Saturday, February 21, 2009

WAKIL RAKYAT BERTELANJANG BERSENDIRIAN TAK SALAH????

Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat kerana pilihan raya kecil melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku. Tok Guru Nik Aziz berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Elizabert yang tegas mahu meletakkan jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan.
Malahan Tok Guru Nik Aziz berpendapat bahawa Elizabert tidak bersalah sebaliknya yang bersalah orang yang menceroboh rumah dia. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri. "Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal, Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja". Kata Tok Guru Nik Aziz.

Komen:
1. Apakah Tok Guru berpendapat yang mengambil gambar Elizabert itu adalah orang UMNO/BN? Sebenarnya pemuda yang didakwa mengambil gambar Elizabert yang bertelanjang itu sedang dicari polis sebagai suspek dalam kes ini adalah ahli PKR merupakan rakan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.
2. Kos mengadakan pilihanraya memang sangat tinggi. Dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi, sepatutnya ramai pemimpin PKR dan PAS dapat berfikir seperti Tok Guru Nik Aziz. Tapi apa boleh buat hanya Elizabert sahaja yang tahu kenapa dia terpaksa meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
3. Bagi kes negeri Perak, Tok Guru Nik Aziz minta diadakan semula pilihanraya kecil di negeri Perak, minta dikembalikan kepada kuasa rakyat. Di sini Tok Guru tak nampak pula betapa membazirnya wang rakyat jika pilihanraya kecil diadakan di seluruh DUN negeri Perak.
4. Oleh kerana BN memperolehi majoriti dalam DUN negeri Perak telah mendorong baginda Sultan Perak memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah. Baginda Sultan Perak dah pun berfikir pasal pembaziran wang rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil. Betullah kata Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Bebas semalam, " Jika untung untuk parti mereka, mereka akan sokong tapi jika rugi untuk parti mereka, mereka tidak akan sokong". Dan Datuk Ibrahim Ali mungkin tak kata kepada Tok Guru tapi mungkin kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain yang jelas hipokrit dan munafik.
5. Kalau nak bersekongkol dengan DAP dan PKR pun, janganlah pemimpin tidur berbogel pun dibela malahan dikatakan tak bersalah. Mestilah tak elok, buruk dipandang rakyat jika pemimpin tidur dan juga mandinya bertelanjang bulat. Apa sukakah anak-anak dara pemimpin-pemimpin PAS semuanya tidur bertelanjang bersendirian kerana Tok Guru kata perbuatan itu tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri?
Jika akhbar yang melaporkan ulasan To Guru Nik Aziz telah memutar-belitkan fakta, saya yang mengulas dalam ruangan ini memohon maaf kepada Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain yang turut terkena. Saya yakin Tok Guru Nik Aziz adalah seorang pemaaf.

Sumber: Busu 21 Feb 2009

11 comments:

Anonymous said...

TOK GURU NIK AZIZ TAK KATA SPERTI ITU MELAINKAN PUTAR BELIT AKHBAR UMNO!

KAH..KAH...KAH

Tai said...

Lama dah tak mai.

Nyanyok dah dia tu encik.

Anonymous said...

Mr Anon...

hg xtgk tv ke? dia sendiri ckp live ditemuramah dgn wartawan..
ke itu pun hg nak ckp putar belit..
klau gtu Tok Guuru la yg putarbelit..

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Tam.

Saya rasa Elizabeth tu tak kan letak jawatan punya. Tu semua sandiwara Anwar nak tagih simpati rakyat. Selagi tak keluar video Eli jangan dok percaya ler.

Pilihanraya kecil kan dah banyak sekarang nie.

Akai Anwar celah kangkang Eli...ooppss!

MANZ said...

Salam Bro,

Memang perangai PKR cam tue...muslimat PAS berpelukan menangis memeluk dan membela YB terlanjang tue,tapi mereka lupa siapa yang berkesekedudukan dengan YB tue kalau bukan lelaki melayu PKR..
Apa Citer.

Tai said...

Adakah Pas menghalalkan bersekedudukan?

Anonymous said...

Tak salah sebab tak ada saksi. Yang salah orang yang mengambil gambar tu. Soal dia nak telanjang atau bogel itu hak dia sebab Islam tak menghalang perbuatan begitu kerana boleh buka aurat jika bersendirian. Tapi kenapa yang ambil gambar dia bogel pasai apa? Ini antara pendapat Tok Guru Nik Aziz.

Anonymous said...

Masalahnya yg jadi agen untuk menyebarkan gambar2 tersebut ialah SD Johari dan Nazmi. Diorang ni sanggup buat apa saja sampai sanggup jilat telor Ezam demi untuk nak pastikan Ezam jadi PM akan datang. Ezam jantan hilang prinsip.

Anonymous said...

Apa pula ni orang lain yang makan nangka org lain pula kena getah!!!
Yang bertelanjang tak salah tapi yang melihat dan ambil gambar tu jugak salah, yang berpakaian singkat menjolok mata tak salah pun tapi yang salah orang yang merogolnya...

Anonymous said...

Itulah politik matlamat boleh menghalalkan cara...

Anonymous said...

Nape masa Chua Soi Lek dulu tak timbul kes teraniaya...? Pasal dia jantan kan. Tu pasal N.Ajis x bekenan nak bela. Tapi bila Dik Eli, bukan main lagi belanya. Alahai Tok Guru. Dah nyanyuk rupanye ko....

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"