Friday, May 6, 2011

Mukriz Tun Mahathir: UMNO dan PAS bila lagi?

BESUT 6 Mei - Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada perjanjian damai antara Hamas dan Fatah ketika UMNO menghulurkan “salam perpaduan” kepadanya, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Beliau berkata, perkembangan terbaru mengenai hasrat penyatuan Hamas dengan Fatah adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama Pas-UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam di negara ini.
Katanya, penyatuan antara dua parti terbesar kaum Melayu itu sebenarnya perlu demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
"Kalau Hamas dan Fatah di Palestin yang sekian lama bersengketa sesama sendiri boleh berdamai, kita (Pas dan UMNO) bila lagi.
"Pas dan UMNO lebih banyak persamaan jika dibandingkan dengan Hamas dan Fatah, jadi tidak ada alasan Pas menolak perpaduan yang dicadangkan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Besut di sini hari ini. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Mana boleh berdamai ngan UMNO. Nanti apa pulak kata Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Lagi pun malu lah kat penyokong yang depa dah maki hamun UMNO dalam semua ceramah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, kini sehinggalah selama-lamanya. Selagi ada TG Nik, bakal Presiden Husam, bakal Timb. Presiden Mat Sabu, bekas dan bakal MB Perak Nizar, si Khalid Gereja dan bakal pemimpin dunia ke 3 si Mahfuz tu, sampai mamfus dia orang tak akan mahu bersatu dengan UMNO.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"