Friday, March 6, 2009

KALIMAH 'ALLAH': AHLI PARLIMEN PAS TIDAK SEPENDAPAT?

Ustaz Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara menjelaskan di Dewan Rakyat hari ini bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Menteri di JPM Zahid Hamidi, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata, penjelasan oleh Ahli Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr. Dzulkefly
dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid
pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Pada 2 Mac 2009, Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan telah menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. TG Nik Aziz dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi. "Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," kata Nik Aziz.
Komen:
Taib Azamudden Mat Taib (Ahli Parlimen Pas-Baling) menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.
Manakala Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Pas-Shah Alam) mengatakan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam.
Jelas di sini bahawa ada perselisihan pendapat tentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di Malaysia di kalangan pemimpin dan ulama PAS sendiri.
Sebaliknya pula, pandangan Ustad Taib Azamudden pula selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

ada lagi pandangan orang PAS di artikel terkini yang saya siar di blog saya..

harap diedar oleh semua.

Sedingin Salju said...

Itu hak eksklusif pun orang melayu nak gadai jugak? kacau o.

TokMudim said...

Selamat Berjuang.....selamat UMNO.


Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"