpin PAS juga membenarkan ayat-ayat suci al-Quran digunakan untuk tujuan politik termasuklah pemimpin DAP yang membaca ayat suci al-Quran secara lintang pukang. Jika beginilah peranan PAS dalam politik orang Melayu ataupun orang Islam di Malaysia hari ini, sudah pasti kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia tidak akan dapat dibela malahan menuju kehancuran. Apakah untungnya PAS bersama DAP dan apakah ruginya jika PAS bersama UMNO? Fikirlah sebelum umat Muhammad tidak terlambat!